Completed
47366
QIRANA terjaga daripada tidur, apabila mendengar pintu biliknya diketuk kuat. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan, lalu pintu dibuka.
?Kenapa lambat sangat nak buka pintu?? Qaisara sudah berdiri di muka pintu saat ini.
?Apa Sara nak ni? Tengah-tengah malam ketuk pintu? Sara tahu tak, pukul berapa dah sekarang ni? Pukul 12 malam dah, tahu tak? Esok akak nak kerja tau??
?Kenapa mak paksa Sara minta cincin dekat Irsyad?? Qaisara menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada, tanda tidak berpuas hati.
?Lah, Sara ketuk pintu ni semata-mata nak cakap pasal ni ke??
?Yalah. Irsyad tu baru kerja tau? Takkan nak beli cincin sampai empat??
?Apa yang Sara cakap ni??
?Cincin merisik, cincin tunang, lepas tu cincin masa nak akad nikah lagi. Lepas tu nak tambah cincin akak pulak? Agak-agaklah akak. Ingat Irsyad tu banyak duit ke??
?Habis tu akak boleh buat apa? Dah Sara tu yang gatal sangat nak kahwin cepat. Apa kena mengena dengan akak pulak? Nak kahwin, kahwin ajelah!?
?Amboi. Sekarang ni, akak nak cari pasal dengan Sara ke??
Qirana sudah mengerutkan dahinya. ?Apa Sara cakap ni??
?Carilah cepat calon suami tu. Akak ingat, Sara nak hold lama-lama ke??
?Dah memang sekarang ni akak tak ada calon. Macam mana nak ada calon? Cuba cakap dengan akak? Mana nak datang calonnya? Nak tunggu calon tu jatuh dari langit ke?? Qirana sudah hilang sabar.
?Ee! Susahlah cakap dengan Kak Qira ni. Menyakitkan hati! Bukannya dia nak faham apa yang kita cakap!?
?Menyakitkan hati jangan datang ke bilik ni! Gatal sangat nak kahwin!? Qirana sudah tidak dapat mengawal perasaannya lagi.
?Apa benda yang kau orang berdua ni bising ha? Tahu tak, dah pukul berapa dah ni?? Omar muncul di hadapan mereka berdua bersama dengan Badariah.
Qirana terus berpeluk tubuh saat ini. ?Ayah tanyalah anak kesayangan ayah ni. Dia yang tengah-tengah malam ketuk pintu, lepas tu datang sini nak tunjuk tak puas hati dia. Qira ni banyak benda lagi nak kena fikirlah, daripada nak fikir cari calon. Kalau dah gatal sangat, kahwin ajelah.?
?Ee! Mak, ayah, tengoklah akak ni. Pentingkan diri sendiri betullah!? Qaisara terus melangkah meninggalkan mereka bertiga di situ.
Omar menggeleng. Dia memandang Qirana. ?Tak elok Qira cakap macam tu dekat Sara. Carilah calon suami secepat yang mungkin. Lagipun Qira dah 27 tahun. Sara tu dah 25. Logiklah kalau dia nak kahwin.?
Qirana mendengus kasar. Dia sedar mereka berdua hanyalah ibu bapa susuan yang membesarkannya sejak bayi, namun itu tidak bermakna mereka boleh sewenang-wenangnya memaksanya.
?Apa benda yang bising-bising ni? Orang nak tidur pun tak bolehlah.? Qistina berdiri di hadapan mereka bertiga, sambil menggosok mata. Sengaja dia mahu menyibuk.
?Sudah, ayah bagi masa pada Qira. Dalam masa sebulan Qira tak jumpa calon jugak, ayah yang akan carikan calon untuk Qira.? Omar terus melangkah ke biliknya.
Qistina ketawa. ?Mak, ayah cakap apa tadi? Carikan calon untuk Kak Qira? Siapa yang nak dekat Kak Qira ni??
?Kau cakap apa tadi?? Qirana sudah tidak dapat menahan sabar. Kadang-kadang dia merasakan, adik-adiknya jadi semakin kurang ajar.
?Sudah Qis. Jangan nak bergaduh dengan kakak kamu ni. Hormat dia sikit.? Badariah bersuara.
?Mak ni, Qis cakap sikit aje dah nak marah. Ni Kak Qira, Qis nak cakap sikitlah kan, ubahlah sikit penampilan tu, kalau nak lelaki terpikat. Okeylah, chow dulu!? Qistina terus berjalan ke biliknya semula sambil bernyanyi kecil.
Qirana mengetap bibir menahan marah.
?Dah, tak payah nak ambil hati sangat dengan kata-kata Qis tu tadi.?
?Mak, Qira tahu Qira bukan anak kandung mak ayah. Tapi Qira bersyukur bila mak dengan ayah ambil Qira dekat rumah anak yatim. Tapi tak bolehlah, mak dan ayah nak aturkan kehidupan Qira.?
?Kenapa kamu cakap macam tu? Salah ke kalau kami nak aturkan hidup Qira? Kami jaga Qira, dari Qira umur satu bulan lagi. Kami ni, tak ada hak langsung ke??
Qirana sudah terdiam.
?Mak betul-betul terluka dengan Qira.? Badariah terus melangkah ke biliknya semula.
Qirana tertunduk. Aku dah buat mak terasa dengan aku... tapi aku tak ada niat nak cakap macam tu.
QIRANA termenung di meja. Tiba-tiba pintu diketuk dari luar.
?Masuk,? arahnya.
Yaya terjegul di depan pintu sambil mengukirkan senyuman.
?Kau tak nak lunch ke??
?Eh, dah pukul berapa??
?Dah pukul 1.05 minit.?
Qirana menepuk dahi. Pen diletakkan di atas meja, sambil beg tangan dicapai. ?Nak makan mana??
?Macam biasalah kafe sebelah office ni aje. Kafe itu aje yang murah pun.?
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke lif. Dan tiba-tiba sahaja tubuhnya ditolak dari belakang.
?Tepilah! Tak nampak ke orang nak lalu ni?? marah Tiara, sambil menjeling Qirana. Wanita itu merupakan setiausaha di syarikat tersebut.
?Maaf,? ucap Qirana.
Tiara tidak peduli. Laju sahaja dia melangkah masuk ke dalam perut lif tanpa menunggu Qirana dan Yaya masuk ke dalam. Pintu lif terus sahaja tertutup rapat.
?Dasar zirafah! Aku tahan aje tadi!? Qirana mengangkat tangan kanannya seakan mahu memukul. Gelaran zirafah memang sengaja diberikan kepada Tiara. Kerana wanita itu gemar memanjangkan lehernya, dan suka menyibuk hal di dalam pejabat. Jika ada apa-apa berlaku di dalam pejabat, wanita itu akan terus menyampaikan berita kepada majikan mereka.
?Ah, kau ni. Tadi kau tak nak maki dia. Dia dah masuk dalam lif baru nak maki. Tapi kurang ajar betullah, boleh pulak dia masuk dalam lif tu. Pada hal kita yang sampai dulu.?
?Malas aku nak bertekak dengan dia. Buang masa melayan orang budjet cantik ni. Kalau nak diikutkan hati aku, nak aje aku tumbuk muka dia tadi.?
?Ha, lepas tu kenapa tak tumbuk??
?Yaya, kau faham-fahamlah, diakan kaki mengadu? Dan kau faham-fahamlah, dia dengan bos macam mana? Nanti tak pasal-pasal kena buang kerja pulak. Sudahlah sekarang ni nak dapat kerja pun susah.?
?Mana boleh sesuka hati buang kerja. Negara ni ada undang-undang. Kau boleh pergi buat report dekat pejabat buruh, kan??
Qirana mengangkat kedua-dua tangannya tanda mengalah. Kalau nak diikutkan memang dia tidak mahu mencari masalah.
Tiba sahaja di kafe, mereka berdua mengambil tempat duduk. Nasi ayam gepuk menjadi pilihan mereka berdua.
?Macam mana? Mak ayah kau paksa lagi tak??
?Paksa apa??
?Yalah, paksa cari calon suami.?
Qirana melepaskan keluhan. ?Entahlah, lepas seminggu ayah aku bagi warning, boleh dikatakan setiap hari mak aku tanya dah jumpa calon ke belum. Aku jawab belum.?
?Habis tu macam mana??
?Macam mana apa? Tak adalah jawabnya. Ingat calon suami boleh dapat dekat pasar? Pilih aje mana nak? Macam tu??
Yaya ketawa. ?Itulah, aku nak kenalkan kau dengan abang aku pun, dia pun dah nak kahwin.?
?Abang kau tu handsome sangat. Manalah nak sesuai dengan aku ni. Bagai langit dengan bumi kau tahu tak??
?Kau tu pun comel apa? Tapi itulah, kau lambat sangat. Kalau tak, aku dah kenalkan kau dengan abang aku.?
?Tak nak aku jadi kakak ipar kau.?
Yaya memukul bahu Qirana. Mereka berdua ketawa serentak.
Tiba-tiba ada beberapa orang rider Grab masuk ke dalam kafe untuk mengambil bungkusan makanan yang dipesan pelanggan.
?Kau tengok apa?? Yaya berpusing memandang ke arah rider Grab yang masuk ke dalam.
?Tak adalah, kalaulah aku pilih rider Grab jadi suami aku, okey kan? Agak-agak dia orang nak tak dekat aku??
?Hello? Kau jangan nak cari pasal boleh tak? Takkan kau nak pilih macam tu aje??
?Tapi tak salah, kan??
?Memanglah tak salah. Tapi kau tak kenal hati budi orang lagi. Janganlah main pilih macam tu aje. Yang merana nanti tu kau. Jangan disebabkan adik kau Sara, kau nak korbankan hati dan perasaan kau tu pulak.? Yaya memang tidak dapat menerima, jika Qirana membuat keputusan melulu seperti itu.
Qirana menarik nafas panjang. Manalah dia nak cari calon suami?
Pulang sahaja ke pejabat, Qirana terus menyambung kerjanya yang masih tertunggak. Hinggakan dia tidak sedar yang jam sudah menunjukkan pukul 7 petang.
Qirana meloncat dari kerusi. Meja dikemas, dan komputer terus ditutup. Qirana melangkah keluar dari bilik pejabatnya. Tiba-tiba dia menangkap satu bunyi dari arah bilik pejabat majikannya.
Aik? Bunyi apa tu? Bulu romanya terus sahaja mencanak naik. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke bilik pejabat majikannya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Tiara sedang bercumbuan dengan majikannya iaitu Encik Nizam.
Tidak sanggup melihat adegan itu lagi, laju sahaja dia melangkah meninggalkan pejabat. Tak disangka, Tiara benar-benar mempunyai hubungan sulit dengan Encik Nizam. Padahal Encik Nizam sudah pun mempunyai isteri!
Bam!
Tubuhnya terus berlanggar dengan pengawal keselamatan iaitu Pak Cik Mansur.
?Eh, kenapa ni??
?Eh, pak cik. Maaf pak cik. Saya kelam kabut tadi.?
?Kejap, ada apa-apa berlaku ke??
?Tak ada, tak ada apa-apa. Saya balik dulu ya?? Qirana terus sahaja berlari meninggalkan Pak Cik Mansur.
Kenapalah dia boleh melihat adegan tak senonoh sebegitu, di hadapan matanya sendiri?
?KENAPA ni Lim? Nasib baik aku memang dekat area sini.? Gibran tercungap-cungap berlari ke arah Halim yang sedang menunggunya.
?Tolong aku Ran. Aku tak tahu nak minta tolong siapa lagi. Aku ada tiga tempat nak hantar makanan. Tapi...? Air matanya tiba-tiba mengalir laju saat ini.
?Hei, kau kenapa ni? Dah kenapa kau nak menangis pulak ni??
?Aku tak boleh nak cancel order. Nak tak nak aku kena hantar jugak makanan dekat customer. Sebenarnya wife aku, dia dah kena tahan wad. Nurse call aku tadi, suruh aku datang sekarang ke hospital.?
Gibran tersenyum. ?Sudah, kau pergi hospital dulu. Wife kau lagi penting. Tak apa, biar aku tolong hantarkan order kau.?
?Ini kali kedua aku minta tolong kau. Aku sebenarnya tak nak susahkan kau. Dan aku tak sangka pulak, isteri aku dah nak bersalin. Sepatutnya due date dia ada lagi dua minggu.?
Gibran terus menepuk bahu Halim. ?Sudah, pergi sekarang. Tak payah explain panjang-panjang. Ambil kunci kereta aku ni, dan pergi hospital sekarang.?
Halim menelan liur. ?Kau biar betul, nak suruh aku drive kereta kau ni??
?Habis tu kau nak naik apa pergi hospital??
Halim menggaru kepalanya yang tidak gatal.
?Dah, pergi sekarang. Bagi helmet kau. Kena cepat ni. Bising customer kau nanti. Nak ke rate kau jatuh??
Halim pantas menggeleng.
?Sini helmet, dengan handphone kau ambil order.?
?Tapikan, kau masih pakai baju kemeja dengan seluar slack. Tak apa ke, pergi hantar makanan pakai macam ni??
?Bagi aku jaket kau tu.?
Laju sahaja Halim menghulurkan topi kaledar, jaket dan juga telefon bimbitnya.
Gibran tersenyum. ?Aku pergi dulu. Settle semua ni, aku terus pergi hospital.?
Halim mengangguk. Dia benar-benar berasa bersyukur kerana memiliki sahabat yang baik.
Gibran merupakan rakan karibnya sejak mereka sama-sama di bangku sekolah. Persahabatan yang terjalin sekian lama itu menjadikan mereka cukup memahami antara satu sama lain. Bezanya, sehingga kini Gibran masih belum berpunya, walaupun usianya sudah mencecah 32 tahun.
Bukan kerana terlalu memilih, tetapi menurut Gibran, kebanyakan wanita yang dikenalinya terlalu mementingkan kebendaan. Dia mengimpikan seorang wanita yang menerima dirinya seadanya, tanpa memandang pangkat mahupun kekayaan.
Pernah suatu ketika dahulu, hatinya hampir terikat pada seorang wanita yang disangka bakal menjadi isteri. Namun apabila dia menyedari cinta itu bersyarat pada kebendaan, Gibran memilih untuk mengundurkan diri.
Share this novel
Sambung