Series
44935
Salina membuat keputusan untuk menyapa Amshar pada petang itu. Selepas sahaja waktu kerja tamat, Salina keluar sebelum Amshar. Sengaja mahu menunggu Amshar keluar dan bertembung dengannya. Macam drama pulak. Tapi itu yang terbaik buat masa ini supaya kedua-duanya tak rasa janggal sebentar lagi dan mudahlah nak bersembang sama.
Itu yang difikirkan oleh Salina bagi mendekati lelaki yang dikatakan bsan itu.
*****
Di luar pejabat.
Dari jauh, Salina dapat melihat Amshar menuruni tangga keluar dari bangunan pejabat.
Salina membetulkan tudung dan jubahnya agar kelihatan kemas. Dia sudah siap sedia mahu menegur Amshar. Jika tak kenal, sampai bil apun Salina tak tahu jika Amshar tu benar-benar lelaki yang membosankan atau tidak.
“ Assalammualaikum. Encik Amshar, bukan?” sapa Salina mesra. En. Amshar terkejut melihatnya. Mungkin kerana Amshar ralit menuruni tangga hingga tidak pandang kiri kanan dan tak perasan Salina sudah menunggunya di bawah.
‘ Apa hal mamat ni? Tengok aku semacam je. Ada hantu ke belakang aku? Atau….aku yang nampak macam hantu? Apalah? Muka cantik macam aku kata hantu?’ ujar Salina dalam hati. Hairan dengan reaksi pemuda kacak itu. Amshar benar-benar tercengang.
Sebelum ini tidak ada sesiapa atau mana-mana wanita berbuat tindakan sedemikian kepadanya. Ini merupakan satu hal yang memeng mnegejutkan dirinya.
“ Wa…wa…a..alaikum..salam. Ya, s…sa…saya …Amshar.” jawab Amshar dengan tergagap-gagap. Matanya menekur ke lantai. Sesekali dia mencuri pandang wajah Salina. Dia sudah mula malu-malu kucing. Suara pun antara keluar dengan tidak.
Salina tersenyum tersipu-sipu melihat telatah Amshar. Comel betul Amshar ini. Fikirnya dalam hati.
“ Saya….” belum sempat Salina berkata, Amshar pergi meninggalkan Salina seorang diri.
“ Salina….Eh, En. Amshar! ”
Langkah En. Amshar semakin laju. Dia tidak menoleh lagi ke belakang. Dalam hatinya dia malu yang amat sangat ditegur oleh Salina tadi. Dia terkaku untuk berkata apa-apa.
“ Isshh….tak beradab langsung! Boleh pulak dia tinggalkan aku macam tu je,” kutuknya pada Amshar sendirian.
Apalah? Muka handsome macam Nazim Othman tapi tak beradab! Main blah macam tu je. Tak sempat nak perkenlakan diri dan sebut nama dia dah jalan tinggalkan orang. Salina menggerutu dalam hatinya.
Teringat dia akan pelakon dari ddrama Melayu yang terkenal itu.
Share this novel