Ingin Mencintai Dan Dicintai

Alin Alia

Romance Series 0
0
(0 ratings)

Synopsis

Qirana didesak keluarganya mencari calon suami secepat yang mungkin, supaya adiknya Qaisara, tidak langkah bendul. Lebih menyakitkan hati apabila keluarganya sanggup menjodohkan dia dengan seorang duda anak tiga hanya supaya Qaisara dapat berkahwin dengan pilihan hatinya. Dalam keadaan terdesak, Qirana mengambil keputusan paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Gibran, seorang penghantar makanan yang kebetulan muncul di hadapannya. “Awak masih bujang lagi ke? Kalau bujang, nak tak kahwin dengan saya? Awak cuma sediakan mas kahwin sahaja.” - Qirana "Mas kahwin sahaja? Hantaran, cincin? Tak perlu?" - Gibran Bermulah kisah mereka, di mana Qirana tawarkan satu perkahwinan segera tanpa cinta, tanpa janji, cuma satu persetujuan sahaja sudah cukup syarat untuk selamatkan dirinya daripada menerima duda anak tiga pilihan keluarganya. Gibran menerimanya tanpa ragu. Namun Qirana tidak tahu, lelaki itu sebenarnya menyimpan satu rahsia besar. Dan kebetulan, Gibran juga sedang mencari seorang isteri yang tidak memandang status. Dua orang asing, dua niat berbeza, satu akad yang dirancang tergesa-gesa. Tetapi siapa sangka, dari perkahwinan tanpa perasaan, timbul pula rasa cinta yang tak diduga. #unlockchapter © 2026 All rights reserved


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Alin Alia

7784 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience