BAB 7

Fantasy Completed 1736

Ernie sampai di perkuburan ayah angkatnya.Bunga ros putih yang baru dibelinya diletakkan dimakam ayahnya itu.“Ayah...”Ernie.Hati Ernie terasa tenang apabila melawat kubur ayahnya.Dia melupakan masalahnya buat seketika.Ernie menarik nafas lega.“Ayah...hari ini ada dua lelaki yang nak berteman dengan Ernie.Tapi Ernie tolak untuk berteman dengan mereka.Ernie takut jika aku gagal kawal kuasa aku...aku akan sakiti mereka.”Ujar Ernie didepan makam ayahnya.Walaupun dia tahu ayahnya sudah tak ada tapi hanya ayahnya saja yang dia dapat luahkan perasaan dan apa yang dihadapi kerana ayah angkat dia saja yang tahu akan kekuatannya.

Ernie terasa sebak.“Tapi...aku juga nak ada kawan...”Ernie meluahkan kata-kata yang terpedam dihatinya selama ini.Air matanya mengalir.Dengan cepat Ernie mengesat air mata itu.Ernie melihat langit.Matahari sudah hampir terbenam.Malam akan tiba tidak lama lagi.“Ayah... Ernie balik dulu...”Ujar Ernie dan melangkah pergi.Saat Ernie berlalu satu sosok lelaki berwarna putih memerhati dirinya pergi.

Ley dan Dion sedang melepak di warung milik keluarga Dion.“Dion kenapa kau ajak aku keluar?”Ley bertanya walaupun dia tahu apa niat temannya itu mengajak dia keluar.“Ley kau belum ceritakan apa masalah hati kau.Bukan aku nak menyibuk tapi...aku ni teman kau.Jika aku boleh tolong aku tolong.”Dion.Dion ingin mencuba nasib untuk mengetahui masalah hati temannya itu walaupun dia tahu Ley tak akan memberi tahunya.Ley diam seketika.“Um...Dion bukan aku tak nak ceritakan tapi...buat masa ni aku nak simpan dulu masalah hati aku ni...”Ley.Dion mengeluh.“Suka hati kamu Ley tapi...jika kau nak cerita kat aku .Aku akan dengar.”Dion.Ley tersenyum mendengar kata-kata Dion.

Ley melihat jam diskrin telefonnya.“Dion aku balik dulu.Dah lewat ni nanti mak aku risau.”Ley.“Okey.Aku pun nak tolong mak tutup warung.”Dion.“Awalnya...Bukan jam tujuh baru tutup ke?"Ley.“Ya tapi esok mak aku nak balik kampung sebab tu nak tutup warung.”Jelas Dion.“Oh...okey.Aku gerak dulu.”Ley dan berlalu pergi.Ernie yang dalam perjalanan balik ke rumah tiba-tiba saja dia didatangi seorang lelaki berjubah hitam.Langkah kaki Ernie terhenti.

Perasaan apa ini?Aura ini...penuh dengan kebencian dan kemarahan.Siapa dia?Kenapa aku rasa pernah bertemu orang ini... Adakah dia juga seperti aku?Banyak persoalan yang difikirkan oleh Ernie.Dia ingin bertanya orang itu tapi belum sempat dia bersuara.Lelaki berjubah hitam itu mengeluarkan bebola hitam dan menyerangnya.Ernie yang terkejut dengan tindakan orang itu dengan cepat mengelak serangan itu.“Siapa kamu?”Ernie.“Aku Nio dari Dark Kingdom.Kamu Ernie?”Soal Nio.“Ya aku Ernie.Kenapa?”Soal Ernie.Nio mengukir senyuman jahat dibibirnya.“Bersedialah untuk mati!!!”Nio dan menyerang gadis itu sekali lagi.Sekali lagi Ernie berjaya mengelak serangan itu.“Nampaknya aku kena lawan dia dengan kekuatan aku.”Ernie.Ernie menguna kekuatannya untuk membawa lelaki bernama Nio itu ke demisi lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience