BAB 8

Romantic Comedy Completed 10067

Kebahagiaan adalah antara nikmat Allah yang terbesar, yang dikurniakan kepada para hambaNya. Ia adalah antara tanda sifat pemurah Allah kepada manusia. Bahagia itu mulanya pada perjalanan kita menuju bahagia. Kalau seseorang menuju kebahagiaan hakiki dan abadi, maka setiap langkah dalam menuju kebahagiaan hakiki tersebut adalah kebahagiaan, begitulah sebaliknya. Ia bermula daripada kita memperbaiki makna kebahagiaan dalam diri kita dengan makna kebahagiaan hakiki, lalu kita terus melangkah menujunya dengan langkah yang teliti berdasarkan petunjuk Illahi. Pada ketika itulah, kita akan menjalani sebuah kehidupan Rabbani yang membawa kebahagiaan abadi, di dunia ini dan di akhirat nanti.

Pilihan itu terletak pada diri sendiri. Jika inginkan kebahagiaan yang kekal abadi maka, pilihlah Allah sebagai sandaran dalam memberi cinta. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala isi hati. Berserahlah hanya pada Allah s.w.t walaupun keputusan itu perit untuk diterima.

Sesungguhnya sesuatu yang kita sangka baik tidak semestinya terbaik buat kita, kerana kita manusia. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Seandainya kita ingkar perintah Allah, lupakan Rasulullah maka kita tidak akan bertemu bahagia. Di Mahsyar Allah nanti tidak akan ada pengharapan lain yang ada selain syafaat nabi. Atas usaha dan pengorbanan baginda, kita diajar kasih sayang yang suci. Jika Rasulullah ada di hadapan kita sekarang alangkahnya sedihnya baginda. Aku memilih untuk mencintai Allah dan Rasulullah melebihi segalanya. Inginku isikan hati ini dengan benih-benih cintaNya dan kekasihnya setulusnya. Tidak sesekali akan ku kongsikan dan mencemarkan rasa cinta ini dengan cinta yang bertuankan nafsu semata.

Aku kembali menyambung penulisanku yang terhenti setelah agak sibuk menguruskan UPSR. Aku terhenyak seketika. Berfikir sejenak. Apa yang perlu ditulis. Blur… Haa, mentol kuning menyala. Aku tersenyum bahagia.

Untuk mencari sebuah cinta sejati,kita memerlukan kesabaran terutamanya dalam menghadapi arus kehidupan yang semakin mencabar kini. Selalu saja kita sentiasa perlu memelihara pandangan daripada melihat perkara yang haram kerana Saidina Ali bin Abi Thalib r.a pernah berkata,

” Barangsiapa yang tidak memelihara matanya daripada perkara yang haram, maka hatinya tiada harganya.”

Cinta akan menjadi indah apabila adanya kekuatan agama kerana cinta yang terbentuk disertai dengan keredhaanNya. Cinta yang disertai nafsu dan godaan syaitan tidak akan membawa ke mana-mana sebaliknya mengundang kemurkaan Allah dan menjatuhkan maruah diri sendiri.

Wahai pemuda dan pemudi,

Untuk mendapat si soleh dan solehah,

Kita perlu terlebih dahulu menjadi insan yang soleh dan solehah,

Kerana kemuliaan cinta berada dalam keredhaanNya.

Allah S.W.T juga berfirman, “ Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience