BAB 1: KAHWIN DENGAN SAYA

Romance Series 1533095

MIYA bergelut melepaskan diri daripada cengkaman beberapa lelaki sasa yang memegang tubuhnya. Dia cuba menjerit tetapi salah seorang daripada mereka membekap mulutnya.

“Makan besar kita malam ni,” ujar salah seorang dari lelaki itu yang Miya agak adalah ketua mereka. Sejak tadi dia mengarah itu ini dan semua lelaki itu patuh saja.

"Tenang sayang. Abang buat pelan-pelan je," ujarnya lagi sambil membelai pipi Miya.

"Abang janji tak sakit." Berdekah-dekah dia ketawa lalu disahut oleh anak-anak buahnya.

Miya terus bergelut. Mulutnya yang ditekup membuat nafasnya sesak. Rontaannya semakin lemah. Namun, dia tekad tidak akan mengalah. Tidak sekali-kali.

“Aku tak sangka Fauzi ada anak dara cantik macam ni. Kalau aku tahu, dah lama aku langsaikan hutang dia, buat mas kahwin,” ujar lelaki itu lagi.

“Eh, dara ke? Kita test dulu!” ujarnya lalu tunduk cuba mencium leher Miya.

Miya menggunakan segala sisa tenaga yang tinggal untuk melepaskan diri. Kaki kanan yang berjaya dilepaskan, dia tendang kelangkang lelaki yang memegang kakinya tadi sekuat hati. Mengaduh lelaki itu menahan rasa senak di bawah sana.

Kemudian dengan segala tekad dan nekad dia menyentak tangan kirinya sehingga terlepas sebelum dia melonjakkan tubuhnya sehingga berjaya berdiri. Tangan kanan yang masih dalam genggaman salah seorang lelaki, dipulas; membuat lelaki itu mengaduh keras kerana pergelangan tangannya terseliuh. Pergerakannya pantas sehingga tidak memberi celah kepada lelaki-lelaki yang seramai lima orang itu untuk menyerang balas.

Berjaya melepaskan diri, Miya berlari keluar dari rumahnya.

“Kejar dia!”

Miya pantas berlari ke hujung koridor, namun dia melihat ada sekumpulan lelaki sedang menunggu di situ, mungkin ahli kumpulan mereka juga. Dia ingin berpatah balik tetapi lelaki-lelaki tadi semakin menghampiri. Miya tidak ada pilihan. Appartmentnya cuma di tingkat tiga. Kalau dia terjun, dia mungkin tidak akan mati. Paling teruk, hanya patah kaki. Dia nekad. Lebih baik mati atau patah kaki daripada menjadi mangsa nafsu buas lelaki-lelaki itu. Tanpa berfikir panjang, dia memanjat besi penghadang dan terus terjun membuatkan kesemua lelaki itu terkejut.

Bang!

ADRIAN yang berada di dalam kereta, terkejut. Bunyi itu sangat kuat dan datang daripada bumbung keretanya. Pemandunya juga turut terkejut. Cepat-cepat mereka keluar dari kereta dan melihat seorang gadis sedang mengerekot dan mengerang kesakitan di atas bumbung keretanya.

“Cik, cik tak apa-apa ke?” tanya Akram, pemandu Adrian.

Belum sempat Miya menjawab, lelaki-lelaki tadi muncul.

“Hei, perempuan!”

Miya panik. Gopoh-gopoh dia turun dari bumbung kereta mewah itu lalu mendekati Adrian dan Akram.

“Encik, tolong saya encik. Lelaki-lelaki tu cuba nak cederakan saya. Saya tadi...”

“Get in the car.” Adrian memotong sebelum sempat Miya menyudahkan kata-katanya. Otak bijaknya tidak susah untuk mentafsir apa yang sedang berlaku.

Tanpa berfikir panjang, Miya terus masuk ke dalam kereta lelaki itu. Entah apa yang membuat dia begitu cepat percaya. Mungkin kerana rasa takut yang mendominasi otaknya.

Dari dalam kereta, dia melihat lelaki itu berunding dengan kumpulan lelaki lintah darat tadi. Tenang sahaja lelaki itu berbicara sedang lawan bicaranya kelihatan begitu tegang.

Dia tidak tahu apa yang diperkatakan oleh lelaki itu sehingga akhirnya lintah-lintah darat itu beredar.

Miya menghembus nafas lega. Keluar dari kereta, dia menghampiri lelaki budiman itu.

“Terima kasih encik sebab tolong saya. Hanya Tuhan yang boleh balas budi baik encik,” ujar Miya.

Lelaki itu memandang Miya dari atas ke bawah. Sebagai lelaki dia merasakan Miya agak cantik juga. Rambutnya yang panjang melepasi bahu itu, walaupun agak kusut namun tidak mengurangkan kadar kecantikannya. Matanya yang bundar, hidungnya yang kecil, dan bibirnya yang kemerahan kelihatan sangat sempurna.

Melihat pandangan mata lelaki itu, Miya mula jadi salah tingkah. Adakah dia sudah keluar dari mulut buaya, dan sekarang masuk ke mulut naga pula?

“Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum. Saya akan ingat encik dalam setiap doa saya,” ujar Miya dan segera memusingkan badannya untuk berlalu.

“Tunggu!”

Langkah Miya terhenti. Dia menoleh. Lelaki itu melangkah setapak demi setapak mendekatinya. Miya juga turut berundur selangkah demi selangkah. Berbagai andaian buruk bermain dalam fikirannya. Adakah lelaki ini juga sama seperti lelaki-lelaki tadi? Adakah lelaki ini mahu meminta balasan atas pertolongannya tadi? Atau lelaki ini sebenarnya yang mengupah lelaki-lelaki tadi untuk merogolnya?

“Saya dah tolong awak. Adakah cukup dengan hanya awak mendoakan saya saja sebagai balasan?” Soal lelaki tersebut.

Nah, tepat sangkaannya. Lelaki semuanya sama. Suka menindas dan mendominasi.

“Encik nak saya buat apa?” tanya Miya. Bergetar suaranya, membayangkan apa yang akan dituntut oleh lelaki itu sebagai balasan. Dipandang lelaki yang sedang berdiri di depannya itu. Terpaksa dia mendongak sedikit kerana ketinggian lelaki itu yang melebihi beberapa inci daripadanya.

“Kahwin dengan saya.”

Miya terkebil-kebil. Berkali-kali dia mengejip-ngejipkan matanya sambil ternganga memandang lelaki itu.

Waraskah lelaki ini? Mereka tidak saling mengenali, hanya berjumpa untuk beberapa minit, dia terhutang budi, dan lelaki ini meminta dia mengahwininya sebagai balasan? Kegilaan apakah ini?

“W…What?”

“Saya akan bayar hutang ayah awak, dan lelaki-lelaki tadi janji takkan ganggu awak lagi. Tapi, dengan syarat awak kena kahwin dengan saya. Lagipun awak kena bayar ganti rugi atas kerosakan kereta saya,” ujar Adrian. Suaranya mendatar tetapi nadanya berbaur ugutan.

Miya melirik ke arah kereta lelaki itu. Kuat sangatkah hentaman tubuhnya tadi sehingga merosakkan kereta lelaki itu? Dia bukan badak air betina dengan berat dua ribu kg sehingga mampu meremukkan sebuah kereta. Dia hanya gadis kecil yang beratnya tak sampai lima puluh kilo pun.

“Macam mana? Kalau awak tak setuju, then it’s okay. Awak akan berdepan dengan gangguan lelaki-lelaki tadi sampai akhir hayat awak.”

Adrian memprovokasi apabila melihat wajah Miya yang teragak-agak. Walaupun dia tidak tahu siapa gadis ini, bagaimana asal-usulnya, tetapi rasanya dia calon yang terbaik buat masa ini, yang mungkin tidak akan menolak lamarannya. Dia terdesak dan dia perlu berkahwin segera.

“It’s okay if you refuse.”

Adrian berundur setapak dan terus melangkah meninggalkan Miya yang masih kelihatan terpinga-pinga.

Melihat lelaki itu melangkah meninggalkannya, membuat Miya perlahan-lahan kembali berpijak di alam nyata. Benar kata lelaki itu, jika dia menolak, dia akan berdepan dengan lintah-lintah darat tadi sehingga akhir hayatnya. Tetapi, jika dia berkahwin dengan lelaki ini, adakah hidupnya akan menjadi lebih baik? Benar, dia akan bebas daripada belenggu hutang ayahnya, tetapi bagaimana jika masalah lain pula yang timbul? Berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali? Ah, terdengar karut. Lain jika dijodohkan. Setidaknya, ayah, ibu, pakcik, makcik, jiran mengenali bakal suaminya. Ini bukan dijodohkan, tetapi jodoh terpijak, mungkin? Aku terhentam keretamu dan kau menjadi imamku? Nah, boleh dibuat tajuk sinetron.

Lama Miya mematung ditempatnya, memikirkan lamaran tengah malam yang diterimanya. Tidak mungkin tanpa sebab lelaki itu mengajaknya berkahwin. Melihat kepada kereta mewah milik lelaki itu, dia yakin lelaki itu bukan orang biasa. Apa sudah tidak ada wanita yang setaraf dengannya yang boleh dijadikan isteri sehingga terpaksa meminta gadis yang tidak dikenali mengahwininya? Atau lelaki itu sengaja menadah keretanya di situ, menunggu jodoh jatuh dari langit?

Atau lelaki ini berpenyakit dan tidak ada perempuan yang mahukannya? Sakit apa? AIDS? Atau mati pucuk? Atau penyakit kelamin?

Miya menggeleng cepat; mengusir andaian buruk itu dari benaknya. Sekalipun lelaki itu berpenyakit, tetapi tawarannya sangat sukar ditolak. Ada duit, yang tua kutuk pun boleh terpuji. Apa lagi yang muda dan kacak pula. Walau berpenyakit, akaun banknya tetap sihat, bukan?

Miya menepuk kepalanya yang sudah berfikir yang bukan-bukan, sekaligus mengembalikan kewarasan akal bijaknya.

“Tunggu!” ujar Miya.

Adrian berhenti melangkah. Tersenyum dia sebelum menoleh. Dia tahu gadis itu tidak akan menolak. Mereka saling memerlukan.

“SAYA masuk Islam sebelum berkahwin dengan arwah isteri saya dan ada seorang anak perempuan. Bila isteri saya meninggal, keluarga mentua nak tuntut hak penjagaan sebab takut saya kembali ke agama asal. Jadi, mereka letakkan syarat supaya saya berkahwin dengan perempuan muslim kalau tak nak mereka rebut hak penjagaan Lora.”

Panjang lebar Adrian menerangkan. Ketika itu dia dan Miya berada di dalam keretanya.

“Walaupun tak dapat hak penjagaan, encik tetap boleh jumpa dia kan?” ujar Miya

“Saya tak nak sekadar jumpa dia dua atau tiga kali seminggu. Saya nak tengok dia membesar depan mata saya. Saya nak jaga dia.”

Miya terdiam, namun otaknya tetap ligat berfikir tentang tawaran lelaki itu.

“Encik tak ada kawan perempuan lain ke?” tanya Miya.

“Saya tak nak berkahwin dengan perempuan yang dikenali keluarga mentua saya. Sebab ini perkahwinan bersyarat dan tidak akan ada sesiapa yang tahu kecuali keluarga saya, keluarga mentua saya, dan keluarga awak. Once saya dapat hak penjagaan Lora, kita bercerai.”

Miya tertawa sumbang. Lelaki memang tidak pernah serius dengan perkahwinan. Bagi mereka perkahwinan hanya untuk memuaskan nafsu atau mungkin hanya untuk kelangsungan keturunan mereka. Malang sungguh hidupnya dikelilingi dengan lelaki seperti itu.

“So, macam mana? I need you and you need me. Unless you have enough money to pay the debt and the damage you did to my car, awak boleh tolak.”

Sekali lagi kata-kata Adrian berbaur ugutan, walaupun nadanya mendatar sahaja. Miya meneguk liur. Betul, dia perlu bebas daripada lintah darat itu. Dan dia juga tidak punya wang untuk membayar kerosakan kereta lelaki ini walaupun sekilas pandang, tidak nampak sebarang kerosakan pun. Mungkin ada sedikit, tetapi bukankah lelaki itu kaya? Keluarkan sedikit duit untuk membaiki keroakan kereta, tidak akan membuatnya miskin bukan?

“Awak takkan rugi apa-apa. Selepas bercerai, saya akan bayar pampasan satu juta ringgit, dan sebuah rumah atas nama awak,” ujar Adrian, dan dia tidak berbohong tentang perkara itu. Dia sudah membincangkan perkara ini dengan pembantu peribadinya, dan mereka cuma mahu mencari calon yang sesuai sahaja. Insiden malam ini benar-benar membantunya.

"Beri saya masa untuk fikir," ujar Miya. Urusan nikah kahwin bukan perkara remeh yang boleh dipersetujui begitu sahaja. Apatah lagi dia dan Adrian tidak saling mengenali. Banyak perkara yang perlu dia fikir dan pertimbangkan. Bercerai selepas setahun? Sungguh dia tidak pernah terbayang akan menghadapi pernikahan seperti itu. Benar, dia sedang terdesak. Tetapi tidak bermakna dia sanggup memperjudikan masa depannya demi melunaskan hutang bapa angkat yang tidak pernah berjasa kepadanya.

"Saya bagi tempoh seminggu untuk awak fikir." Adrian mencapai dompetnya di dalam arm rest lalu mengeluarkan sekeping kad dan menghulurkannya kepada Miya. "Ini kad saya. Bila awak dah ada jawapan, call saya."

Miya mengambil kad itu dan melihatnya sekilas sebelum memandang Adrian. "Okey. Saya mintak diri dulu."

“Wait!"

Miya toleh.

What’s your name?” tanya Adrian.

Pertanyaan Adrian itu membuat Miya tiba-tiba ketawa. Kelakar pula. Lelaki itu telah melamarnya untuk dijadikan isteri , tetapi mereka tidak tahu nama masing-masing.

“Miya.”

“Kebetulan. Anak saya pun nama Miya. I’m Adrian.”

“Okay.” Miya cuba mengingat nama itu.

“Awak terjun daripada tingkat berapa tadi?” tanya Adrian.

“Tingkat tiga.”

Buntang mata Adrian mendengar jawapan Miya.

"I may sound a bit conservative, but if I want to make love, I will do it with only one man while wearing the safest thing."

Lagi-lagi jawapan Miya membuat biji mata Adrian nyaris tergolek keluar. Ah, gadis yang nampak polos, mengapa bicaranya begitu terbuka sekali?

"I mean...The safest thing is a wedding ring."

"Oh..." Adrian tertawa, sambil mengutuk otaknya yang sudah berkelana entah ke mana-mana.

Miya pula hanya tersenyum. "So, saya boleh keluar sekarang?"

"Yeah...sure. Saya harap awak tak ambik masa yang lama untuk fikir."

Miya hanya mengangguk sebelum keluar dari kereta Adrian dan kembali ke rumahnya.

Adrian pula bersama pemandunya mendongak ke tingkat tiga bangunan apartment itu. Agak tinggi juga. Bagaimana seorang gadis seperti Miya boleh nekad untuk terjun dari tempat setinggi itu. Jika tidak ada keretanya, tidak mustahil gadis itu akan mengalami patah kaki jika tidak mati.

“Tinggi jugak tingkat tiga tu tuan,” ujar Akram, pemandu Adrian.

“Hmm,” balas Adrian. Tidak dapat dia bayangkan bagaimana nasib Miya jika dia tidak dapat melepaskan diri dari lelaki-lelaki tadi.

.
. .

KEMBALI semula ke rumah, Miya cepat-cepat mengemaskan barangnya. Malam ini dia akan bermalam di rumah sahabatnya, Balqis. Bimbang lintah-lintah darat itu memungkiri janji mereka dengan Adrian dan kembali mengganggunya. Dengan membawa barang seperlunya sahaja, Miya bergegas turun ke tempat letak kereta dan memandu ke rumah Balqis. Sepanjang jalan, rasanya seminit sekali dia melihat cermin pandang belakang, bimbang jika diekori. Mujurlah dia selamat sampai di rumah Balqis tiga puluh minit kemudian.

Sebelum keluar dari kereta, dia menghubungi Balqis supaya turun menjemputnya. Dia benar-benar takut. Kejadian tadi membuatnya trauma. Tidak dapat dia bayangkan jika menjadi mangsa rogol beramai-ramai. Hancur, kelam, gelap masa depannya.

Melihat kelibat Balqis dari celah bangunan apartmentnya, barulah Miya turun dari kereta.

“Miya…” Berlari-lari anak Balqis mendapatkan sahabatnya itu.
“Kau okey ke?” tanyanya.

“Okey.” Miya mengangguk; namun wajahnya masih kelihatan panik.

Balqis mengambil barang-barang Miya dari dalam kereta dan membantu membawanya ke atas.

“Kau kena tidur sekatil dengan akulah sebab bilik satu lagi tu tak ada katil,” ujar Balqis. Ketika itu dia dan Miya sudah sampai ke rumahnya di tingkat 15. Bukaan pintu dia lebarkan, memberi laluan untuk Miya masuk.

Meletakkan beg pakaian Miya di sofa, dia berlalu ke dapur. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan segelas air masak lalu dihulurkan kepada Miya.

“Nah, air masak je dulu. Nak air manis bancuh sendiri,” ujarnya lantas melabuhkan duduk setentang dengan Miya.

“Cuba cerita, apa jadi sebenarnya?” tanya Balqis setelah Miya meneguk habis air di gelas.

Tadi Miya menghubunginya. Katanya mahu menumpang tidur semalam dua kerana diganggu oleh lintah darat yang menuntut hutang ayahnya.

“Ada orang kaya ajak aku kahwin.”

“Hah?” Balqis mengernyit. “Bukan tadi kau kata ada lintah darat datang nak kutip hutang ke? Celah mana pulak datang orang kaya ajak kau kahwin? Orang kaya mana? Iqmal?”

“Bukanlah.” Sontak wajah Miya berubah masam apabila Balqis menyebut nama bekas teman lelakinya.

“Habis tu?”

Miya menarik nafas, menyedut sebanyak mungkin oksigen ke dalam paru-parunya sebelum mula bercerita kepada Balqis. Setiap butir kejadian diceritakan dengan terperinci tanpa tertinggal satu babak pun.

Ternganga Balqis mendengar cerita Miya. Entah itu kerana takjub, terkejut atau dia tidak tahu harus memberi respons seperti apa.

“Kau rasa-rasa patut ke aku terima lamaran dia?” tanya Miya.

“Kau yakin ke dia orang kaya?”

“Tengok kereta dia, memang nampak macam orang kaya. Muka dia pun muka orang kaya-kaya. Macam bongkak sikit.”

“Kalau ikut fikiran singkat aku, kau terima jelah. Kau bebas hutang, setahun kemudian kau dapat rumah sebijik, duit sejuta. Pehhh…Bukan durian runtuh lagi ni Miya. Ni dah level berumah dalam lombong emas ni.”

Miya berkeluh. Tubuh rampingnya disandarkan pada sofa sambil memeluk patung octopus milik Balqis yang dicapai dengan hujung kaki. “Entahlah. Aku pun serba salah. Kalau aku tolak, nanti nak bayar hutang bapak aku yang keparat tu bukan sikit. Lepas tu nak kena bayar ganti rugi kereta orang tu lagi. Mana aku ada duit.”

“Berapa banyak hutang bapak kau?”

“Lapan puluh ribu.”

“Gila! Dia buat apa berhutang banyak tu?”

“Berjudilah. Apa lagi. Lepas tu kalah, pinjam lagi. Kalau menang, bertaruh lagi. Bencilah bila cakap pasal dia.”

“Banyak tu Miya lapan puluh ribu. Kalau lapan ratus boleh je pejam mata bayar.”

“Itulah.” Miya seperti mahu menangis. Selagi dia tidak membayar, tentu lintah-lintah darat itu akan terus mengganggunya.

“Kau kahwin jelah dengan orang tu Miya. Settle masalah kau. Siapa namanya tadi tu?”

“Adrian. Tapi aku tak kenal dia Bee.”

“Kenal tak kenal belakang cerita. Yang penting lapan puluh ribu langsai.”

Miya berdecit. Tidak suka dengan saran Balqis. Dia ada matlamat dan kriterianya sendiri dalam mencari jodoh dan pasangan hidup. Dibesarkan oleh ibu bapa angkat yang lebih separuh daripada hari mereka dihabiskan dengan bergaduh, bertengkar, menjerit, memekik, memaki hamun, membuat Miya agak cerewet dalam menetapkan kriteria lelaki yang akan menjadi suaminya. Dia mahu berkahwin dengan lelaki yang mampu memberinya keluarga yang sempurna. Sempurna seadanya, supaya jika dia punya anak, anak-anaknya akan membesar dalam persekitaran yang baik dan penuh dengan kasih sayang.

“Entahlah Bee. Dia bagi aku tempoh seminggu untuk fikir.”

“Tak apa. Kau fikirlah baik-baik pro and consnya. Pro, hutang bapak kau langsai, kau dapat duit dan rumah. Kontranya, kau akan dapat title janda lepas setahun. Bukan senang nak bawak title janda. Kalau janda berhias tak apa jugak, kalau janda rabak?” kata-kata terakhir Balqis itu membuat patung octopus melayang ke kepalanya.

Terkekeh-kekeh dia ketawa melihat wajah bengang Miya.

“Make a choice that will benefit you la.”

“Tengoklah macam mana.” Miya mengambil semula octopus yang dibaling ke arah Balqis tadi lalu merebahkan tubuhnya ke sofa. Mukanya ditutup dengan octopus supaya Balqis tidak lagi mengganggunya walaupun dia sebenarnya tidak berniat untuk tidur.

Otaknya masih mempertimbangkan lamaran daripada lelaki yang tidak dikenali itu. Jika ada cara lain, sebolehnya dia tidak mahu terlibat dengan perkahwinan seperti itu. Impiannya, dia hanya mahu berkahwin sekali sahaja dan kekal dengan lelaki yang sama sehingga akhir hayat. Tetapi, jika keadaan terus mendesak, apa pilihan yang dia ada?

Pilihan. Ya, pilihan pasti ada. Sebelum memuktamadkan satu keputusan, dia akan cuba mencari jalan lain terlebih dahulu. Mungkin dia boleh membuat pinjaman, atau menjual barang-barang kemas yang dia ada. Walaupun tidak banyak, tetapi jika dijual, mungkin dia boleh dapat enam atau tujuh ribu.

Miya memejamkan mata. Setidaknya, jalan penyelesaian sementara yang terlintas di benaknya itu mampu membuat dia lena untuk malam ini.

.
. .

ADRIAN bersandar pada tempat duduknya sambil membuang pandang ke luar melalui floor-to-ceiling window di biliknya. Sudah tiga hari berlalu, namun dia masih belum mendapat apa-apa berita daripada gadis yang bernama Miya itu.

Apa yang membuat Miya berfikir terlalu lama? Adakah gadis itu menolak lamaran dan tawarannya? Jika benar, alangkah bodohnya. Lapan puluh ribu hutang langsai, duit sejuta, dan sebuah rumah, PERCUMA. Orang gila pun tidak akan menolaknya.

Adrian membuang nafas. Dia benar-benar terdesak dan perlu berkahwin segera sebelum keluarga mentuanya menuntut hak penjagaan Lora. Dia tidak mahu Lora dijaga oleh orang lain sekalipun itu adalah mentuanya. Dia mahu Lora membesar bersamanya, mengikut acuan dan didikannya. Lora anaknya dan dia punya hak. Tetapi, dia juga yakin hak itu boleh dicabar di mahkamah memandangkan bapa mentuanya adalah seorang peguam.

Tidak mahu membuang waktu, Adrian memusingkan kerusinya lalu telefon yang tergeletak di atas meja dicapai. Laju tangannya mencari nombor seseorang sebelum telefon itu dilekapkan ke telinga. Tidak menunggu lama, panggilannya berjawab.

“Hallo.” Adrian menyapa terlebih dahulu sebaik sahaja panggilannya bersambut.

“…”

“Bukan aku mintak tempoh seminggu?”

“…”

“Money is not the problem. You know who I am.”

“…”

“Gertak dia sikit, tapi jangan apa-apakan dia.”

Share this novel

arizah hashim
2024-08-11 09:45:15 

Very best novel ever. Ulang kali baca tetap mengujakan. Tak jemu. Thanks teacher Calyta. menunggu naskah baru dari you

qashzra
2024-07-23 22:24:39 

very very good and so amazing thank you for your written

jruuoy
2024-07-17 15:52:33 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience