BAB 1

Romantic Comedy Completed 10067

Cinta dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Perhatikan sabda Rasulullah saw berikut ini: “Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khawatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku kahwatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlomba sebagaimana mereka berlomba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.” (Hadits riwayat Muslim (2961) dan al-Bukhari (6425), dan Ibnu Abi ad-Dunya dalam kitab tentang Zuhud hal. 73)

Sementara Al-Mahabbah menurut Imam Al-Ghazali bermaksud kecenderungan hati kepada sesuatu disebabkan sesuatu itu dirasakan lazat oleh orang yang mencintainya itu..CINTA! Siapa yang tidak suka CINTA? Pastinya ramai yang mengatakan SUKA. Andai anak-anak remaja disuruh memilih antara cinta manusia dan penciptaNya, nescaya ramai yang memilih cinta manusia. Mereka telah dibutakan dengan nikmat dunia yang hanya memenangkan hawa nafsu.

Aduh! Remaja zaman sekarang lebih pentingkan dunia. Lalai dengan cinta manusia. SMS yang melekakan! Sanggup ‘bergayut’ di telefon berjam-jam lamanya tanpa urusan penting. Jika difikirkan balik, nikmat Allah manakah yang mereka telah dustakan? Terdetik di hatiku, apakah mereka tidak pernah berfikir untuk mendapatkan cinta Allah dan Rasulullah? Teganya mereka menodai cinta yang suci itu dengan maksiat. Zina hati! Ya Allah….aku sedar hati ini mudah terpesong dengan madah-madah cinta yang dilafazkan dari bibir-bibir manis lelaki.

Tidak kira lelaki atau perempuan. Kedua-duanya pandai memujuk rayu. Syaitan apatah lagi, bersorak riang kerana berjaya menghasut ramai anak Adam untuk menjadi pengikutnya.

Malahan ada yang sanggup keluar berdua-duaan, berpimpinan tangan semata-mata untuk merungkai rindu. Padahal sudah bergayut di telefon. Di dalam kelas pun masih mahu bermesej-mesej manja, mengungkapkan kasih sayang. “ Habis manis sepah dibuang”. Itulah ibaratnya jika cinta yang diberikan kepada orang yang tidak berhak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience