Bab 4

Romantic Comedy Series 44935

Salina menghempas punggungnya ke atas kerusi panjang di tempat perhentian bas. Aduh, sakit! Punggungnya terasa pedih kerana menghempas terlalu kuat.

Alangkah geram dia pada Amshar kala itu. Memang betul kata En Hanifah yang dia perlu bersabar dengan pemuda kacak itu. Memang jenis pemalu, pendiam, kera sumbang tahap dewa!

“ Ada ke patut dia main belah jer waktu aku bercakap dengan dia? Tak beradab betul!” kutuknya tak habis-habis.

“ Aih…kalau kau nak jadi menantu bapa aku…memang dah lama bapa aku reject! Aku pun tak mahu suami macam tu! Sorry, En. Amshar,” kutuknya lagi. Penumbuk tangan kanannya digenggam.

Dia melihat ke kiri dan ke kanan. Dia mengalih ke kiri kembali. O’oh!

“ Eh eh, En. Amshar…hai! BUat apa pula kat sini? Saya ingat En. Amshar nak pergi cepat tadi sebab tinggalkan saya seorang diri terburu-buru tadi,” Salina sengaja memerlinya. Senyuman yang dilemparkan pun senyuman yang dibuat-buat.

Terkejut Salina apabila melihat En. Amshar dari tadi sedang melihat gelagatnya dari tadi.

“ Bertemu lagi kita…di…” Kata-kata Salina tidak dapat dihabiskan.

Sekali lagi, Amshar lari menaiki bas yang baru datang.

“ Perhentian bas. Betul-betul tak boleh sabar,” sambung Salina. Malangnya, Amshar tidak mendengarnya. Dia sudah memasuki bas yang dipenuhi dengan penumpang yang baru balik dari kerja.

Lantas, Salina turut memasuki bas itu. Takut-takut dia ditinggalkan seorang diri di perhentian bas itu. Lagi pun hari sudah semakin gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience