BAB 13(2)

Fantasy Completed 1736

“Kenapa dengan aku? Kenapa panas sangat ni?Getus Ernie.Senyuman jejaka itu membuat dirinya terasa berdebar-debar.Ernie dapat mendengar suara degupan jantungnya.Pipinya juga terasa bahang.Ernie mengalihkan pandangan dia dari lelaki itu.“Kenapa dah tergoda dengan senyuman aku ni?”Usik Ley apabila dia melihat perubahan gadis itu.“Hah!Jangan nak perasan.Setakat senyuman macam tu berlambak kat sekolah.”Ernie.“Habis tu?Kenapa tak pandang kat aku waktu cakap tu?”Mesti dah tergoda kan?”Usik Ley lagi.“Aduh! Walaupun aku tak tahu kenapa aku rasa macam ni tapi...aku tak nak dia tahu”Ernie berkata dalam hati.Pasti wajahnya waktu itu sudah berona merah jambu.Ley memandang gadis itu yang berdiam diri.Dia tahu gadis itu menyembunyikan perasaan sebenarnya.Ley melangkah mendekati Ernie yang menundukkan kepala.“Awak malu kan?”Ley.“Mana ada...”Ernie mengangkat kepalanya untuk berdepan lelaki itu.
Alangkah terkejutnya dia apabila Ley bergitu dekat dengannya.Hembusan nafas Ley dapat dirasakan oleh dirinya.Hidung mereka berdua bersentuhan.Ley yang menyedari perbuatannya cepat-cepat menjauh dari gadis itu.“Aku...aku nak ke dapur dulu.Mungkin mak perlukan aku.”Ujar Ley dan berlalu pergi.Ernie melihat Ley yang sudah hilang dari pandangan.Ernie menutup wajahnya.“Aduh!..Perasaan apa ini?Aku jatuh cinta dengan dia ke? Takkanlah.”Desis hati Ernie.Ley menuju ke anak tangga ke bawah.Langkahnya terhenti di anak tangga ke enam. Ley menyentuh dadanya.“Apa...apa yang aku buat ni! Malunya!!”Ley dan menuruni anak tangga dengan cepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience