BAB 10

Fantasy Completed 1736

Chris yang baru selesai makan malam berlalu ke biliknya.Sampai dibilik laptop miliknya dibuka dan dia menaip sesuatu.Apabila hasil yang dicari ditemui dia mula membaca.Beberap minit kemudian dia menutup laptopnya.Dia membuka hendponnya.Sebaik menghidup telefon bimbitnya dia melihat begitu banyak mesej dan whatsapp dari pelajar perempuan.Chris tidak membalas atau membaca mesej dan whatsapp itu.Dia sedang berfikir sesuatu.Dia teringat gadis yang ditemui olehnya siang tadi.“Apa dia buat sekarang?”Chris.

Ernie membuka matanya.Apabila matanya terbuka dia terkejut kerana dirinya berada disebuah taman yang dipenuhi pelbagai jenis bunga.“Apa tempat ini?”Ernie dan berasa hairan.Fikiran Ernie melayang tiba-tiba sepasang tangan mengengam tangannya.“Hu?”Ernie dan memandang siapa orang itu.Seorang anak kecil sedang memandangnya.Usia anak kecil itu kira-kira 8 tahun.Ernie terpegun melihat warna mata anak kecil itu yang indah dan cantik.“Kak Luna?”Ujar gadis itu dan satu cahaya yang silau muncul secara tiba-tiba membuat Ernie memejam matanya.

Ernie terjaga dari pengsan dan mendapati dirinya berada disebuah bilik.Tangannya yang cedera berbalut.Ernie melihat ke luar tingkap bilik itu.Gelap.”Dimana ini?”Ernie.Pintu bilik dimana dia berada dibuka dan seseorang melangkah masuk.“Ley!?”Ernie.Riak wajah Ley yang kelihatan risau kembali gembira apabila melihat gadis itu sudah sedar.Ley menghampiri gadis itu.Ernie yang berasa aneh dengan kehadiran Ley bertanya.“Ley kenapa kau ada disini?”Ernie.“Aku yang bawa kau kesini.”Ley menjawab pertanyaan gadis itu.“Hah!?Kau?”Ernie tidak percaya lelaki itu lagi yang menyelamatkan dia.

“Ya.Akulah orangnya.Hairan aku selalu tiba saat yang tepat untuk menyelamatkan kau.Jangan-jangan kita berjodoh.”Sempat lagi Ley mengusik gadis itu.“Perasaan betul kau ni.Kebetulan saja tu.”Ujar Ernie.“Macam mana kau tahu aku ada kat sana?”Ernie dan sedikit risau jika Ley melihat dia menguna kekuatan.“Um... tak tahu.Aku cuma rasa ada yang menyuruh aku kesana.”Ley.“Baguslah...dia tak nampak aku guna kuasa kan.”Getus Ernie.“Kau kenapa sebenarnya?Sampai pengsan kat sana.”Ley.“Aku...aku pening”Bohong Ernie tapi memang benar dia pening.

“Kalau sakit tu tak payahlah nak keluar.Nasib baik aku yang jumpa kau.Kalau orang jahat macam mana?”Omel Ley.Ernie hanya berdiam diri.“Aku memang bertembung dengan orang jahat.Kalau bukan mereka aku tak jadi begini.”Ernie hanya membalas kata-kata Ley didalam hati.“Ini...rumah kau?”Ernie.“Ya.”Ley.Ernie meninjau bilik itu.Kemas dan tenang.“Terima kasih dah tolong aku.”Ucap Ernie.“Sama-sama.Nasib baik aku dapat bawa kau sampai sini.Dahlah badan kau tu berat.”Omel Ley.“Berat!?Badan macam ni dia kata berat.Aku ni yang jarang makan pun berat?Semakin menjadi-jadi dia ni!!”Ernie berkata dalam hati sambil menahan geram.Dia melihat Ley yang sudah tersengih-sengih.Dia tahu Ley mengusik dia.Ernie memandang Ley .

Entah kenapa saat ini aku rasa sangat bahagia bersama Ley.Aku tidak pernah merasakan perasaan sebahagia ini selama beberapa tahun.Walaupun sudah ramai lelaki yang cuba memikatnya dia tidak pernah berasa malu atau tergoda dengan mereka.Lebih-lebih lagi merasa bahagia.Cuma jejaka bernama Ley yang dapat membuat dia merasakan perasaan itu.Aku juga merasa tenang dan selamat bersama dia.Dia juga sudah berkali-kali membantu aku.Adakah benar orang kata.Kalau jodah tak akan kemana.Tak kira dimana atau bagaimana pun kau menolak dan menghindari orang itu dia akhirnya tetap juga bertemu.Adakah benar dia adalah Jodohku?Dan kenapa aku merasa seperti itu.Adakah itu Cinta?Tapi...aku tidak boleh membiarkan perasaan ini terus menggangu aku.Aku harus menjauh dari Ley.Aku...tidak mahu dia terluka dan mengetahui siapa aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience