BAB 4: PENGERUSI BAHARU

Romance Series 1533095

Miya terbangun apabila alarm telefonnya berbunyi pada pukul lima setengah pagi. Selalunya dia akan bangun pada pukul enam pagi, tetapi memandangkan hari ini dan hari-hari seterusnya dia perlu menyiapkan Lora untuk ke sekolah, dia terpaksa bangun setengah jam lebih awal.

Menutup alarm pada telefonnya, Miya menggeliat malas. Lama dia terkebil-kebil menatap siling, cuba mengembalikan tenaga dan kesedaran setelah melalui malam yang panjang bersama Adrian. Dia tidak pernah membayangkan akan tidur sekatil dengan lelaki yang baru dikenali beberapa hari. Bercakap pun hanya beberapa patah sahaja. Dan Adrian tidak pernah menunjukan minat kepadanya. Tetapi semalam? Adrian memperlakukannya seolah-olah dia adalah wanita yang sudah lama didambakan lelaki itu. Ciumannya, sentuhannya, tatapannya benar-benar memabukkan, membuat Miya melayang, lalu pasrah dan menyerah.

‘Ah, forget it Miya. Forget it!’ Miya menggeleng-geleng lalu menampar pipinya beberapa kali dan cuba menyingkirkan ingatan tentang apa yang berlaku antara dia dan Adrian semalam. Namun sepertinya masih tidak berhasil kerana dia masih terfikirkannya. Entah bagaimana dia mahu berdepan dengan Adrian hari ini.

Menoleh ke samping kanan, dia memandang Adrian yang masih lena. Selimutnya yang londeh hingga ke paras pinggang itu menampakkan dadanya yang bidang dan lengannya yang berotot. Tentu rutin ke gym.

Mata Miya beralih pula ke wajah Adrian. Lelaki itu kelihatan lebih tenang ketika tidur. Tiada kerut-kerut angkuh yang selalu terpancar wajahnya. Diam-diam Miya mengakui Adrian agak kacak juga. Sebelum ini dia tidak begitu berani memandang Adrian kerana sikap lelaki itu yang dingin dan kadangkala kata-katanya sinis dan menyakitkan hati.

Kenapa ya, lelaki kacak selalu begitu? Mungkin untuk mengukuhkan stigma 'tiada manusia yang sempurna' barangkali. Ya lebih baik kacak tetapi sombong daripada kacak tetapi mati pucuk. Aduh, kasihan. Ke mana nanti mahu diwariskan kekacakan itu?

"Miya...Miya...Apa lagi yang kau melalut ni?"

Tidak mahu fikirannya terus berkelana tidak bertemu jalan pulang, Miya segera turun dari katil. Dia tidak boleh lambat hari ini kerana perlu menghadiri mesyuarat dengan pengerusi baru syarikat tempatnya bekerja. Pengerusi lama telah meletak jawatan dan menjual semua sahamnya.

SELESAI mandi, Miya terus ke dapur menyediakan sarapan. Hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk memasak kerana semua bahan telah disediakan sejak semalam.

Kemudian, dia kembali semula ke biliknya untuk mengejutkan Adrian. Lama dia bercekak pinggang di tepi katil sambil berfikir, apa panggilan yang sesuai untuk suaminya itu.

Takkan nak panggil Adrian. Beza umur dia dan Adrian tujuh tahun. Dia berumur dua puluh sembilan tahun dan Adrian pula tiga puluh enam tahun. Tidakkah berbunyi seperti biadap? Nak panggil abang? Terasa keras pula lidahnya. Habis tu Sayang? Lau gong?! B? Baby? Miya menggaru kasar kepalanya yang tidak gatal. Bingung.

Akhirnya Miya hanya menepuk-nepuk lembut lengan Adrian sehingga suaminya itu terbangun.

Adrian menggeliat malas. Kemudian barulah dia bangun dan bersandar pada kepala katil.

“What time is it?” tanyanya sambil memandang Miya sekilas.

“Almost six thirty. Saya nak kejutkan Lora,” jawab Miya dan terus keluar.

Mata Adrian mengekori langkah Miya sehingga isterinya itu keluar dari bilik. Sebagai lelaki, tipulah jika dia langsung tidak terusik melihat wanita secantik Miya. Apatah lagi Miya isterinya yang sah. Walaupun tidak wujud perasaan cinta terhadap Miya, tetapi tubuh Miya adalah hak miliknya yang mutlak.

Terbayang wajah Miya yang kekok dan malu-malu semalam. Sebagai lelaki yang pernah berkahwin, bukan satu masalah besar baginya untuk menundukkan wanita yang naif dan polos seperti Miya. Hanya perlu memujuk dengan sentuhan yang lembut dan tidak gelojoh, Miya berhasil dia tundukkan.

MIYA memulas tombol dan membuka pintu bilik Lora dengan perlahan. Dilihatnya Lora masih tidur sambil memeluk sebuah bingkai gambar.

Melabuhkan duduk di birai katil, dengan berhati-hati dia mengambil bingkai itu dari pelukan Lora. Diperhatikan sejenak gambar di dalam bingkai itu. Gambar Lora bersama daddynya dan seorang wanita. Miya mengagak wanita itu tentunya Dahlia. Cantik. Tidak hairanlah dia memiliki anak perempuan yang comel.

Miya meletakkan bingkai itu ke atas meja di sisi katil lalu mengejutkan Lora.

“Lora…wake up,” ujarnya sambil menepuk lembut bahu Lora.

Lora tidak bergerak. Lena sungguh tidurnya.

Miya memicit hidung Lora membuat anak kecil itu menepis tangannya kerana sukar bernafas.

Miya tersenyum. Digeletek pula telinga Lora membuat Lora merengek lantas mencapai bantal menutup mukanya. Miya tidak berputus asa. Ditarik bantal itu lalu dia meniup muka Lora. Berkerut dahi Lora sebelum dia menggeliat dan membuka matanya. Dikejip-kejipkan kelopak matanya beberapa kali sehingga wajah cantik Miya jelas di ruang matanya.

“It’s time to wake up,” ujar Miya sambil membelai rambut Lora namun Lora menepis tangannya. Miya tersentak, tetapi dia tetap tersenyum.

'Hey little girl, I sacrificed my virginity for you! Please appreciate!'.Mujur saja kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya. Mati dia kalaumengatakan begitu di depan Lora dan Adrian mendengarnya. Hangus duit sejuta dan rumah yang dijanjikan Adrian barangkali.

“You are not my mum!” ketus Lora dengan wajah masam. Entah mengapa dia berasa sikap baik Miya itu seolah-olah wanita itu mahu menggantikan tempat mommynya.

“Yeah, I’m not your mom. Tapi Lora tetap kena bangun and bersiap ke sekolah,” balas Miya.

Lora diam. Tetapi akhirnya dia bangun juga walaupun dengan sedikit membentak. Dengan menghentak-hentakkan kakinya, dia melangkah menuju ke bilik mandi. Miya buat tak tahu. Malas layan. Mencapai tuala, dia terus mengekori anak itu ke bilik mandi dan memandikannya. Dia perlu cepat. Jika tidak, dia juga akan terlambat ke pejabat. Apatah lagi rumah ini agak jauh dari tempat kerjanya.

SELESAI dengan Lora, Miya kembali ke biliknya. Adrian sedang membutangkan baju ketika dia melangkah masuk. Cuba mengelak daripada memandang Adrian, dengan langkah cepat Miya terus menuju ke meja solek. Dia tidak tahu kenapa dia mesti malu sedangkan Adrian kelihatan biasa sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku antara mereka.

Ah, dia lelaki. Mana ada rasa malu.

Ketika dia sedang menyapu toner pada wajahnya, Adrian tiba-tiba menghampiri dan meletakkan sekeping kad di depannya. Terhenti pergerakan Miya. Kad itu dipandang sebelum tatapannya beralih ke wajah Adrian.

“That’s my credit card. Awak boleh guna untuk beli apa yang awak nak. This house will be yours after we divorce. So, if you don’t like anything here, you can change,” ujar Adrian.

“Thanks. This house is just perfect. No need to change anything.”

Dia tidak tahu berapa banyak duit yang Adrian ada dan berapa banyak kekayaannya sehingga dia sanggup memberi kad kreditnya kepada isteri yang baru dikenali beberapa hari.

Jujurnya dia agak tersinggung kerana Adrian memberikan kad itu tepat selepas malam pertama mereka. Seolah-olah lelaki itu membayar 'khidmatnya' malam tadi. Namun, Miya malas terlalu memikirkannya. Jika dia memprotes sekalipun, Adrian tentu tidak akan peduli. Lebih baik dia diamkan saja dan membiarkan perkara itu lenyap dengan sendiri dari kotak fikirannya.

“Up to you,” balas Adrian sambil membutangkan lengan bajunya.

“Lora dah siap?” tanyanya.

“Yeah. Dia tengah breakfast,” balas Miya tanpa memandang Adrian kerana dia sibuk mengenakan mascara pada bulu matanya yang panjang melentik.

Adrian berlalu sambil tersenyum. Dia tidak menyangka Miya boleh menyediakan sarapan, dan menyiapkan Lora untuk ke sekolah sebelum pukul tujuh pagi tanpa bantuan daripada pengasuh atau pembantu rumah. Dan dia masih ada masa untuk bersolek.

Boleh tahan!

MENGENAKAN professional dress berwarna beige, Miya memerhatikan penampilannya di depan cermin. Tali pinggang warna senada yang dipadankan dengan dress itu menampakkan pinggangnya yang kecil dan lekuk tubuhnya yang mempesonakan.

Rambut panjangnya yang hampir mencecah pinggang dibiarkan lepas, dengan rambut depannya yang menutupi dahi, dipin ke belakang. Semakin menyerlah penampilan elegannya dengan solekan ringkas dan lipstik berwarna nude.

Setelah berpuas hati, dia mencapai beg tangannya dan menuju ke ruang makan. Adrian sudah siap bersarapan manakaka Lora pula sedang menghabiskan susunya. Miya tarik kerusi dan melabuhkan duduk di sebelah Lora.

Tidak berkedip mata Lora memandang Miya, membuat Adrian juga berkerut hairan. Miya pula tidak menyedari tatapan Lora itu kerana dia sibuk menuangkan kopi ke dalam cawannya.

“You work?” tanya Lora.

Miya yang baru hendak menghirup kopinya memandang Lora lalu menjawab: “Yes.”

“Why do you have to work? My daddy has a lot of money," ujar Lora. Dulu dia pernah bertanya kenapa mommynya tidak bekerja seperti mommy kawan-kawannya. Kata mommy, dia tidak perlu bekerja kerana daddy sudah punya banyak duit untuk menyenangkan mereka.

“Lora…” Adrian menegur anaknya yang dirasakan kurang sopan.

“Never mind,” ujar Miya sambil memandang Adrian. Dia akan menjawab pertanyaan Lora.

“Because I have put a lot of effort and spent a lot of money to go to university, to get degree, and to get my current job. If I don’t work, then my previous effort would be in vain.”

Tanpa sedar, kedua-dua sudut bibir Adrian terangkat. Dia berpuas hati dengan jawapan Miya. Walaupun pertanyaan Lora seolah-olah satu provokasi, tetapi Miya memberikan jawapan yang baik dan munasabah serta berfakta.

Lora pula tidak berkata apa-apa lagi. Susu di gelasnya diteguk sehingga licin sebelum bangun dari kerusi.

“Daddy, I’m ready,,” ujarnya.

“Okay.” Adrian menghabiskan kopinya lalu turut bangun.

Sebelum berlalu, dia memandang Miya yang masih belum menghabiskan sarapanya.

“I’m sorry for her behaviour,” bisiknya.

“It’s okay. I understand.”

Miya tidak mahu terlalu memikirkan sikap Lora terhadapnya. Lagipun, dia bukanlah jenis orang yang suka memikirkan perkara-perkara remeh seperti itu. Lora baru berusia lima tahun dan masih tidak dapat menerima kematian ibunya. Dia faham dan akan cuba sebaik mungkin untuk mendekati anak kecil itu. Sekurang-kurangnya untuk menjamin hidupnya tenang dalam tempoh setahun ini tanpa mencipta sebarang masalah dengan Lora. Selepas dia bercerai dengan Adrian, dia tidak peduli jika Lora mahu membencinya sepanjang hayat pun.

KETIKA Miya melangkah memasuki ruang lobi Daymond Jewels, Gina, penyambut tetamu memanggilnya lau menyerahkan sejambak bunga lili berwarna putih.

Miya mendengus kasar. Hampir setiap hari, sejak beberapa bulan yang lalu dia menerima jambangan lili dari individu yang tidak dikenali. Tidak ditulis atau diberitahu siapa pemberinya yang berkesudahan bunga itu dicampak ke dalam tong sampah.

"Mahal oi bouquet tu!" teriak Gina.

"Kalau tak nak aku buang, suruh dia tulis nama," balas Miya sebelum melangkah masuk ke lif.

SAAT punggungnya baru menyentuh kerusi, pintu biliknya tiba-tiba ditolak dari luar. Terjengul wajah Balqis di sana dengan sengih kerang busuknya.

Tanpa perlu dipelawa, Balqis terus melangkah masuk lalu melabuhkan duduk di depannya.

"Apa hal pagi-pagi dah cari aku?" tanya Miya sambil menyalakan komputer ribanya. Tampang Balqis dikerling sekilas.

“How’s your wedding night?” Tanpa basa-basi, Balqis terus kepada pokok persoalan.

Kecil mata Miya memandang sahabatnya itu. Tidak sangka itu yang mahu ditanya. Walaupun dia dan Balqis berkawan baik tetapi perkara seperti itu terlalu peribadi untuk diceritakan.

“Ahh..What was that mean?” usik Balqis apabila melihat reaksi Miya.

“Bee...This marriage is a secret,” ujar Miya lalu melabuhkan punggung di kerusinya.

“Rahsia daripada orang lain, tapi bukan aku. Ceritalah Miya...” Balqis terus mendesak.

“Cerita apa?” ketus Miya geram.

“Pasal kau dengan suami kau tu lah.”

“Tak ada apa nak cerita pasal dia. Tapi….”

Miya terhenti. Balqis pula kelihatan ternganga dan matanya bersinar-sinar menunggu kata-kata selanjutnya daripada Miya.

“Anak dia.”

"Kenapa dengan anak dia?"

“Dia tak suka aku.”

“A'ah...Aku dengar dia panggil kau Miya je. Kurang ajar betul."

“Dia masih budak-budak. Lagipun aku rasa anak dia tu macam kemurungan. Dia rindukan mak dia. Tak boleh salahkan dia,” tukas Miya.

“Yalah. Mentang-mentanglah bapak dia handsome, duit berkepuk, terus tak boleh salahkan anak dia ek?” ejek Balqis lalu ketawa.

Miya malas melayan usikan Balqis. Kembali menumpukan perhatian kepada slaid yang disediakan Hafiz untuk dibentangkan kepada pengerusi baru hari ini.

“Miya…” panggil Balqis apabila melihat Miya tidak melayannya.

“What?” tanya Miya tanpa memandang Balqis.

“Ceritalah..” Balqis masih berusaha mengorek cerita.

“Cerita apa?”

“Pengalaman malam pertama kau. Bolehlah aku jadikan sebagai pedoman, ikutan, dan teladan.”

Stop it, Bee!” Miya merengus geram. Dicapai tempat letak pen di atas mejanya dan mengacah untuk membalingnya ke arah Balqis.

Balqis mengangkat kedua-dua tangannya seperti askar menyerah kalah di medan perang.

“Get out!”

“Fine. Tanya pun salah ke," ketus Balqis lalu bangun. Tidak mahu mengganggu Miya yang sudah mula nampak sibuk dengan perkerjaannya.

“Nanti tolong panggilkan Hafiz datang sini boleh tak?” ujar Miya apabila melihat Balqis sudah berada di muka pintu. Ada beberapa slaid yang perlu dibetulkan sebelum mesyuarat dengan pengerusi pukul sepuluh nanti.

“Okay boss,” balas Balqis sambil memberi tabik hormat kepada sahabatnya itu.

Miya hanya tersenyum dan menggeleng.

PUKUL sembilan setengah pagi, semua eksekutif, pegawai pengurusan peringkat tertinggi dan pengurus-pengurus jabatan berkumpul dan beratur di lobi untuk menyambut kedatangan pengerusi baharu. Miya tidak mengambil tahu siapa pengerusi baharu mereka. Tetapi daripada Khabar angin yang dia dengar, pengerusi baharu ini juga lelaki. Masih muda dan berketurunan Cina.

Tepat jam sembilan empat puluh lima pagi, sebuah Hummer hitam berhenti di depan lobi. Pemandu keluar dan membukakan pintu kereta bahagian belakang.

Miya mengecilkan matanya memerhatikan sosok lelaki yang keluar dari tempat duduk pemandu.

Jika tidak salah ingatannya, lelaki itu adalah Akram, pemandu Adrian. Sel-sel otak Miya yang cerdas mula berhubung dan rasanya tidak syak lagi, pengerusi baharu itu adalah...

Belum sempat otaknya memberi jawapan, Adrian melangkah keluar dari kereta, diikuti oleh Eryna, pembantu peribadinya.

Ah, tepat andaiannya beberapa saat lalu. Adrian adalah Pengerusi baharu Daymond Jewels.

Kebetulan apakah ini? Tidak cukupkah dia mengadap muka Adrian di rumah, dan sekarang perlu melihat mukanya di pejabat pula? Kalaulah dia dan Adrian berkahwin kerana saling mencintai, tentu dia gembira bekerja sepejabat dengan suaminya. Tetapi itulah, hubungan dia dengan Adrian bukan seperti pasangan suami isteri yang lain.

Ketika Miya masih bermonolog sendiri, Adrian sudah berdiri di depannya; memandangnya tanpa sebarang ekspresi.

Menghadiahkan sebuah senyuman, Miya menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat. Namun, dia merasakan senyuman itu begitu janggal dan kekok. Sumbang dan sumbing.

“Welcome to DayMond Jewels, sir,” ujarnya.

“Thank you,” balas Adrian dan berlalu. Dia bersalam dengan beberapa pegawai lelaki dan terus melangkah ke lif untuk ke bilik seminar di tingkat empat belas.

Eryna yang berjalan di belakang Adrian, tersenyum memandang Miya.

Miya menundukkan sedikit kepalanya sambil membalas senyuman itu. Dia kenal Eryna kerana wanita itu yang banyak membantu sebelum majlis pernikahannya dengan Adrian semalam.

ADRIAN meneliti carta organisasi syarikat. Matanya mencari nama Miya Liany sebelum dia menemui nama itu sebagai Pengurus Pemasaran.

Terjongket keningnya bersama rasa kagum.

Fail ditutup setelah bertemu apa yang dicari. Satu-persatu wajah pengurus yang sudah masuk ke bilik seminar diperhatikan sebelum tatapannya terhenti pada Miya yang kelihatan sedang membincangkan sesuatu dengan seorang lelaki.

"Semua manager dah ada. Boleh mula sekarang," bisik Eryna.

Adrian mengangguk. Berdeham sekali untuk menarik perhatian semua pengurus sambil membetulkan duduk.

“Good morning everyone. I’m glad to see you all today. As a new Chairman, I would like to get a brief overview of the company. So, without wasting time, marketing and event department, please present your report,” ujar Adrian. Dia tidak suka bercakap panjang semasa mesyuarat kerana mesyuarat yang panjang hanya akan melemahkan produktiviti pekerja.

Miya terkejut. Bukankah sepatutnya Adrian mendengar laporan daripada bahagian kewangan terlebih dahulu? Mengapa jabatan dia pula yang dipanggil?

Namun, kerana sudah bersedia, dia tidak begitu gugup. Bangun dari tempat duduknya, dia memberi isyarat kepada Hafiz supaya menayangkan slaid.

“Good morning Mr Adrian Liew and all the managers. I’m Miya Liany the Manager of Marketing and Event Department. I’m gonna start with our ongoing marketing strategies iaitu cyber branding. Strategi cyber branding ni hampir sama dengan branding pada umumnya. Bezanya ia dijalankan secara atas talian. Ada empat komponen dalam cyber branding iaiti positioning, promotion, unique selling proposition. Positioning dalam cyber branding berkait dengan cara kita meletakkan posisi DayMond di dunia online. Pelanggan mengenal DayMond Jewels, bukan sekadar pengeluar barang kemas, tetapi kita juga menjual nilai, status sosial dan kemewahan."

"Kita berjaya menempatkan Daymond sebagai lambang status dan kemewahan dengan mengeluarkan rekaan edisi terhad. Setiap rekaan, kita hanya keluarkan sekali sahaja, dalam jumlah yang terhad juga."

"Seterusnya, promosi. Promosi online kita lakukan dengan bantuan social media iaitu fac, instagram, twitter dan youtube. Kita juga menggunakan blog, website, katalog online, dan mailing list."

Serentak dengan penerangan Miya, Hafiz memaparkan alat cyber branding yang digunakan oleh DayMond melalui slaid.

Kagum Adrian melihat laman web DayMond yang menonjolkan nilai kemewahan dan keunikan setiap rekaannya. Unik, moden, dan tersendiri.

“Fac rasmi DayMond dikemaskini dengan informasi penting singkat yang berbentuk “teaser” untuk membuka link website yang selalu up-to-date dengan foto atau video untuk mempromosikan produk, dan menjadi sarana mendapatkan feedback daripada publik secara langsung.” Miya meneruskan penerangannya. Sementara Hafiz memaparkan contoh video teaser yang terdapat di dalam fac rasmi DayMond semasa promosi sempena Hari Valentine tahun lepas. Video yang ringkas, ekspresi wajah model sesuai ciri khas wanita kelas atasan digabungkan dengan elemen muzik yang sepadan, menjadikan video teaser itu sangat elegan dan berada dalam kelas tersendiri.

“Melalui platform YouTube dan Instagram, kita memuat naik video pembuatan iklan, fashion show, tips and tricks, photoshoots, and product launches.”

Adrian mengangguk-angguk. Menyilangkan tangan ke dada dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi tanpa mengalihkan tatapannya dari Miya.

Penerangan Miya begitu lancar dan nampak meyakinkan. Memang sesuai dia berada dalam bidang pemasaran. Intonasi dan nada yang digunakan juga mampu menarik orang untuk mendengar. Bonus wajahnya yang cantik serta penampilannya yang mempesona.

“Melalui twitter @DmondJewels, kita cuba untuk membangun komunikasi melalui pertanyaan yang dilontarkan di akaun rasmi ini. Informasi produk yang disertakan foto produk dan model menjadi visualisasi melalui feature Twitpic untuk publik eksternal DayMondJewels.”

“Next, in addition to ongoing marketing strategy, kita juga ada melakukan aktiviti lain. Antaranya Germstone Carnival pada akhir tahun lepas. Karnival ini diadakan di Centre Court IOI City Mall Putrajaya sempena jualan akhir tahun DayMond Jewels. Jualan akhir tahun ini juga disambut di semua tiga puluh lima bilik pameran DayMond Jewels di seluruh negara, Singapura, dan Brunei. Dan ini merupakan kali pertama DayMond Jewels mengadakan karnival secara besar-besaran seperti ini.”

“Okay, untuk perancangan akan datang, kita sedang merancang satu majlis pelancaran koleksi terbaru yang akan berlangsung tiga bulan dari sekarang. Tapi uniknya kali ini, kita menampilkan rekaan dari dua belas jenis permata, berbanding sebelumnya kita hanya melancarkan koleksi berlian sahaja. Dan kami sudah menyediakan satu video teaser untuk koleksi terbaru tersebut, yang bertemakan The Gift of Love." Miya mengakhiri pembentangannya. Sebelum itu, dia sempat memberi isyarat kepada Hafiz supaya menayangkan video teaser yang telah disiapkan jabatannya.

“That’s all. Thank you. Any question, Mr Adrian?” tanya Miya sebaik sahaja video teaser berdurasi satu minit itu berakhir.

“You’re too young to be a manager,” ujar Adrian, sengaja provok Miya. Jika pagi tadi, Miya begitu tenang menjawab soalan provokasi Lora, sekarang dia mahu melihat bagaimana Miya mematahkan provokasinya.

“Kofi Annan once said, you are never too young to lead and I...never doubted my ability. Saya harap Encik Adrian pun percaya dan yakin dengan kemampuan saya,” ujar Miya.

“Sure. You did a very good job so far. Dan saya tak sabar nak tengok kemampuan awak untuk pelancaran koleksi terbaru tu nanti,” balas Adrian.

“Me and my team will impress you,” balas Miya yakin.

Selepas Miya, Pengurus Jualan, Zahid membentangkan laporan jabatannya.

“Good morning Encik Adrian and all the managers. Saya Zahid, the Manager of Sales Department."

“Pada tahun lepas, DayMond Jewels telah mengalami peningkatan jualan sebanyak 30 peratus daripada RM280 juta kepada RM364 juta, dan pihak kami menjangka nilai jualan pada tahun ini mampu mencecah sehingga RM400 juta berikutan aktiviti promosi dan pemasaran serta pelancaran koleksi terbaru tidak lama lagi.”

“Pada tahun lepas, kita berjaya mencatat nilai jualan melebihi sasaran yang ditetapkan dengan jumlah melebihi RM200 juta dan walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini, kita masih yakin dapat melonjakkan nilai jualan sehingga RM400 juta tahun ini. Ternyata strategi yang dilakukan oleh bahagian pemasaran memberi impak yang besar kepada nilai jualan dan keuntungan DayMond Jewels pada tahun lepas.”

Mesyuarat itu berlangsung hampir dua jam dan Jabatan Sumber Manusia menjadi jabatan terakhir yang membentangkan laporannya.

“Thank you very much to all the managers. I hope all of you will continue your efforts. Saya akan jarang berada di sini. But throughout this week, I’ll be here. So if you have anything to discuss, you can see me directly,” ujar Adrian.

Miya mendesah lega. Sekurang-kurangnya bukanlah setiap hari dia perlu mengadap muka Adrian di pejabat.

Semua pengurus dan penolong pengurus mula bangun dan keluar dari bilik seminar itu setelah Adrian menamatkan mesyurat. Adrian menyorotkkan pandangannya ke arah Miya yang sedang beriringan dengan Hafiz sambil berbincang sesuatu. Serius wajahnya dan Hafiz hanya mengangguk-angguk.

Eryna yang menyedari perlakuan Adrian, memetik jari beberapa kali di depan muka bossnya itu.

Tersentak Adrian sebelum segera mengalihkan pandangannya dari Miya.

“She’s not an ordinary girl,” ujar Eryna. Tetapi tiba-tiba dia membulatkan matanya sambil menekup mulut dan memandang Adrian.

“Or, she’s not a girl anymore.” Dia mengusik.

Adrian hanya menjeling sekilas dan ketawa tanpa suara.

“I don’t understand,” ujarnya, walaupun dia faham maksud kata-kata Eryna itu.

“It’s okay, I understand. Tak ada lelaki mampu tolak perempuan secantik dia. Tapi sayangnya nanti kena cerai.”

“Shut up!'

Salam semua. Novel ni sebenarnya sama dengan Aku Bukan Dia sebelum ni. jalan cerita sama. cuma kali ni berkunci. saya akan publish berperingkat dua hari sekali sebab ada ayat dan ejaan yang saya betulkan... happy reading semua...muahxxx

Share this novel

Ieyralovely
2024-09-22 15:44:51 

novel ni ada jual x

NurhafizhashimaLee
2024-08-31 00:25:28 

Best sangat

Fazizah Saiman
2024-06-24 20:08:26 

novel ni ada d buku kan ke.. klu ada sy nak beli


NovelPlus Premium

The best ads free experience