Completed
10133
Bab 6
“Kau betul betul dah move on ke?” tanya Zainudin pada aku.
Semasa aku hendak meminta semula wang RM10 yang dipinjam olehnya, dia beriya hendak membawa aku untuk makan tengahari di sebuah kedai Cina Muslim. Dikhabarkan yang Nasi Goreng Cinanya amat enak dan sedap dimakan begitu saja. Kebetulan perut aku lapar dan aku sudah mula bosan makan seorang, makanya aku bersetuju.
Setelah 5 minit berjalan kaki dari ofis, kami tiba dan disitu, ada sorang lagi kawan aku yang agak rapat. Nizam, seorang fans Chelsea yang murtad. Sebab Nizam ni hanya akan menyokong Chelsea tatkala Chelsea power dan menentang Manchester United. Kalau Chelsea lawan kelab-kelab bodoh seperi Liverpool, Arsenal, dan Barcelona, haram dia nak tengok. Bayangkan, striker semasa Chelsea pun dia tidak tahu siapa. Perlahan ketika itu aku sedar, niat dia hendak menyokong Chelsea hanyalah untuk meluangkan masa dengan aku sambil melakukan kerja hobi orang lelaki. Yelah, takkan kau nak melepak dengan lelaki selama 90 minit di shopping mall? Itu kerja orang perempuan, dan lelaki lelaki gay.
“Betul. Aku yakin yang kali ni aku dah move on.” Jawab aku yakin.
“Kalau dah betul-betul move on, baguslah.”
Aku memandang Zainudin dengan pandangan lain macam. Entah kenapa dia ni tibatiba cakap macam tu. Nada suaranya adalah nada suara yang tak best.
“Apsal kau tanya aku macam tu Zainudin?”
Riak wajah Zainudin berubah. Aku nampak. Cepat-cepat, Zainudin memandang ke Nizam yang sedang asyik melantak Mee Goreng mamak. Ya, Nizam memang bongok dan berjiwa rebel. Pergi kedai makan Cina Muslim tapi order mee goreng mamak. Memang dalam darah tu mengalir zat zat rebel yang kerjanya melawan, melawan, dan melawan.
Nizam membalas pandangan Zainudin dengan satu sentakan selepas beberapa ketika. Seolahnya Nizam teringat kembali mengapa dia, yang bekerja di sebuah Bandar yang jaraknya 15 km dari tempat kami makan ni, datang ke sini untuk makan sejenis masakan yang agak asing bagi seorang cina. Nizam mengeluarkan phone dan seolahnya sibuk seketika.
“Macam ni, aku ada seorang kawan perempuan ni. Dia dah lama single. Aku ada la cerita sikit sikit pasal kau ke dia. Dan dia macam berminat nak kenal dengan kau. Amacam?” ujar Nizam sambil memandang aku dengan mata berharap. Begitu juga Zainudin.
Aku terdiam sekejap. Sudu dan garfu yang aku sedang pegang, aku letakkan di atas meja. Berfikir. Dan soalan “amacam?” itu sepatutnya aku jawab dengan “Boleh tengok gambar dia? Hehehe”
Tapi tidak, aku tak jawab macam tu.
Sebab phone aku yang di atas meja tiba-tiba bergetar.
Dan pada screen telefon tersebut tertulis namanya.
Nama gadis yang aku mengaku aku sudah move on tapi sebenarnya….entahlah.
Share this novel