Bab 5

Romantic Comedy Series 44935

Salina mencari-cari tempat untuk duduk. Akhirnya terjumpa satu tempat kosong yang seperti dikhaskan untuk dirinya.

Alangkah gembira melihat Amshar berada di situ. Tanpa berlengah lagi dia duduk di sebelah Amshar.

“ Tak apa, kan? Saya duduk sebelah. Janagn takut, saya tak makan orang pun. Sentuh pun tak akan,” soal Salina kepada Amshar yang terkejut.

Selang beberapa minit sahaja, kelihatan seorang ibu yang sarat mengandung dengan seorang makcik tua berdiri di hadapan mereka berdua.

Salina membiarkannya sahaja. Amshar berasa simpati lalu dia berdiri kerana melihatkan Salina yang tidak mahu mengalah.

“ Sila duduk, makcik.” Pinta Amshar memberi izin kepada makcik tua itu.

“ Baiknya kamu ini,nak. Sejuk perut ibu yang mengandungkan kamu.” Puji makcik tua itu.

Amshar tersenyum lebar. Betul-betul nampak comel. Salina turut senyum melihat Amshar tersenyum. Manis pula bil atersenyum. Baik hati pula.

Lantas, Salina berdiri.

“Duduklah, kak. Saya ikhlas ni.” Salina memberi tempat duduknya kepada ibu yang sarat mengandung itu.

“Terima kasih banyak-banyak. Baik betul kamu berdua.” Puji ibu mengandung yang sudah mengambil tempat disebelah makcik tua tadi.

Terasa kembang Salina tatkala mendnegar pujian itu.

“ Sama-sama.” Balas Salina. Dia berdiri di sebelah Amshar. Salina sengaja mahu merapati Amshar dan berdiri dekat dengannnya.

“ Hai, En. Amshar! Saya Salina. Nur Salina bt. Abdul Manan. Saya baru saja bekerja dekat Syarikat YHS.” Ujarnya memulakan perbualan.

“ Saya bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran. Jangan risau. En. Hanifah dah beritahu saya semua tentang En. Amshar” kata Salina yakin. Amshar hanya tersenyum. Matanya tidak dapat menentang pandangan yang diberikan Salina. Dia malu.

Sepanjang masa itu, hanya Salina sahaja yang berbicara. Amshar hanya mendengar. Sesekali, dia mengangguk-angguk sebagai tanda setuju. Responya hanyalah tersenyum. Tidak ada sebutir atau sepatah kata yang keluar.

Salina mengeluh. Amshar melihatnya. Berat betul keluhan dia. Akhirnya Salina juga rasa fed up bercakap dengan mamat ni. Tak kuasa nak bercakap dah. Macam cakap dengan dinding saja.

“ Huh, bosannya dunia.” Keluh Salina. Dia tersengih melihat Amshar di sebelah yang melihatnya.

Dia melihat kembali ke hadapan. Setelah itu baru Amshar membalas senyumannya itu. Comel juga gadis ini. Puji Amshar dalam hatinya.

Salina tidak bercakap lagi sejak melihatkan Amshar seperti tidak melayan kata-katanya.

Bas sudah berhenti di perhentian bas untuk mengambil penumpang lain. Salina dan Amshar keluar dari perut bas untuk pulang ke rumah masing-masing.

Mereka berdua berpisah. Salina ke kanan manakala Amshar ke kiri. Salina tidak mengucapkan selamat tinggal. Dia penat bercakap dengan mamat tu. Amshar apatah lagi.

Amshar memandang Salina dari belakang. ‘Mesti dia dah tak kuasa nak bercakap dengan aku.’ Fikirnya dalam hati. Amshar pasti bahawa Salina sudah malas mahu bercakap dengannya. Bukan dia melayan pun.

Amshar meneruskan perjalanannya. Tiba-tiba…..

“ En. Amshar!” jerit Salina memanggil Amshar. Amshar mengalih ke belakang.

“ Jumpa lagi esok! Bye, assalammualaikum.” Jerit Salina lagi. Dia melambai-lambai tangannya kepada Amshar. Mshar enggeleng kepala. Nakal juga perempuan ni. Comel!

Salina meneruskan perjalanannya dengan penuh semangat. Wajahnya merah kerana malu. Hatinya berbunga. Perasaan aneh apakah ini?

Amshar tersenyum lebar. Dia tersipu-sipu malu. Dia turut merasakan perasaan yang sama seperti Salina. Perasaan yang tidak pernah muncul sebelum ini. Adakah ini?

Dia melambai-lambai tangannya ke arah Salina tak lama lagi sudah sampai ke rumahnya. Tidak pernah dia rasa segembira ini.

Dia betul-betul seronok hari itu. Bertemu dengan gadis periang, baik hati dan lucu seperti Salina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience