Bagaimana kita tahu bahawa orang yang kita cintai itu orang yang berhak? Mungkin persoalan ini sering terfikir di minda kalian. Allah tidak akan menyukarkan sesuatu perkara itu dan setiap persoalan ada penyelesaiannya. Justeru, cinta kepada Allah dan Rasul akan membawa kita kepada cinta yang sebenar-benarnya. Jangan jadikan Allah sebagai wasilah untuk mendapat cinta manusia tetapi jadikan seorang hamba itu sebagai wasilah untuk mendapatkan cinta Allah. Teringat kepada satu kata-kata;
Cinta Ibarat Kupu-Kupu. Semakin kita mengejarnya, semakin ia menghindar tapi apabila kita biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tidak menduganya. Cinta dapat membahagiakanmu, tapi sering juga menyakitimu, namun cinta itu istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerimanya. Jadi tenanglah , jangan terburu-buru dan pilihlah yang terbaik.
Sewajarnya, cinta itu adalah satu fitrah tetapi jangan jadikannya sebagai fitnah. Rasulullah sendiri pernah menyatakan mafhumnya, tidak salah jika kita ingin berkasih sayang tetapi ikutlah syariat yang telah ditetapkan. Cinta kerana redha Allah itu pasti manis.
Bagaimana kita hendak menahan gelodak jiwa itu? Kita juga punya perasaan dan hanyalah insan biasa..Err, banyak sekali alasannya. Tidak dinafikan kita hanyalah hamba Allah yang sering terleka dengan nikmat dunia. Nabi Muhammad yang maksum itu juga sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik bagi penciptaNya.
Share this novel