Bab 5

Romantic Comedy Completed 10133

Bab 5

Tapi, itu dulu. Ketika itu aku bodoh sengal nak mati. Tidak pandai hendak menghargai benda yang ada di tangan dengan benda yang dilepaskan. Tidak pandai hendak memahami ertinya bila sesuatu itu bukan lagi milik kita untuk disayangkan. Tidak tahu untuk membezakan antara perlu dengan tidak perlu, dan antara memori rindu, dan memori yang sepatutnya menguatkan aku. Nasib baik Tuhan masih menyayangi aku. Kerana sekarang aku sudah tak macam tu dah. Aku tabah. Hati aku menjadi semakin kental dan kuat hendak menghadapi hari esok. Tak lagi buat benda-benda bodoh ni. Aku dah tak makan tempat yang sama macam dulu. Aku dah tak membazir beli majalah Remaja yang aku tak pernah baca tu. Aku dah tak sibuk nak cuba-cuba mesej bagitahu aku dekat mana. Aku dah tak selubung diri aku dengan selimut untuk menangis sebelum aku tidur.

Aku dah boleh gelak macam biasa balik. Aku dah boleh nganjing kawan-kawan aku cakap kelab-kelab bola yang diorang support tu bangang dan Manchester United tetap power balik. Aku dah boleh tidur sambil senyum-senyum dan baca novel tak pun berangan yang aku jadi billionair dan menghabiskan harta pada benda-benda yang takde faedah balik. Aku rasa aku dah kembali normal balik.

Kerana aku semakin hari, semakin tidak sabar untuk masuk tidur. Entah bagaimana hari esok dihidangkan untuk aku.

Bersama dengan beberapa persoalan yang aku semakin tidak sabar untuk menemui jawapan.

Apakah hidup aku akan semakin menggembirakan?

Apakah si Zainudin itu betul-betul akan bayar hutangnya RM10 pada aku (kerana dia kata “esok aku bayar. Confirm”)?

Apakah esok Ronaldo akan pulang semula ke Manchester United?

Apakah benar Alex Ferguson akan bersara?

Apakah esok, aku akan menemui penggantinya?

Dan.

Apakah esok adalah harinya yang aku sudah betul-betul boleh move on?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience