“Eh!..Eh! kenapa ambil kunci motor saya ni makcik !” Tercengang tuan
motorsikal apabila motorsikalnya berhenti mengejut dihadapan seorang
perempuan yang tiba-tiba muncul dari dalam semak.
Salsabila pekakkan telinga.. Siapa suruh mereka lalu lalang dihadapan
rumahnya. Kunci motorsikal itu digengam erat sebelum kunci yang diambil
dari motorsikal Honda Wave itu terus dibalingkan ke halaman rumahnya
yang bersemak. Lalang-lalang yang tumbuh separas pinggang orang dewasa
menjadikan peratusan untuk menjumpai kunci motorsikal itu amat tipis
sekali.
“Hoi!”
Pekikan amarah yang keluar dari mulut pemuda itu langsung tidak
menakutkan Salsabila malah suara itu bagai mengapi-apikan lagi rasa amarah
yang membuak-buak dalam dirinya. Salsabila membetulkan kacamatanya yang
melorot. Sebelah tangannya berada dipingang seolah-olah bersedia melawan
kata dengan pemuda yang masih terpinga-pinga dengan tindakannya sebentar
tadi.
“Hei makcik dah gila ke apa, kenapa makcik campak kunci motor saya dalam
semak hah”!Tiba-tiba pemuda itu turun dari motornya dan melangkah ke
hadapan Salsabila h. Dia langsung tidak mengenali perempuan yang tiba-tiba
bertindak tanpa berfikir itu.Dia cuma melalui jalan itu untuk ke rumah
rakannya. Tindakan perempuan yang berada dihadapannya itu amat
membingungkan. Pertengkaran mulut itu mendapat perhatian jiran-jiran
berdekatan. Mereka segera datang dan ingin tahu secara lebih dekat apa
yang terjadi walaupun mereka sudah dapat meneka apa yang telah terjadi
sebenarnya.
“Ini jalan aku! Aku tak suka orang lalu dihadapan rumah aku. Kau faham
tak? Ikut suka hati akulah apa aku nak buat dengan jalan rumah aku ni.
Kau boleh cari jalan lain. Jangan lalu ikut sini!” Balas Salsabila sepenuh
tenaga. Termengah-mengah nafasnya selepas itu. Dia puas dapat membaling
kunci motorsikal lelaki itu kedalam semak. Sekurang-kurangnya dia tidak
perlu lagi menadah telinga mendengar bunyi bising motorsikal yang lalu
lalang dihadapan rumahnya atau lebih tepa tlagi lebih dikenali pondok
usang oleh penduduk disitu.
Rumah peninggalan mak Wok sudah lama tidak terurus sejak Salsabila h
menghuninya seorang diri selepas kematian mak Wok. Rumah yang sepatutnya
menjadi rumah pusaka itu hanya didiami oleh Salsabila . Dia tidak suka adik
beradiknya tinggal bersama.
“Dah..kamu tak payah layan sangat Salsabila tu, dia memang macam tu.”
salah seorang pakcik yang menyaksikan kejadian tadi cuba menenangkan
lelaki yang masih dalam kebingungan.
Share this novel