Get the app for full experience
SELEPAS waktu pejabat, Adrian menjemput Lora di rumah Datin Fauziah. Sebelum berkahwin dengan Miya, dia hanya datang mengambil Lora pada hujung minggu memandangkan dia terlalu sibuk dan kadang kala terpaksa ke luar negara atas urusan kerja. Ketika mula-mula melihat Miya, fikirnya wanita itu tidak bekerja dan boleh menjaga Lora sepenuh masa. Tidak sangka pula Miya seorang yang sangat berjaya dengan kariernya. Tetapi selagi Miya boleh menguruskan Lora, dia tidak ada masalah jika Miya mahu terus bekerja. “Teacher kata Lora good sangat hari ni. Dia bercakap dengan kawan-kawan, siap angkat tangan nak jawab soalan kat depan lagi.” Teruja Datin Fauziah bercerita ...