BAB 1. PENEMUAN

Mystery Series 932

Geseran rantai yang sudah lama tidak diminyaki itu berkeriut nyaring, memecah kesunyian di sepanjang jalan tanah merah menuju ke Kampung Ulu Pilah.

Marina menoleh ke belakang buat kali kesepuluh dalam tempoh lima minit. Anak matanya liar mengintari rimbun pohon kelapa sawit yang kelihatan seperti raksasa hitam di bawah cahaya bulan yang malap.

Jam di pergelangan tangannya menunjukkan pukul 11:15 malam dan dia tahu, pada waktu begini hanya orang gila atau penunggu hutan sahaja yang masih berkeliaran di jalan pintas ini.

?"Marina! Tunggu jap, aku nak cakap sikit!"

?Akibat terkejut. Kayuhan Marina terhenti secara mengejut sehingga tayar belakangnya meluncur di atas tanah lembap.

Malik muncul dari bayang-bayang pohon getah dengan wajah yang menyengih dan menyeru namanya.

"Rina sayang..."

Marina menarik nafas panjang cuba meredakan degupan jantungnya yang sudah terasa seperti mahu meletup di sebalik dada.

?"Awak nak apa lagi, Malik? Dah berapa kali saya cakap, jangan ikut saya macam ni," suara Marina kedengaran bergetar kerana marah disakat sebegini.

"Janganlah marah-marah abang, sayang. Abang kan tegur baik-baik ni," bidas Malik pula. Dia tetap bermanis muka.

?Malik mendekat dan setiap pergerakannya, membuatkan Marina mahu sahaja memecut pergi namun kakinya terpaku ke bumi.

"Aku cuma nak bagi bunga ni... aku petik dekat kawasan kebun tadi. Cantik, kan? Macam kau," jawab Malik seraya menghulurkan jambangan bunga hutan yang kelopaknya mula layu.

?Marina menolak huluran itu dengan perasaan yang bercampur.

"Cukuplah, Malik! Mak saya dah mula bising, jiran-jiran pun dah pandang serong. Jangan cari saya lagi, saya merayu sangat-sangat!"

?Wajah Malik berubah serta-merta. Garis senyumannya mati dan diganti kekecewaan dan amarah yang tersirat.

Marina tidak menunggu lama. Langsung memecut masuk ke dalam laluan pintas estet getah tanpa menoleh ke belakang.

"Rimas betul akulah. Dahlah tak faham-faham bahasa. Orang kata suka tu maknanya tak sukalah!" Marina mengayuh basikal tua sambil mengomel tiada henti. Marah benar nampaknya.

"Heh! Kenapa ni? Heh! Eeh..." rungutnya yang terhoyong-hayang atas pelantar basikalnya. Jenuh dia adjust kayuhan. Tak tahu kenapa, jadi tak stabil pula.

BUKKK!

"Argh!!!" ?Jeritan nyaring memecah kesunyian malam apabila tayar basikalnya tiba-tiba, boleh pula terperosok ke dalam lubang lumpur yang dalam dan tersembunyi. Tubuhnya terpelanting ke udara sebelum terhempas kuat ke atas tanah.

?"Aduh... ya Allah..." Marina mengerang kesakitan.

Dia cuba bangkit namun lutut dan lengannya terasa amat perit. ?Melihat basikalnya yang tersadai condong di dalam selut, dadanya kembali dipalu rasa cemas yang amat sangat.

Suasana estet yang gelap-gelita itu terasa seperti sedang memerhatikannya.

?"Kenapa waktu ni jugak kau nak buat hal?!" Keluh Marina, suaranya mula tersekat-sekat akibat panik.

Dia mengheret kakinya mendekati basikal dan cuba menarik bar hendal dengan kudrat yang berbaki.

?"Tolonglah... tolonglah bergerak! Jangan buat aku macam ni..."

?Basikal itu langsung tidak beranjak, tayarnya sudah terbenam separuh di dalam lumpur pekat. Air mata Marina mula mengalir laju bercampur dengan peluh dan kekotoran tanah. Dia memandang ke sekeliling dengan pandangan yang liar.

?"Tolong!!! Tolong saya!!!" jerit Marina sekuat hati, mengharapkan ada penduduk dari rumah di hujung jalan itu yang dapat mendengar rintihannya.

"Siapa je yang ada pun," ujarnya kedengaran pasrah. Nak tak nak, dia terpaksa bangun. Antara rasa was-was, akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan basikalnya itu sehingga hari siang.

?Sebelum dia sempat bangkit untuk membersihkan baju kurung. Ada satu bayangan hitam yang jauh lebih besar dan bergerak lebih laju daripada manusia biasa menerpa dari celah kegelapan.

Marina yang terkejut dengan pelukan mendadak itu ingin memekik. Si penyerang lagi pantas. Dia menekup mulut Marina dengan tapak tangan dan ibu jarinya menekan hidung agar Marina tidak boleh bernafas.

Tidak sampai beberapa minit, kedua belah tangan Marina yang cuba melepaskan pekupan mulutnya terjatuh lesu menandakan dia sudah pengsan. Dengan sekali lambungan, tubuh itu di atas bahu sang penyerang.

Biarpun berjalan dengan beban di atas bahu, sang penyerang tidak tercungap-cungap. Yang kedengaran di detik sepi itu, hanyalah geseran kain baju yang beradu dengan dedaun getah kering.

?Marina terbuai-buai lemah di bahunya dengan muka dan rambut berjuntaian ke bawah. Tubuh Marina yang tak terlalu gemuk memudahkan lagi kerjanya menggendong.

?Penyerang itu tidak menuju ke arah jalan besar yang terang dengan lampu rumah penduduk.

Sebaliknya, dia masuk lebih dalam ke kawasan hutan tebal yang jarang dijejaki orang kampung dan menuju ke arah pondok yang hampir rebah ke bumi itu.

?Apabila sampai di hadapan pondok itu, sang penyerang menurunkan tubuh Marina dengan cermat.

Dia berdiri tegak sambil merenung tubuh gadis itu buat seketika di bawah sinaran bulan yang menembusi celah siling pondok yang bocor.

?Perlahan-lahan, penyerang itu melangkah ke arah pintu pondok yang tertutup rapat lalu menolak daun pintu tersebut sehingga berkeriut panjang.

Krek...

***

Marina tersentak. Kelopak matanya terus terbuka luas. Terkelip-kelip dalam cahaya kelam rembulan dan di temani nyanyian cengkerik.

?Dia cuba bergerak. Sakit. ?Pergelangan tangannya perit. Tali guni kasar menjerut kulit, membenam jauh hingga ke tulang. Setiap kali dia meronta, ikatan itu semakin kejam mencengkam. Dia terperangkap. Di sudut pondok yang sunyi, jauh dari dunia manusia.

?Krek.

?Bunyi lantai kayu dipijak. Pelan. Teratur. Seseorang sedang melangkah mendekat.

Marina menahan nafasnya. Jantungnya berdegup pantas. Keringat dingin mula muncul lalu mengalir di pelipis.

?Cahaya itu menyambar wajah Marina. Dia memicingkan mata, silau. Di sebalik cahaya itu, berdiri susuk tubuh asing. Pembunuh itu memakai balaclava hitam. Kainnya melekat pada wajah, menampakkan garis tulang pipi yang keras dan rahang yang tegang. Hanya sepasang mata yang kelihatan.

Mata itu, dingin. Tiada kemanusiaan. Menatap Marina dengan nafsu binatang yang rakus.

?Dia berlutut di depan Marina. Bau peluh bercampur minyak pelincir besi menusuk hidung. Mual.

?

Marina cuba menjerit namun mulutnya tersumbat kain kotor. Dia hanya mampu mengeluarkan bunyi rintihan yang tersekat.

" Hmph! Hmph! "

Air matanya meluncur laju, suam membasahi pipi.

?

Lelaki itu menarik kain penyumbat mulut Marina dengan kasar. Marina tercungap-cungap, menghirup udara sebanyak mungkin.

?"Siapa... siapa kau?" Suara Marina hampir hilang. Perit.

"Tolong... lepaskan saya..."

?Lelaki itu tidak menjawab. Dia hanya merenung Marina. Mata itu tidak berkelip. Dia mendekatkan wajahnya, hanya seinci dari wajah Marina. Marina dapat merasakan nafasnya yang panas di balik topeng hitam itu.

?"Kenapa diam?"

"Aku dah perhatikan kau lama, Marina. Kau cantik bila kau takut."

?"Jangan..." Marina meronta, cuba menjauhkan diri tapi tubuhnya dipaku ke tiang kayu.

"Jangan apa-apakan saya!"

?Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari pinggangnya. Besi yang berkilat dipantul cahaya lampu suluh. Pisau lipat. Dia menggores mata pisau itu pada baju kurung Marina, perlahan-lahan.

?Sret.

?Kain itu koyak.

"Jangan!!!" Marina menjerit tapi lelaki itu membungkamnya dengan satu tamparan kuat di pipi.

Plak!

Kepala Marina terteleng ke tepi. Telinganya berdengung hebat. Rasa darah mengalir di sudut bibir.

?"Diam!" bentak lelaki itu.

Dia mula membuka butang baju dengan satu pandangan penuh maksud. Marina memandang mata di balik balaclava itu. Mata itu tidak menunjukkan keraguan.

Marina sedar, merayu adalah sia-sia. Dia perlu bertahan. Dia perlu hidup.

?Detak jantungnya semakin laju. Dia melihat tangan lelaki itu yang mula meraba bahunya.

***

Matahari pagi di Kuala Pilah tidak mampu menembusi kabus tebal yang membalut kawasan pinggir rel keretapi lama itu.

?Kring! Kring!

?Loceng amaran di lintasan keretapi berbunyi panjang, disusuli deruman enjin berat yang menggegarkan bumi. Keretapi kargo melintasi kawasan itu dengan bunyi besi beradu yang memekakkan telinga.

Gegaran itu membuatkan debu-debu halus berterbangan, menyingkap pandangan ngeri yang tersembunyi di celah-celah rumpun lalang.

?Di atas sebuah papan palang kayu yang dipaku melintang membentuk huruf ?T? mirip seperti kerangka orang-orang sawah yang menakutkan burung. Tubuh itu tersangkut.

?Kepalanya disarung rapi dengan guni gandum yang kasar, diikat kemas di pangkal leher dengan tali rafia hijau. Bahu dan lengannya diikat lebar pada palang kayu menjadikan ia statik, seolah-olah dia sedang menunggu keretapi itu untuk meragut nyawanya sekali lagi.

?"Wei! Sini!" suara Pak Samad, si pencari rotan, memecah kesunyian.

?"Kenapa, Pak Samad? Ular ke?" seorang pemuda berlari anak mendekat, kakinya memijak lalang kering dengan bunyi.

?Langkah pemuda itu terhenti serta-merta. Dia terpaku. Matanya membuntang luas melihat sosok di depan mata.

?"Ya Allah... itu... itu orang-orang ke apa?" suara pemuda itu tersekat, wajahnya berubah pucat lesi.

?Pak Samad tidak menjawab. Dia hanya mampu menunjuk dengan tangan yang menggigil hebat ke arah papan palang ?T? tersebut.

"Ak...ak...ak..."

Burung gagak berkeriak nyaring di dahan pokok berhampiran, seolah-olah sedang mentertawakan manusia yang baru sahaja menemui 'karya' gila si pembunuh.

?Suasana tenang pagi itu serta-merta bertukar menjadi hiruk-pikuk. Bunyi tapak kaki penduduk kampung yang berlarian.

"Argh, ada mayat!!!"

"Orang-orang!!!"

"Mayat orang-orang!!!"

Pelbagai jenis pekikan yang berhamburaan. Saat mata mereka, terpandangkan susuk tubuh bersarung guni. Terikat dalam bentuk 'T. Tiada siapa berani mendekat. Bau hanyir semakin kuat apabila angin bertiup.

lama xtulis jnayah. pernh layan drama jnayah korea? Klu prnah, jom layan ni pula

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience