“Kalau aku rasa aku ingat jalan balik nanti aku balik. Tak payah
tunggu.” Angkuh sungguh kedengaran suara yang melantun keluar itu.
langsung tidak kesal dengan apa yang dilontar sebentar tadi seolah-olah
mak Wok hanyalah patung dirumah itu
“Keluar rumah pandai pula pakai cantik-cantiktapi tinggal bilik macam
tongkang pecah tu siapa pulak nak kemas. Apa nak jadi dengan kau ni
Biha. Perempuan apa macam ni perangainya.” Luah mak Wok geram.
“Kalau mak rajin sangat nak kemas mak kemaslah. Lagipun mak duduk kat
rumah tak buat apa-apa kan setakat masak je. Nanti kalau kemas bilik aku
tu kemas cantik-cantik ya.” Sepasang kasut bertumit 2 inci disarung ke
kaki.Berhati-hati menuruni tangga kayu yang semakin nampak uzurnya. Dia
tidak memandang pada tubuh tua yang memerhatikan langkahnya itu. Tidak
peduli lagi hati tua itu terguris atau terluka.
Mak Wok hanya memandang kesal ke arah susuk tubuh Salsabila yang berjalan
meninggalkannya. Setitis air mata tua itu menitik, terzahir tanpa kata.
Bertapa dirinya cukup sengsara mempunyai anak seperti Sahiba.
Salsabila bukannya anak tunggal mak Wok. Selain Salsabila mak Wok mempunyai
empat lagi orang anak. Dahulu mereka tinggal bersama namun sejak
perangai Salsabila yang suka memaki hamun dan berkelahi akhirnya adik
beradik Salsabila sepakat untuk berpindah lagipun mereka sudah pun
berumahtangga cuma yang tinggal Salsabila seorang yang lambat jodohnya.
“Biha,tolong ambilkan air untuk mak. Pinta mak Wok dari tempat
pembaringannya. Mak Wok tidak berdaya untuk bangun. Badannya lemah dan
sakit-sakit. Demamnya melarat setelah terkena hujan ketika mengangkat
kain jemuran apabila balik dari kenduri kahwin sanak saudaranya. Salsabila h
yang pulang lebih awal itu langsung tidak menghiraukan kain baju yang
dijemurnya pagi itu. Rumah mereka bukan ada mesin basuh, hanya
menggunakan tulang empat keratnya sepenuhnya.
“Biha..aku nak air.” Laung mak Wok lagi apabila panggilannya tidak
dihiraukan Salsabila dia tidak berdaya. Kepalanya pening kalau berdiri.
Jadinya dia hanya berbaring dalam keadaan lemah. Dia sudah memaklumkan
kepada Salsabila supaya menghubungi kakaknya namun Salsabila hanya bersikap
endah tak endah.
“Salsabila h!..”
Share this novel