Bab 11

Romantic Comedy Series 44935

“ S..sa…saya mi….minta maaf. Sebab…sebab saya hantar rombongan tanpa izin awak.” Ujar Amshar tergagap-gagap.

Nampaknya Salina tidak salah. Memang benar Amsharlah lelaki yang diperkatakan oleh orang tua dan adik beradiknya.

“ K..ka…kalau awka tak sudi saya boleh tarik balik peminangan itu . Mungkin awak dah…..ada yang lain…..” sambung Amshar lagi. Salina tersenyum lebar.

“ Eh, saya tak cakap apa-apa pun. Saya sudi. Itu pun…kalau Encik Amshar tak tarik balik.” Kata Salina pula. Amshar tersenyum lebar melihat Salina.

“ Betul?” soalnya.

“Mestilah!” sahut Salina.

“ Sebenarnya saya …..saya suka pada Encik Amshar sejak waktu saya mula masuk kerja lagi. Bila saya tahu Encik Amshar yang masuk meminang saya. Saya rasa bersyukur sangat.” Ujar Salina tersipu-sipu malu.

“ Saya…saya..s…saya….. Saya pun! Saya pun suka akan Salina.” Nampaknya Salina tidak menepuk sebelah tangan. Amshar turut merasakan yang sama.

“ Saya harap selepas kita berkahwin nanti. Awak tak perlulah ber-encik-encik dengan saya lagi,ya?” pinta Amshar.

“No biggie!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience