Bab 15

Romantic Comedy Completed 10133

Bab 15

Diruang tamu kelihatan para tetamu yang kenal rapat dengan tuan rumah mula memenuhi ruang. Kelihatan juga para mak-mak bercerita tentang persandingan anak masing-masing yang juga bakal dirancangkan kelak. Anak-anak kecil ramai yang berlari ke sana ke mari dengan penuh riang. Yang mempunyai tugas, sibuk ke hulu ke hilir melalui ruang tamu ke dapur. Suasana benar-benar meriah.

"Shhh, diam-diam! Ada berita orang bunuh diri!" jerit seorang budak sambil menatap kaca televisyen.

Fokus.

"Berita Terkini, Seorang Lelaki berumur dalam lingkungan 20-an telah pun ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di dalam rumahnya pada awal pagi tadi. Mangsa dipercayai membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan."

"Apalah! Tekanan perasaan konon. Ni mesti pasal cinta ni!" jerit Pak Man.

"Mana kau tahu Pak Man? Tak baik tuduh-tuduh. Lagipun entah-entah dia mati sebab lain ke."

"Kalau dah sampai nak membunuh diri macam gitu, takde benda lain la. Tak duit, mesti cinta punya!"

"Tu la Pak Man. Besar dugaannya orang bercinta ni."

"Ceh, cinta je pun. Itu pun sampai nak berbunuh-bunuh diri ke?"

"Tak semua orang boleh tahan tekanan cinta Pak Man. Kalau dia dapat tahan, maknanya dia antara manusia yang kuat." aku bersuara.

Senyap.

"Baik mati sebab Chelsea kalah bola dengan Wigan. Itu laaaaaagi epik!" usik aku spontan pada Pak Man.

Hilai tawa memenuhi segenap ruang. Semua tahu Pak Man memang kipas susah mati Chelsea.

"Kau jangan macam-macam, kau ingat Manchester United kau tu boleh pegang piala lagi ke tahun ni?"

Aku berdiri sambil berlalu ke pintu keluar. Aku pandang ke belakang. Tangan didepakan.

"I'm Manchester United Fan. Still believing."

Kenyataan aku disambut dengan tepukan gemuruh dari ruang tamu. Aku keluar penuh bangga seperti seorang pewira. Aku memang rapat dengan keluarga belah dia. Dan, aku memang selalu bahan si Pak Man ni dari mula-mula aku kenal dia since Chelsea dengan Manchester United fans memang tak pernah nak ngam.

Aku duduk di bawah khemah. Memerhatikan sekeliling. Meriah. Aku ambil kerusi dan aku duduk. Mahu menjamu selera. Ketika ini, dia sedang makan berhidang dengan suaminya yang tercinta. Dia nampak aku. Dia senyum memandang aku seolah-olah berkata, terima kasih sebab datang.

Aku menutup mata.

Mengimbas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience