BAB 3: DON'T RESIST

Romance Series 1533095

LEBIH 30 minit kemudian, mereka sampai di The Troika, sebuah kondominium mewah yang terletak di Persiaran KLCC. Melangkah masuk ke dalam unit kondominium itu, mata Miya disuguhkan dengan pemandangan menara berkembar kebanggaan negara itu melalui floor-to-ceiling window.

“Wow…” Miya menganga kagum. Benar-benar moden dan mewah dengan hiasan minimalis didominasi warna hitam dan putih. Sudah terbayang di kepalanya, menonton TV di ruang utama dengan pemandangan indah KLCC pada waktu malam, ditemani secawan kopi dan sepiring kek. Ah, benar-benar seperti syurga dunia.

Miya mengitari ruang kondominium itu dengan matanya. Dapur terbuka dengan mini bar yang terletak di sebelah kanan ruang utama, tampak elegan dengan dominasi warna hitam. Sangat mirip dengan bayangan Miya tentang dapur idamannya jika dia memiliki rumah sendiri kelak. Malah mungkin lebih lagi. Di sebelah kanan dapur, terdapat sebuah ruang mencuci yang menempatkan mesin basuh dan mesin pengering, serta ruang menggosok.

Sempurna. Hanya itu yang mampu Miya simpulkan.

“Bawak luggage awak pergi master bedroom."

Suara Adrian yang entah bila berdiri di belakangnya itu mengejutkan Miya. Adrian dipandang sekilas lalu dia mengangguk. Fikirannya jadi sesak tiba-tiba apabila membayangkan terpaksa tidur sebilik atau mungkin sekatil dengan Adrian malam ini. Atau mungkin Adrian akan berlagak gentleman dengan tidur di bilik lain? Atau Adrian akan tidur di bilik Lora untuk membina ‘bonding’ dengan anaknya itu?

Ah, sudahlah! Miya malas memikirkannya. Jika Adrian lelaki normal, tidak pelik jika dia meminta haknya malam ini. Bukankah itu yang sepatutnya yang berlaku dalam hubungan suami isteri? Mahu tidak mahu, dia perlu menjalankan tanggungjawabnya. Apa nak jadi pun, jadilah. Yang penting, dia tidak lagi dikejar oleh lelaki-lelaki lintah darat itu.

“Master bedroom dekat sana.” Adrian menunjuk arah bilik tidur utama yang terletak di bahagian kiri ruang utama.

“Oh…Okey.”
Menyeret bagasi besarnya, Miya melangkah ke bilik tidur utama. Tombol dia tarik sebelum daun pintu dibuka. Lagi-lagi dia dibuat kagum melihat kamar yang maha luas dan mewah itu. Melalui langsir yang terbuka, dia melihat pemandangan KLCC dari arah sisi. Wah, benar-benar terasa seperti tidur di atas kayangan.

Mengadap tingkap, terdapat sebuah katil bersaiz king dan sebuah almari solek sepanjang 10 kaki di sebelah kanannya.

Miya membawa langkahnya ke walk in closet yang terletak di sebelah kanan pintu untuk meletakkan baju-bajunya. Terkejut dia melihat kemeja-kemeja lelaki sudah tersusun kemas di dalamnya. Ah, bermaksud Adrian juga akan tidur di bilik ini.

Tapi…Tapi…Menempatkan baju-bajunya di sini, tidak bermakna Adrian akan tidur di sini, bukan? Mungkin dia hanya menumpang baju saja. Lagipun jika tidak salah perkiraan Miya, dia melihat empat pintu tadi. Bermakna ada empat bilik. Tidakkah membazir jika bilik-bilik itu tidak digunakan? Apa kata jika Adrian tidur di sana?

Miya menepuk kepalanya sendiri. Kenapalah otaknya sejak tadi masih tidak berhenti mahu berdebat tentang itu? Soal tidur saja kan? Apa yang pelik?

Pelik kerana dia dan Adrian adalah orang asing yang terikat dengan pernikahan. Jika dia dan Adrian saling mencintai, ya itu tidak akan menjadi aneh. Malah , tentu tidak perlu menunggu malam untuk dia mengajak Adrian tidur. Suami kacak, kaya pula, gila tidak mahu mengambil peluang?

“Aduh, apa yang kau melalut ni Miya?” Miya menggerutu sambil mengeluarkan baju-bajunya daripada bagasi dan mula menggantungnya. Dia suka almari yang kemas dan teratur. Jadi, dia akan mengukur baju-baju yang dilipatnya dengan pembaris bagi memastikan saiz lipatan itu sama besar dan nampak kemas apabila diletakkan dalam almari. Sebab itu dia membawa pembaris di dalam bagasinya. Malah di dalam beg tangannya juga. Pelik? Ya, dia memang pelik, tetapi dia tidak menyusahkan orang dengan keanehannya.

“Susun baju pun guna pembaris?”

Miya urut dada apabila ketenangannya tiba-tiba terusik dengan suara bariton itu. Sepertinya dia harus membiasakan diri dengan kebiasaan Adrian yang suka muncul tiba-tiba itu.

“Yes. So it’ll look neat and tidy,” balas Miya. Tanpa mempedulikan Adrian, dia menyusun semua pakaian yang dilipat itu di atas rak baju mengikut ton warna. Warna gelap paling bawah kepada yang paling cerah di atas. Itu tabiatnya sejak dulu dan dia tidak boleh mengubahnya. Sifat cerewetnya itulah yang membuat dia lebih selesa menyewa sendiri.

“Get ready. Kita kena makan dekat luar malam ni," ujar Adrian.

"Saya nak masak kat rumah je."

"There's nothing to cook."

“Okeylah." Miya terpaksa bersetuju walaupun dia tidak begitu suka makan di luar. "Tapi balik kena beli groceries sikitlah untuk prepare breakfast esok,” ujar Miya tanpa memandang Adrian kerana dia sibuk membetulkan kedudukan baju pada hanger supaya berada dalam keadaan selari dan lurus.

“Okay,” balas Adrian lalu mencapai tuala di rak dan menuju ke bilik mandi.

Sebaik mendengar bunyi air dari bilik mandi, Miya segera keluar. Dia tidak mahu melihat Adrian keluar dari bilik air dengan hanya bertuala.

Bilik Lora dia tuju dan melalui pintu yang separuh terbuka, dia melihat anak kecil itu sedang meniarap di atas katil sambil melukis sesuatu.

Miya mengetuk pintu, tidak mahu lancang memasuki bilik Lora tanpa izin. Lora memandangnya sekilas sebelum kembali menumpukan perhatian kepada lukisannya.

“Can I come in?” tanya Miya.

Lora tidak membalas. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tidak menyenangi kehadiran Miya.

Tidak mempedulikan reaksi Lora, Miya melangkah masuk. Dia melabuhkan duduk di birai katil sambil memerhatikan lukisan Lora. Terdapat gambar sebuah kubur dan batu nisan, serta seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak perempuan sedang berpegangan tangan. Bahagian atas lukisan itu ditulis, ‘My little family.’ Anehnya lukisan itu hanya menggunakan warna hitam dan merah sahaja. Tetapi warna hitam nampak lebih dominan dalam lukisan itu. Warna merah hanya digunakan untuk mewarna baju lelaki dan kanak-kanak perempuan itu sahaja.

“Lora lukis ni?” tanya Miya, sengaja mahu memancing perbualan dengan anak kecil itu. Dia akan tinggal dengan gadis kecil ini selama setahun, jadi apa salahnya membina hubungan.

“You will never exist in my drawing because you’re not my mom,” ujar Lora tanpa memandang Miya.

Miya terkesima. Tidak sangka kata-kata seperti itu akan keluar dari mulut seorang kanak-kanak yang berusia lima tahun. Namun dia hanya tersenyum. Buat apa berkecil hati dengan budak sekecil itu. Kalaulah kata-kata itu keluar dari mulut Adrian, sudah tentu lelaki itu akan selamat menerima penamparnya. Huh, beranikah dia menampar Adrian? Tentu sekali tidak.

“I know. I’m not your real mom and I will never be able to replace your mom. But, since we live in the same house, can we be friends? You can call me whatever you want, Miya, Liany, or Lia, or whatever. Just don’t call me granny, monkey, cow, dog, pig, buffalo…or…”

Kata-kata itu tiba-tiba membuatkan Lora ketawa. Miya tersenyum. Wajah polos Lora dipandang. Namun, anak kecil itu sudah berhenti ketawa dan kembali menumpukan perhatian kepada lukisannya.

“Lora, you look cute when you laugh,” ujar Miya sambil menongkat dagu memandang Lora.

Lora kembali dingin dan hilang dalam dunianya; membuat Miya berasa seolah-olah dia tidak wujud di situ.

“Lora, daddy ajak kita makan dekat luar malam ni. Lora nak mandi sendiri atau nak Miya mandikan?" Terpaksa Miya membahasakan dirinya Miya memandangkan Lora mungkin lebih selesa memanggilnya begitu. Untuk permulaan, biarlah. Dia tidak mahu terlalu memaksa sehingga membuahkan kebencian dalam hati Lora terhadapnya. Setahun ini, walaupun berkahwin dengan orang asing, tanpa cinta, dan mungkin juga tidak bahagia, tetapi dia mahu hidup dengan tenang, tanpa perlu memikirkan apa-apa masalah, apa lagi mencipta masalah.

“I don’t want to eat,” balas Lora.

“Nanti kalau lapar macam mana?” soal Miya.

Lora diam; tampak seperti berfikir-fikir sebelum dia bangun dari katil dan menyimpan lukisan di dalam laci meja belajarnya. Tanpa memandang Miya, dia membawa langkah kecilnya ke bilik mandi.

Pfff! Miya memutar bola matanya sebelum bangun dan membuntuti langkah Lora ke bilik mandi.

"Sebijik perangai bapak kau," gerutunya perlahan.

Sampai di depan pintu bilik mandi, dia melihat Lora terkial-kial mahu membuka baju.

"Need my help?" soal Miya.

Tiada jawapan daripada Lora. Hanya memutar tubuhnya membelakangi Miya.

Faham dengan isyarat tanpa suara itu, Miya menarik zip gaun Lora sebelum membantunya menanggalkan pakaian itu. Kemudian dia membantu meletakkan ubat gigi pada berus gigi sebelum menghulurkannya kepada Lora.

Pengalaman bekerja di sebuah taman asuhan selepas SPM dulu membuat dia tidak kekok memandikan Lora.

Selesai mandi, Miya mengelap badan Lora dan memintanya memilih sendiri baju yang mahu dipakai. Lama Lora berdiri di depan almari pakaiannya sebelum memilih dress lengan panjang berwarna merah jambu separas lutut.

“This one?” tanya Miya sebaik sahaja baju itu dia keluarkan dari almari.

Lora angguk.

“Alright. Come.” Miya membantu Lora memakai baju dan membutangkannya. Kemudian dia mendudukkan Lora di depan cermin lalu menyikat rambut panjangnya. Lora walaupun agak dingin, namun dia hanya akur. Baginya, Miya baik. Tetapi dia masih tidak boleh menerima kehadiran wanita lain dalam hidup dia dan daddynya.

Selesai menyikat rambut, Miya memusingkan badan Lora supaya mengadap ke arahnya. Dipegang dagu Lora lalu menatapnya lama. Dipusing wajah Lora ke kiri dan ke kanan, memastikan semuanya sempurna tanpa ada cacat cela.

“Okay, perfect,” ujarnya setelah berpuas hati dengan penampilan Lora.

“It’s my turn to get ready,” ujarnya lalu bangun.

Saat dia memusingkan tubuhnya, dia terkejut apabila melihat Adrian sedang berdiri di muka pintu bilik Lora. Entah sudah berapa lama lelaki itu berdiri di situ. Miya tunduk, mengelak tatapan Adrian. Gugup. Mungkin kerana dia dan Adrian belum begitu saling mengenali menyebabkan jantungnya berdegup kencang setiap kali bertatapan dengan lelaki itu.

“Give me twenty minutes to get ready,” ujar Miya.

“Okay.” Adrian berundur sedikit; memberi laluan kepada Miya untuk keluar.

Adrian melangkah mendekati Lora setelah Miya berlalu. Anaknya itu hanya duduk di birai katil, memangku tangan tanpa berbuat apa-apa.

“You look beautiful,” ujarnya lalu duduk di sisi Lora. Tubuh Lora dia angkat lalu didudukkan di pangkuannya. Wangi sabun dan syampu dari tubuh Lora menyeruak masuk ke hidungnya.

“She allowed me to choose my own dress,” ujar Lora tiba-tiba.

Adrian mengerutkan dahi. Jadi, apa yang pelik?

“So?” tanyanya.

“That’s what mommy always did.”

Adrian terdiam. Tidak sangka perkara sekecil itu membuat Lora tersentuh. Sejak kematian Dahlia, tugas menjaga Lora diambil alih oleh pengasuh sepenuhnya. Daripada mengejutkannya untuk bangun tidur, menyiapkannya untuk pergi ke sekolah, sehinggalah tiba waktu tidur semula. Lora hanya memakai sahaja pakaian yang diambil oleh pengasuh dari almarinya. Dia tidak pernah membantah walaupun dia tidak menyukainya. Mungkin hal itu yang menjadi salah satu sebab dia kemurungan. Banyak perkara yang dilakukan tidak selari dengan kehendaknya.

“What do you think about aunt Miya?” tanya Adrian.

“Baik. Cantik.”

Tertawa Adrian dengan jawapan anaknya itu. Ya, Miya memang cantik. Tetapi dia tidak mengahwini Miya kerana kecantikannya. Dia hanya mahukan Lora.

“But I don’t like her,” sambung Lora lagi.

“Why?” tanya Adrian sambil memandang Lora.

“Because she’s not my mommy.”

Adrian tersentuh. Tubuh Lora dia pusingkan supaya mengadapnya. Anak mata Lora dicari dan wajah anaknya itu ditatap penuh kasih. Dia tahu Lora rindukan ibunya, tetapi apa dayanya. Semuanya sudah tersurat. Dahlia pergi ketika dia dan Lora masih benar-benar memerlukannya. Walau sebanyak mana dia dan Lora menyayangi dan merindui Dahlia, wanita itu tidak akan kembali.

“I can’t promise to bring your mommy back, tapi daddy janji akan jaga Lora, dan sayang Lora sampai bila-bila. Daddy nak Lora happy macam dulu,” ujar Adrian.

Lora diam. Bagaimana dia mahu gembira jika ibunya tiada. Dia hanya mahukan ibunya. Dia rindukan kehangatan pelukan ibunya. Dia rindukan suara dan senyuman ibunya. Dia rindukan segala-gala tentang ibunya.

“But I want mommy…”

“Oh baby…” Adrian tidak tega setiap kali Lora menyebut itu. Dipeluk erat tubuh Lora, menyalurkan rasa kasihnya yang tidak berbelah bagi.

SELEPAS makan malam di sebuah restoran, mereka ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Miya tidak begitu suka makan di luar. Dia lebih sukakan makanan yang dimasak di rumah. Lebih bersih dan berkhasiat, serta boleh diolah dan dimasak mengikut seleranya.

“Awak dengan Lora ada alergi makanan tak? Seafood ke, kacang ke...?” tanya Miya sambil memandang Adrian yang sedang memimpin tangan Lora.

“No.”

“Okay.”

Kemudian Miya membongkokkan sedikit badannya, mensejajarkan pandangannya dengan Lora.
“What about you? What do you like to eat?” tanyanya.

“Nothing.” Terdengar sengit, sombong, dan menjengkelkan, ditambah dengan wajahnya yang masam, sedikit Lora tidak berselindung yang dia tidak sukakan Miya.

Adrian dapat mengesan kedinginan dalam suara anaknya itu, namun dia tidak berkata apa-apa. Bukan dia membenarkan perlakuan Lora, tetapi dia tidak mahu menjatuhkan maruah anaknya itu dengan menegurnya di depan Miya, apatah lagi di tempat awam begini.

Adrian melirik Miya untuk melihat reaksinya. Namun Miya nampaknya tidak terusik dengan kata-kata Lora. Bersahaja dia menuju ke bahagian makanan mentah dan mengambil ayam, ketam, ikan, udang, dan sotong.

Jujurnya Adrian suka dengan cara Miya melayan Lora. Nampak bersahaja dan tidak dibuat-buat. Dia tahu Miya mencuba tetapi tidak terlalu memaksa. Gadis itu hanya mengikut rentak Lora, tetapi pada masa yang sama berusaha mendekatinya.

“Why did you buy so much groceries?” tanya Adrian ketika memasukkan barang-barang yang dibeli ke dalam but kereta.

“Because I like home-cooked food. Saya jarang makan dekat luar, unless on my super lazy day and it only happens once or twice a month,” balas Miya.

Adrian tidak membalas. Miya kelihatan agak moden dan sofistikated dari cara dia bergaya dan berpakaian. Tidak sangka gadis seperti itu suka memasak di rumah.

MEREKA sampai di rumah ketika jam sudah menunjukkan hampir pukul sepuluh malam. Adrian menemani Lora tidur dan Miya mengemas barang-barang mentah yang dibeli tadi.

Lauk-lauk mentah itu dimasukkan ke dalam bekas untuk sekali masak dan disusun kemas di dalam tempat pembeku. Sayur-sayur pula terus dibasuh, dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Itu sudah menjadi kebiasaannya sejak dulu supaya dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memasak.

Ketika dia selesai semuanya, jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Dia harap Adrian sudah tidur dan dia akan selamat malam ini. Ah, apa yang dia fikirkan? Entah-entah melihatnya saja membuat Adrian mati nafsu.

Memikirkan tentang itu, Miya jadi malu sendiri; seolah-olah dia mengharap dan mendambakan sentuhan Adrian. Sedangkan ia bukan begitu. Dia cuma takut jika itu berlaku dan dia tidak tahu bagaimana mendepaninya. Jika Adrian menyentuhnya, bagaimana dia mahu merespon sentuhan itu? Perlukah dia meliuk lentokkan tubuhnya seperti ulat mentibang? Atau dia hanya perlu berdiri tegak, kaku seperti menyanyi lagu Negaraku dan membiarkan Adrian saja bekerja? Layan diri kata orang.

Seram sejuk tubuh Miya setiap kali bayangan malam pertama yang bakal dia lalui itu menjengah otaknya. Kenapa sejak siang tadi dia memikirkan yang aneh-aneh? Dan di antara sekian banyak perkara aneh, mengapa perkara ranjang itu juga yang mengasak-asak mengotori pemikiran naifnya?

“Tolonglah Miya. Tolonglah berhenti fikir bukan-bukan.” Miya berkata, menenangkan dirinya sendiri sambil membawa langkahnya menuju ke bilik.

Ketika dia membuka pintu, matanya melilau mencari kelibat Adrian, namun tidak ada. Dia lega. Mungkin Adrian sudah tertidur di bilik Lora.

Baguslah.

Mencapai tuala, dia terus menuju ke bilik mandi. Tidak lupa, dia turut membawa pakaian tidurnya supaya dia tidak perlu keluar dengan hanya bertuala.

Selesai mandi, dia melihat bilik itu masih kosong. Sekali lagi dia menghembuskan nafas lega. Entah kenapa dia rasa berdebar-debar. Mungkin kerana momokan malam pertama yang sering didengarinya sebelum ini membuat dia sedikit takut dan gementar. Tambahan pula, dia dan Adrian masih seperti orang asing.

Sebelum merebahkan tubuhnya ke katil, Miya memulakan rutin sebelum tidurnya seperti biasa. Memakai toner, diikuti dengan serum, dan pelembap. Walau sesibuk dan seletih mana pun, dia tidak akan meninggalkan rutin hariannya ini. Ketika dia menyapu krim mata pada bahagian bawah matanya, penutup krim itu tiba-tiba terjatuh. Miya membongkok untuk mengambil penutup itu. Ketika dia menegakkan tubuhnya, pinggangnya tiba-tiba dipeluk dari belakang. Jantungnya berdegup kencang seperti paluan gendang perang. Tubuhnya menegang.

“Don’t resist…” bisik Adrian. Serentak itu juga kucupan demi kucupan singgah di leher Miya sebelum beralih ke bahunya pula.

Adrian memusingkan tubuh Miya supaya mengadap ke arahnya, membuat Miya kaget. Dia tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan situasi begini. Dengan kedua-dua tangan masih bertahan di depan dada, Miya hanya terkebil-kebil, tidak tahu harus berbuat apa.

Saat dia masih bingung dan berfikir-fikir, sebuah kucupan hinggap di bibirnya. Pelukan di pinggangnya semakin erat membuat dia tidak mampu bergerak.

Ciuman Adrian begitu dominan sehingga Miya mencungap hampir tidak mampu bernafas. Seluruh tubuhnya longlai dalam pelukan Adrian dan akhirnya dia menyerah.

Share this novel

Ieyralovely
2024-08-11 21:37:57 

kalau nak baca brape kna byar


NovelPlus Premium

The best ads free experience