BAB 2

Fantasy Completed 1736

Beberapa jam kemudian, pelajaran yang diajar oleh Cikgu Ayu pun tamat.Selepas saja Cikgu Ayu melangkah keluar dari kelas Ernie terus keluar dari kelas sambil ditangannya membawa sebuah buku berwarna merah jambu.Chris memandang gadis yang duduk disebelahnya berlalu pergi.Dibibirnya terukir senyuman.Sebaik saja Ernie hilang dari pandangan mejanya didatangi ramai pelajar wanita yang cuba meminta nombor telefon miliknya.

Ley Cepat-cepat mengemas peralatan miliknya yang bersepah diatas meja dan menyimpan ke dalam laci mejanya.Dion yang memerhati tingkah laku temannya yang kelam-kabut itu merasa curiga."Ley kamu cepat-cepat ni nak ke mana? Waktu rehatkan lama lagi."Ujar Dion.Ley tersenyum mendengar kata-kata dari Dion.Dia tidak tahu pula perbuatannya diperhati oleh Dion teman sekelasnya."Kamu nak ke mana?"Soal Dion."Ah...sy..??"Ley cuba mencari alasan yang kukuh bagi menjawab soalan Dion."Saya ada urusan nak diurus."Ley terpaksa menjawab seperti itu.Ley melihat jam yang dipakainya."Dion saya harus cepat.Pergi dulu!"Ley dan mencapai plastik yang berisi dua botol minuman yang dibeli awal pagi tadi."Mencurigakan.."Ujar Dion dan memandang Ley yang telah hilang dari pandangannya.Setelah jauh dari kelas Ley menarik nafas lega."Nasib baik."Ley dan melanjutkan perjalanannya.

Ley tiba ditempat tujuannya.Senyuman gembira terukir dibibirnya apabila terpandang insan yang dicarinya.Gadis itu terlalu leka menulis sesuatu dibukunya tanpa menyedari dia diperhati.Ley menghampiri Ernie yang sedang mencoret sesuatu didalam bukunya.Ernie tidak menyedari seseorang menghampirinya ."Buat apa tu?"Ley.Sebaik mendengar suara itu Ernie menutup bukunya dan berpaling ke arah pemilik suara itu."Ley.."Ernie terkejut melihat lelaki itu.Ley tersenyum dan mengambil tempat disebelah Ernie.Kedudukan mereka sangat dekat membuatkan Ernie merasa tidak selesa.Ernie menjarakkan kedudukan mereka."Apa kamu buat disini?"Soal Ernie.Dia tidak tahu bagaimana pemuda itu boleh tahu dia ada dibelakang bangunan kelas.Ley mengulur sebotol minuman Cola yang dibawanya kepada Ernie.

"Apa ni?"Ernie."Untuk kamu."Ley."Ah?"Ernie beras aneh dengan sikap Ley."Aku belanja kamu."Ujar Ley."Oh.. Terima kasih."Ernie dan mengambil minuman itu walaupun dia berat hati untuk menerima.Jika dia menerima minuman itu bermaksud dia akan terhutang budi dengan Ley tapi jika dia menolak Ley pasti memaksanya untuk menerimanya.Keputusan yang terbaik ialah terima.Ley membuka penutup botol minuman itu dan meneguk air Cola itu.Ernie memerhati Ley yang sedang meneguk air Cola itu.Dirinya seakan-akan terpukau melihat Ley meneguk air itu.Ernie menelan air liurnya.Dub...dub...degupan jantung Ernie berdetak laju seperti bola pancit yang dipam.Ernie mengalihkan pandangannya dari Ley.Wajahnya terasa panas.Ernie menyentuh kedua-dua pipinya."Kenapa dengan aku ni?"Kata Ernie didalam hatinya.Ernie menampar perlahan pipinya bagi meredakan perasaan yang dialaminya."Ernie tenang.Kau tak boleh dekat dengan sesiapa."Getus hati Ernie.

"Ernie awak okey?"soal Ley apabila melihat tingkah laku gadis itu."Hu?"Suara Ley menyedarkan Ernie ."Awak okey?"Ujar Ley sekali lagi dan kali ini dia menyentuh wajah gadis itu.Ernie terkejut dengan tindakan Ley yang tanpa segan menyentuh pipinya.Selama ini belum ada sesiapa yang berani berbuat seperti itu selain orang yang memberi dia nama.Namun,Ernie tidak merasa marah dengan tindakan Ley malah dia berasa perasaanya mula aneh.Ernie menepis tangan Ley dari wajahnya."Aku okey."Ujar Ernie."Kamu pasti?Ley."Ya ."Ernie.Ley melihat wajah gadis itu yang sudah berona merah jambu.Ernie membuka minuman miliknya dan meneguk air Cola itu dengan berharap perasaan itu hilang.Namun, harapannya gagal.Perasaan itu enggan untuk pergi."Aku nak balik kelas."Ernie dan bediri dari tempat duduknya."Sekejap."Ley.Langkah Ernie terhenti.Ley menghampirinya."Bibir kamu ada kotoran."Ley dan mengelap bekas air Cola yang tersisa dibibir gadis itu.Tindakan Ley sekali lagi membuat dirinya tak menentu.Tanpa membuang masa. Ernie berlari meninggalkan tempat itu.Ley yang melihat perubahan Ernie itu tertawa kecil."Comel."Ujar Ley dan menghabiskan minuman miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience