Completed
10133
Bab 13
Aku mengambil sut hitam dari almari. Aku tepuk sedikit debu-debu pada baju tersebut. Dah lama betul aku tak pakai sut. Aku pun bukan jenis orang yang suka pakai sut. Aku rasa setahun ada la sekali aku pakai. Itupun sebab nak hadir majlis akhir tahun dan majlis-majlis penting. Dan ya, ini majlis penting.
Sut sedikit longgar. Semuanya atas faktor tubuh aku yang menyusut. Tapi, aku ok. Aku sihat aku rasa. Tak sedih-sedih nak mengenang benda yang lepas. Plus, aku dah separa siap untuk ke majlis kahwin kau. Sesuatu yang tak semua orang cukup kuat nak buat. Aku rasa.
Teringat aku pada kata-kata kau tempohari.
“Friend.”
Kalau orang lain dekat tempat aku, mampu ke nak pergi ke majlis kahwin ex. Or should i say now, "Friend".
"Friend" yang dulunya sangat rapat.
"Friend" yang dulunya sama-sama berangan mahu berkahwin bersama.
"Friend" yang dulunya bila berjalan, mesti berpegangan tangan.
"Friend".
Aku tak sangka kau pun dah benci nak dengar perkataan ex tu.
Aku capai bowtie hitam di dalam laci. Mengeluh. Kuat ke aku? Aku percaya sekarang aku masih sayang dia. Boleh tak, kalau aku nak minta undurkan waktu buat seketika? Waktu di mana yang aku kata yang aku sudah move on. Kalau boleh, aku betul-betul nak patah balik. This moment really sucks for me.
Pintu bilik terbuka. Nizam jengul kepala ke dalam.
"Kau dah siap ke?" tanyanya.
Aku diam. Sambil duduk menghadap cermin, aku membetulkan bowtie yang aku pakai. Mengeluh.
"Tak, kau pergi dulu." Ujar aku.
Nizam faham. Dia menutup pintu dan terus berlalu pergi dengan menaiki motor kesayangannya.
Aku memandang semula orang di dalam cermin tadi. Aku pelik. Aku katakan yang orang dalam cermin itu sudah move on. Sudah boleh melangkah sendiri. Boleh mencari gadis penawar hati. Tapi, yang aku nampak lelaki dalam cermin itu mata dia merah. Yang aku nampak lelaki dalam cermin itu badannya kurus. Dan sekarang, aku nampak mata orang dalam cermin tu mengeluarkan air.
Kadang-kadang aku rasa dunia ni tak adil.
Kau ada tak dengar quote-quote cinta jiwang karat? Contohnya, kalau dia betul-betul mahukan wanita itu, he should fight for her. Macam tu pulak? So, what the women should do? Just watch the man struggling to get her like watching a reality show? Duduk makan popcorn sambil keluar another damn quote like, "Let's the best men win"?
Dunia memang kejam.
Ya, aku harus akui yang lelaki juga ada quote-quote cinta jiwang karat dia. Seperti, "Biarkanlah dia pergi kalau dia mahu kerana kalau dia betul-betul jodoh kau, dia pasti akan kembali". Tapi serious, itu tidak adil! What if, dia tak kembali? Or mungkin hilang terus dari hidup aku? Macam apa yang aku lalui sekarang ni? Macam mana kisahnya?
Ini cuma luahan sebelum aku pergi.
Mengeluh.
Mungkin dunia ini bukan untuk aku.
Aku capai pistol dari dalam laci. Aku pastikan yang tempat peluru telah terisi. Sekali lagi, aku memandang orang di dalam cermin sambil senyum senget. Senyuman yang kau katakan kau suka tengok setiap kali aku senyum. Suka sangat-sangat. Aku acukan pistol ke kepala. Selamat tinggal cinta. Maaf kerana aku belum bersedia.
Blam!
Gelap.
Share this novel