Hari terakhir sebelum tamatnya praktikum, aku dan guru-guru yang lain menjamu selera. Suprise party yang membuatkan aku dan rakan-rakan terharu. Ustaz Aiman juga tidak ketinggalan memberikan hadiah padaku. Banyak pengalaman yang aku peroleh daripadanya. Aku perasan sejak akhir-akhir ini pandangan Kak Husna padaku dan Ustaz Aiman bagai menyimpan seribu erti.
Sedang leka mengemas barang, aku terpandangkan sticker note yang sama di atas meja Kak Husna. Mungkin dia yang pernah memberikan nota itu padaku dulu..fikirku. Lantas aku segera menyapa Kak Husna hanya ingin bertanyakan hal sebenarnya.
“ Err..kak, sticker note tu akak yang punya ke?” tanyaku.
“ Taklah, ni Ustaz Aiman yang punya. Hari tu dia tertinggal kat meja akak.” Jawab Kak Husna.
“ Oh, hari tu ana dapat nota yang sama saiz macam ni. Ana ingatkan akak yang bagi.” Kataku jujur.
“ Taklah, akak tak bagi apa pun. Ustaz Aiman kot yang bagi,” Kak Husna serkap jarang.
“ Dia tulis guna pen kaler merah ke?” tanya Kak Husna lagi. Aku hanya mengangguk.
“ Confirm, ustaz yang bagi. Hari tu dia pinjam pen merah akak.” Jawabnya.
“ Ana nak sambung kemas baranglah.” Ujarku minta diri. Aku hanya terdiam. Berfikir sebentar, apa motif Ustaz Aiman bagi nota tu. Malas berfikir, aku segera mengangkat barang untuk diletakkan di dalam kereta. Sekembalinya aku ke meja, ada satu nota tertampal di skrin laptopku. Lantas aku membacanya.
Ermm, aku tersenyum. Segera aku menulis sesuatu di atas kertas lain dan menyelitnya di celah-celah buku Ustaz Aiman.
Aku segera berlalu ke tingkat bawah untuk bersalaman dengan guru-guru yang lain.
Ketika hendak masuk ke kereta sebuah skuter lalu di sebelahku. Ustaz Aiman menayangkan nota yang aku berikan tadi sambil mengucapkan Afwan dan tersenyum lebar. Aku tersenyum cuma.
Aku berusaha ‘menahan’ diriku daripada perkara yang mampu melalaikan. Aku berdoa semoga pemuda yang telah tersurat untukku mampu ‘menahan’ dirinya jua. Aku hanya inginkan kasih sayang kami hanya kerana Allah.
Ermm, biarlah aku menyelimuti hati ini baik-baik dulu untuk ‘ si dia’ yang telah tertulis untuk diriku di Luh Mahfuz. Aku belum bertemu dengannya..aku tak kenal dengannya..tapi aku janji aku akan serahkan hati ini kepadanya selepas kahwin nanti..InsyaAllah,harap si dia juga bersabar..cinta lepas kahwin itu yang terbaik.
“Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah S.W.T. Adanya Iman.. apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. Insya-Allah.” Dan ketahuilah, ada syabab soleh sedang menantimu duhai muslimah solehah.
Share this novel