BAB 4

Romantic Comedy Completed 10067

Aku beredar setelah agak lama berbual dengannya. InsyaAllah, jika dia memang jodohku Allah akan permudahkan. Rabbi yassir wala tu’assir. InsyaAllah, tulang rusuk tidak akan pernah tertukar kerana perancangan Allah adalah yang terbaik.

Setelah itu, aku dan rakan-rakan yang lain kemudiannya menjamu selera di Bilik Mesyuarat sempena ramah- tamah yang terakhir bagi Syawal ini. Memang ku akui, aku jarang berinteraksi dengan Ustaz Aiman. Salahkah kalau aku begitu? Malu itu kan indah.. lagi pula aku dan Ustaz Aiman hanya berbincang hal kerja. Hairan..fikirku sambil tersenyum mengerti maksud pertanyaan si dia. Mungkin kerana diriku yang agak pendiam dan pemalu membuatkan dia berfikir seperti itu.

Aku perasan ketika mengambil makanan Ustaz Aiman ada di sisi. Tidak sedar akan kehadirannya. Lantas ekor mataku menjeling ke sebelah kiri, Husna duduk sambil memerhati ke arah kami.

“ Ustazah, ambillah makanan banyak sikit,” kata Ustaz Aiman memulakan bicara.

“ Err, dah banyaklah ni. Nanti tak habis pulak,” jawabku sambil tersenyum.

“ Patutlah kecil molek, takyah la nak diet-diet,” usiknya lagi.

“ Heee, mana ada ana diet, ustaz,” kataku tersengih malu. Aku segera beredar ke tempat duduk setelah perasaan ada seseorang yang asyik perhatikan kami. Segan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience