DIA YANG MEMERHATI.

DHIA AMIRA.

Mystery Series 148
0
(0 ratings)

Synopsis

Ketenangan pekan kecil ini retak apabila satu demi satu gadis ditemui mati dalam keadaan pelik iaitu diperlakukan seperti orang-orang penghalau burung sawah. Tiada cap jari, saksi dan tiada teknologi moden untuk memburu pembunuh. Bagi penduduk kampung yang ketakutan, mereka percaya ini adalah angkara jembalang. ​Inspektor Kamal yang dibuang ke daerah terpencil, tidak percaya pada tahayul. Dia membawa logik namun dia terperangkap dalam sistem siasatan manual yang perlahan dan penuh dengan jalan buntu. Bersama Sarjan Hassan yang lebih mempercayai naluri tempatan, Kamal terpaksa berhadapan dengan tembok kebisuan penduduk kampung yang enggan bekerjasama. ​Dalam masa yang sama, Malik yang obses terhadap salah seorang mangsa menjadi kambing hitam utama. Namun, Kamal mula menyedari satu kebenaran yang mengerikan. Malik hanyalah boneka dalam permainan seorang pembunuh yang lebih bijak. ​Semakin Kamal mendekati identiti pembunuh itu, semakin dia sedar bahawa dia bukan lagi pemburu tetapi mangsa yang sedang diperhatikan dalam kegelapan. ​Siapakah yang sedang memerhati?


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

DHIA AMIRA.

1935 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience