Bab 1

Romantic Comedy Series 44935

Pagi lagi Salina sudah sampai ke pejabat barunya. Hari pertama sebagai pekerja di syarikat YHS.

Kedatangannya lebih awal pagi itu kerna mahu memberikan impresi yang bagus. Tepat jam 8 dia sudah terpacak di lobi. Perutnya juga sudah diisi awal supaya dia benar-benar bersedia mengharungi hari pertamanya.

Setiba di ruangan pejabat, Salina dibawa masuk ke bilik En. Hanifah. Satu perkara normal bagi pekerja eksekutif syarikat itu untuk ke biliknya terlebih dahulu sebelum diperkenal kepada staf yang lain.

“Salina, selamat bekerja!” ucap En. Hanifah merangkap CEO Syarikat YHS. Salina tertunduk senyum. Terlihat lesung pipit di kedua-dua belah pipi mungilnya.

“ Di sebelah sana, pejabat awak. Sebelahnya pula adalah…erm…pejabat En. Amshar.” Ujar En. Hanifah lagi.

Berkerut kening Salina melihat En. Hanifah berkeadaan pelik. En. Hanifah mendekatkan wajahnya ke telinga Salina seperti hendak membisikkan sesuatu.

“ Awak, kena bersabar sikit kalau nak kawan dengan En Amshar. Dia tu membosankan… Kalau sepatah ditanya, sepatah jawabnya!! Banyak diam dari memberikan respon. Saya pun kadang naik fed up bercakap dengan dia,” bisik En Hanifah.

Salina tergelak.

Dilihatnya wajah En. Hanifah nampak sangat serius.

“ Oh, tak lawak, eh? Okay.” Kata En. Hanifah selamba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience