“Dah! Toksah terhegeh-heget kat sana! Pergi masak. Aku lapar ni! Tunggu kau boleh kebulur aku!” arah Laura.
Bunga berdesup masuk ke dapur. Sudah menjadi rutin hariannya menyediakan makanan untuk Bonda dan dirinya sendiri. Tapi hari dia pulang agak lewat kerana ada aktivigti kokurikulum yang mana kehadiran adalah wajib dan tindakan tegas akan diambil sekiranya dia gagal hadir tadi. Bunga tak mahu perkara itu berlaku kerana dia amat sukakan aktiviti tersebut.
Laura merengus kasaar dan terbungkang di atas sofa panjang sambil menonton rancangan yang tersiar di skrin tv. Ikutkan hati nak tidur balik. Tapi Matanya tak mahu terpejam pula.
Bunga mengintai Bondanya yang sedang siap siaga untuk bekerja. Dia hanya mampu melepaskan keluhan yang tidak bertepi, mahu atau tidak sudah lima tahun dia menyandang gelaran anak kepada GRO terkenal kelab dangdut ‘Irama Cinta. Bapanya meninggal dunia ketika dia berusia enam tahun dan sejak itu paksi hidupnya berubah 360 darjah.
Bondanya yang seorang lemah lembut dan jarang bersuara itu berubah menjadi seorang yang bengis, baran dan hidup bergelumang maksiat bergaul dengan ramai lelaki yang tidak dikenali. Pendek kata bondanya itu sudah hilang pedoman dan sudah lama tidak sujud bertemu Tuhan.
“Bonda dah solat?” tanya Bunga.
Laura yang ketika itu sedang menyikat rambut ikalnya memaling kepalannya ke arah Bunga yang berdiri di daun pintu dengan telekung putih nan lusuh tersarung di kepalanya.
“Amboi kau cuba nak perli ke? Nak ajar aku ke apa budak?. Jangan nak sindir aku pulak! Kau nak jumpa Tuhan kau pergi sana, tak payah nak ajak aku. ” bentak Laura.
“Maafkan Bunga, Bonda. Tak…” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, pintu bilik dihempas kuat oleh Laura.
Share this novel