“Amboi anak dara jenis apa kau ni dah senja baru reti nak balik rumah!’’ teriak Laura pada Bunga yang baru pulang. Belum pun sempat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah sudah suara ibunya itu kedengaran memarahinya.
Bunga hanya menundukkan wajahnya, diam membisu. Dia sama sekali tidak menyangka yang ibunya terjaga awal kerana kebiasaannya ibunya itu bangun pada pukul 10 malam itupun bila lapar dan adakalanya pernah terjaga sehingga keesokan harinya jika hari cuti, namun rutin kebiasaan, menjelang pukul 12 malam, ibu sudah keluar rumah menuju ke tempat kerja, pusat dangdut ‘Irama Cinta’ yang beroperasi sehingga jam 5 pagi.
“Mana kau merayap, umur setahun jagung dah pandai berpeleseran di sana sini!” nada suara Laura semakin tinggi, bingit telinga Bunga jadinya. DIa yakin suara nyaring ibunya itu cukup membuatkan seluruh penghuni rumah flat kos rendah ini dapat mendengar suara Laura memarahi Bunga.
“Bung… Bung..’’ tersekat-sekat Bunga ingin menjawab dek kerana ketakutan pada ibunya.
Dia risau jika ibunya itu naik hantu. Bukan sahaja Bunga kena tapi pastu
“Hei bodoh, kau pekak ke apa? Aku tanya jawaplah, bodoh!” Laura menunjal kepala Bunga hingga tertolak ke belakang tubuh anaknya itu.
Bunga mengosok kepalanya yang kesakitan. Pandangannya masih jatuh pada lantai.
“Tadi, …Bunga ada aktiviti kat sekolah, Bonda.” Perlahan dan tergetar nada suara yang keluar dari mulut gadis itu.
“Bukankan aku sudah bilang pada kau Bunga, lepas waktu sekolah balik! Tak payah nak terhegeh-hegeh dengan aktiviti yang merapu tak mendatangkan faedah tu. Apa kau ingat semua aktiviti tu percuma ke? Semua perlu duit. Zaman sekarang ni, sekolah pun dah pandai makan duit murid. Apa kau ingat aku ni cop duit ke?” tengking Laura sambil bercekak pinggang dengan rambutnya yang menggerbang dan kusut masai itu.
“Ma…Maafkan Bunga, Bonda.” Lirih suara bunga
Share this novel