BAB 11

Family Completed 1671

Tapi Opah Husna menyedari yang Bunga bukan ingin berhenti di kedai sebaliknya langkah Bunga semakin laju seakan tergesa-gesa untuk melalui kedainya tanpa menoleh kiri dan kanan Bunga laju saja melintas jalan, dan dalam masa yang sama sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan bergerak laju dan tidak sempat mengelak Bunga tak semena-mena terlanggar Bunga.

“Ya Allah Bunga !...” jeritan Opah Husna bergema saat melihat tubuh Bunga melambung tinggi dan akhirnya rebah tersandar di atas jalan raya. Darah sudah kelihatan keluar dari kepala dan mulut Bunga.

Beberapa orang awam yang melihat kejadian itu bergegas membantu Bunga yang sudah pengsan. Malah pemandu kereta pacuan empat roda yang melanggar Bunga pun turut menawarkan diri untuk menghantar Bunga ke hospital.

“Ya ALLAH, betapa aku sangat zalim pada diri ku sendiri dan sesungguhnya akulah hambaMu yang terlalu banyak hanyut dalam lautan dosa. Telah lama aku alpa daripada mengingati Mu. Aku melupakan Mu di saat aku diuji. Ampuni dosa hambaMu ini Ya ALLAH.” Airmata penuh keinsafan bergenang dari tubir mata Laura ketika dia menadah tangan berdoa kepada Allah selepas sekian lama dia mengabaikan tanggungjawabnya pada Tuhan, juga tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada satu-satunya zuriat miliknya, Bunga.

Laura yang dulu bukan lagi Laura yang sekarang, kini dia sudah insaf di atas segala kekhilafannya. Dia tidak mahu lagi hanyut dengan gelombang dosa. Sudah dua bulan dia berhenti dari bekerja di kelab dangdut.

Dia sudah tidak mahu mengabaikan anaknya Bunga, Bunga sudah banyak menderita kerananya.

Laura membuka helaian kain telekung berenda warna hijau lembut yang dipakainya ini. Inilah kain telekung pemberian Bunga padanya. Opah Husna serahkan padanya ketika dia menunggu Bunga yang sedang bertarung nyawa di bilik pembedahan.

Teresak-esak dia menangis sambil berkali-kali dia mencium kain telekung yang terlekat erat dalam dakapannya. Sungguh saat ini dia dihurung dengan perasaan bersalah yang mencengkam jiwanya.

“Bonda …”

Dia menoleh pada suara yang memanggilnya itu. Laura mengesat air matanya. Di belakangnya kelihatan Opah Husna sedang menolak kerusi roda Bunga. Laura bangun dan mendapatkan Bunga dan Opah Husna seraya dia memeluk anaknya.

“Maafkan Bonda, Bunga.” Laura mencium dahi Bunga berkali-kali.

“Usah menangis Bonda, Bonda tak ada dosa apa pun dengan Bunga. Mari kita solat bonda,’’ ujar Bunga dengan senyuman gembira.

Laura memandang sayu anaknya seraya mengangguk. Dia mengusap lembut bahu Opah Husna untuk memberitahu yang dia mahu mengambil alih menolak kerusi roda Bunga.

Kesan dari kemalangan itu Bunga mengalami kecederaan patah sebelah kaki serta bahu kanannya. Kecederaannya beransur sembuh cuma dia masih belum dapat berjalan dan harus menjalankan rawatan fisioterapi.

Azan Maghrib berkumandang dan jemaah wanita mulai memenuhi ruang masjid. Laura, Bunga dan Opah Husna segera mengambil tempat masing-masing dan memilih Saf belakang kerana saf depan sudah penuh, mungkin juga kerana kehadiran penceramah terkenal Samsul Debat dijemput untuk memberikan ceramah.

Sempat juga Bunga menoleh memandang Bondanya yang sedang membetulkan kain telekungnya bersiap sedia untu menunaikan solat. Terpancar senyuman bahagia yang terbit dari hati paling dalam. Betapa di setiap dugaan, Allah SWT pasti menghadiahkan sesuatu yang manis untuk hambanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience