BAB 3

Family Completed 1671

Bunga berdiri kaku di muka pintu bilik Bonda. Bergenang air matanya. Niat hatinya dia teringin bersolat berjemaah dengan Bonda. Mahu benar dia untuk bersalam dengan ibunya setiap kali usai solat.

Laura meneguk sebotol air mineral sebaik menyudahkan tugasnya melayan pelanggan yang sudah menempah dirinya. Sebelah tangan mengipas dirinya sendiri dengan kipas plastik. Ramai orang di dalam kelab dangdut ini sehingga sejuk penghawa dingin yang terpasang pun tidak terasa.

“Hishh panas betullah.” Omel Laura bengang.

“Apa merungut-rungut ni sayang, orang lawa macam ni mana boleh kepanasan, habis rosak mekap. APakata ikut abang ke hotel? Kat hotel best, sejuk, boleh baring dan rehat dengan abang.’’ Ujar Encik Habib dengan senyuman lelaki miang barisan giginya yang ronggak sambil menghamburkan nafasnya yang berbau pada Laura.

Laura menjarakkan dirinya. Loya tekaknya dengan bau mulut Encik Habis, si jantan miang.

“Eh, tak apalah Encik Habib. Saya masih kerja lagi ni, lain kali saja ya?” Laura menolak dengan baik.

“Marilah sayang.” Encik Habib mengeselkan badannya dengan Laura. Dia memang sudah lama berkenan Laura si janda bergetah ni, banyak kali dia cuba tapi susah benar untuk ‘dilahap’ si Laura ini.

Gesekan dan asakan demi asakan dari Encik Habib membuatkan Laura semakin tidak selesa. Dia cuba menolak badan lelaki buncit itu agar jauh darinya.

“Eh, Encik Habib ! Kenapa duduk aje kat sini. Kenalkan iniKaty. Dia ni baru lagi Encik Habib. Katy, layan Encik Habib elok-elok, Encik Habib ini baik orangnya.” Mama Nona memberi isyarat kepada GRO barunya melayan Encik Habiib.

Katy GRO baru mengangguk sambil tersenyum manja pada pelanggan barunya. Tangan Encik Habib ditarik. Encik Habib seperti lembu yang dicucuk hidung, hanya mengekor saja walau perasaan sedikit hampa kerana jambu muda yang diidamnya tidak kesampaian lagi hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience