Bab 9

Romantic Comedy Completed 10133

Bab 9

“Kau jangan pergi la,” ujar Nizam sambil kemudiannya menghembuskan asap rokok ke udara. Zainudin angguk tanda setuju. Lusa adalah harinya di mana gadis yang aku mengaku padanya yang aku sudah move on, walaupun sebenarnya, entahlah. Ini mungkin move on versi aku. Ataupun mungkin move on aku ni bukan lansung sebuah move on. Amat sukar aku nak letakkan di posisi mana move on yang aku sedang hadapi ini. Kerana sepanjang aku berbual dengan mereka mereka yang aku rapat, tidak ada sorang pun yang berkata bila move on, bermakna aku masih lagi menangis, mengenangkan gadis yang sama.

“Tapi aku dah janji dengan dia Nizam. Takkan aku nak mungkir janji.” Ujar aku.

Kemudian, aku membuat wajah penuh serious. Anak mata aku halakan ke langit. Semangat seorang askar.

“Dan, lelaki jenis apakah yang memungkirkan janji seorang gadis wahai Nizam. Lelaki jenis apakah itu?” ujar aku dengan nada seorang pejuang. Pejuang yang acah-acah. Untuk seketika, kami menikmati percubaan lawak aku itu dengan ketawa yang bernada sederhana.

Kemudian, Zainudin menggeleng-geleng kepala. Gelengannya sama tatkala dia nampak aku untuk pertama kali setelah 2 minggu aku mengelak. Mungkin sebab dia faham benar yang mengapa mata aku jadi merah. Dan juga mungkin, dia tak sangka apa yang dia rasa aku bakal buat tu betul betul terjadi.

“Itu sebab aku tanya kau hari tu, kau dah betul move on ke tak. Sebab kami dah tau dah dia bakal berkahwin tak lama lagi. Dia yang tanya kami, patut tak ajak kau.” Ujar Zainudin yang sekaligus buat aku naik angin.

Aku naik angin kerana dua sebab. Satu, sebab apa diorang ni yang dapat tau dahulu? Walhal, mereka cuma rapat dengan dia selepas kami mula bercinta. Bukannya dah kenal lama, selama mana aku kenal dia. Tambahan pula, bila mereka tahu dulu dari aku tapi lansung aku tak diberitahu, dah kenapa macam ni? Terasa seperti sebuah pengkhianatan yang ketara di situ dari dia, dan juga dua orang rakan aku ni.

Yang kedua, aku tak sangka rupanya kau masih lagi ragu ragu nak mengajak aku untuk ke majlis istimewa kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience