BAB 4. PAK CHOT

Mystery Series 932

Matahari memancarkan bahang membakar bumbung zink rumah kampung dua tingkat milik keluarga Marina. Deretan pokok pisang di tepi rumah kaku tanpa sebarang tiupan angin, seolah turut berkabung atas tragedi ngeri yang menimpa guru mengaji kampung itu.

?Kereta Datsun Sunny milik pihak polis diletakkan di bawah pohon mangga yang rendang. ASP Kamal melangkah keluar, memperkemaskan uniform polis dan mengepit topi sebelum mendaki tangga kayu rumah tersebut.

Di belakangnya, Sarjan Kamil mengekor rapat dengan buku nota tiga kali lima sedia di tangan.

?Di ruang tamu yang hanya beralaskan tikar anyaman mengkuang, duduk seorang wanita lewat empat puluhan dengan mata yang bengkak dan merah.

Dia adalah Mak Som, ibu kandung Marina sambil meriba sehelai selendang putih yang separuh siap dijahit. Tubuhnya teresak-esak kecil.
?Di sudut bertentangan, bersandar pada tiang seri rumah, duduk Pak Chot bapa tiri Marina. Lelaki bertubuh sasa dengan parut potong getah di lengan kanan itu sedang tekun menghisap rokok daun. Tampang wajahnya keras tanpa sebarang riak hiba.

?"Mak Som, Pak Chot. Saya ASP Kamal," pegawai polis itu memulakan bicara dan bersila di atas tikar getah setelah dipelawa dengan isyarat tangan oleh Pak Chot yang acuh tidak acuh.

"Saya faham keadaan keluarga sekarang amat perit dan kehadiran kami pun memang untuk mencari keadilan bagi pihak arwah Marina."
?Mak Som mengangkat mukanya yang berlinangan airmata.

"Siapalah manusia zalim, Tuan? Apa salah anak saya tu sampai dia tergamak buat rupa itu? Marina tu budak baik... dia cuma mengajar budak-budak mengaji... dia tak ada musuh..."

?"Itu yang kami sedang siasat, Mak Som," jawab Asp Kamal lembut, sebelum melirik ke arah Pak Chot. Matanya tajam memerhatikan reaksi lelaki itu.

"Pak Chot, boleh saya tahu, pukul berapa kali terakhir Pak Chot atau Mak Som nampak Marina malam tadi?"

?Pak Chot mematikan puntung rokok daunnya pada piring porselin retak di lantai sebelum berdehem kasar.

"Malam tadi, saya sempat nampak dia masa Maghrib je, waktu tu dia belum lagi keluar mengajar budak-budak, tu. Lepas pada tu, saya tak nampak kelibat dia dah," balas Pak Chot.

Asp ?Kamal menjungkitkan kening sebelah. Dipandangannya lelaki tua langsung tak bersedih. Jawab pula hendak tak hendak, saja. Tunas wasangka mula membenih.

"Selepas Maghrib?" Ulang dia lagi sekali membuatkan Pak Chot merenungnya kembali. Sarjan Kamil tetap mendengar sambil menyalin nota.
?"Dia memang tak suka saya, Tuan. Sejak saya kahwin dengan emak dia dua tahun lepas, dia buat saya macam orang asing," balas Pak Chot terus-terang, nadanya berbaur jengkel yang cuba disembunyikan.

"Malam-malam bila saya dah balik ke rumah, dia memang akan berkurung dalam bilik. Kalau dia lapar, dia keluar dapur senyap-senyap masa saya dah masuk tidur. Dia memang sengaja nak mengelak daripada bertembung muka dengan saya. Mak Som dia je yang tahu dia buat apa dalam bilik."
?Mak Som di sebelah hanya mampu menunduk, mengemas selendang di ribaannya sambil mengemam bibir seakan mengesahkan lagi kenyataan itu.

?"Sedar-sedar dah dapat tahu yang dia takde..." jawab Pak Chot. Makin teresaklah Mak Som bila mendengar.

Asp ?Kamal mengangguk perlahan. Dia berpaling ke arah Sarjan Kamil, memberi isyarat mata. Sarjan Kamil segera mencatat setiap patah perkataan tentang 'perang dingin' di dalam rumah itu.

?"Kalau Tuan tak keberatan, saya mahu memeriksa bilik Marina. Mungkin ada sesuatu yang boleh membantu," pinta Asp Kamal.

?Mak Som hanya mengangguk lemah manakala Pak Chot kembali mencapai daun nipah dan tembakau, langsung tidak beranjak dari tiang seri.

"Pergilah, Tuan. Biliknya di sebelah hujung."

?Kamar tidur Marina adalah cerminan seorang gadis desa yang ringkas dan patuh pada agama yang cuma ada katil bujang kayu selain almari baju dua pintu dan sebuah meja solek kecil yang diletakkan di sudut bilik.

Di atas meja itu ada sebuah naskhah Al-Quran besar berbucu emas tersusun rapi bersama beberapa buah buku fardu ain.

?Pegawai polis itu melangkah masuk, deria baunya menangkap haruman bedak sejuk dan minyak wangi mawar yang lembut. Bau yang sangat kontras dengan bau formalin dan darah yang dihidu di bilik mayat Hospital Kuala Pilah sejam yang lalu.

?Dia memulakan pemeriksaan dari meja tulis. Sebuah lampu meja jenama National dialihkan sedikit. Di bawah timbunan buku latihan mengaji. Pandangan tajam Asp Kamal menangkap sehelai diari berkulit nipis warna merah jambu. Dia terus menyelukkan tangan ke dalam poket, mengeluarkan sepasang sarung tangan kain putih lalu membuka buku tersebut.

?Halaman demi halaman diselak. Catatan Marina kebanyakannya tentang urusan harian sehinggalah ke halaman bertarikh dua minggu lalu.

?'Dia datang lagi malam tadi. Saya takut. Dia kata, kalau saya tak terima dia, tiada sesiapa pun boleh miliki saya di kampung ini. Ya Allah, lindungilah aku dari syaitan yang bertopengkan manusia.'

Asp ?Kamal mengecilkan lagi kelopak matanya. Dia ulang-ulang baca untuk mencari petunjuk.

"Kamil, tengok ni," panggil Asp Kamal. Serta-merta
?Sarjan Kamil meroncongkan badannya untuk membaca bait-bait tulisan tangan yang kemas itu.

"Dia, Tuan? Siapa 'dia' yang dimaksudkan arwah ni? Kekasih rahsia?"
?"Atau seseorang yang obses dengannya," balas Asp Kamal pendek lalu menyimpan diari itu ke dalam beg plastik bukti.

?Kemudian beralih ke meja solek. Di atas permukaan cermin, terdapat sebuah botol bedak Cina yang terbuka sedikit dan sebekas minyak rambut. Namun, apa yang menarik perhatian Asp Kamal adalah sehelai kain sapu tangan lelaki berwarna biru tua yang terselit di celah cermin solek tersebut. Beliau mengangkat kain itu dengan penyepit besi lalu memerhati untuk melihat apa yang ada.

"Bau minyak Tancho," ujarnya seraya menayang pula ke arah Sarjan Kamil. Sarjan Kamil pula menghidu. Kembang-kempis hidungnya.

"Ya, Tuan. Tapi siapa yang pakai. Sapu tangan siapa? Orang yang dia tulis ni ke?" Sarjan Kamil menyoal. Asp Kamal merenung kembali kain itu.

"Bawa dulu untuk ujikaji. Setelah itu, baru siasat si pemiliknya," jawab Asp Kamal langsung memasukkan ia ke dalam beg plastik bahan bukti.

Asp ?Kamal berjalan pula ke tingkap bilik Marina, menolaknya agar terbuka lebih luas untuk melihat pemandangan luar. Tingkap itu menghadap tepat ke arah estet getah dan di bawahnya, terdapat kesan tapak kaki yang dalam pada tanah yang becak akibat embun malam. Kesan tapak kaki itu menuju ke arah rumpun buluh yang dinyatakan dalam diari Marina.

?Dia berpaling semula ke arah pintu bilik. Dari kejauhan koridor, dia dapat melihat susuk tubuh Pak Chot yang masih tenang menghembus asap rokok di ruang tamu, langsung tidak menunjukkan minat terhadap apa yang dicari oleh pihak polis.

?Ketidaksukaan Marina pada bapa tirinya, kehadiran misteri di rumpun buluh dan sapu tangan berminyak itu adalah kepingan teka-teki Kuala Pilah yang mula menampakkan bayangan gelap.

Beberapa minit kemudian...

?"Baiklah, Mak Som. Pak Chot. Kami balik ke balai dulu. Jika ada apa-apa maklumat tambahan, sila maklumkan pada Sarjan Kamil dengan segera," arah Asp Kamal setelah melangkah keluar dari bilik, membawa bersamanya rahsia-rahsia kecil Marina yang ditinggalkan di dalam kamar yang kini sunyi sepi.

"Aku mahu kamu pantau pergerakan Pak Chot. Sekarang ikut aku ke belakang rumah," arah Asp Kamal. Sarjan Kamil akur pada arahan yang dikeluarkan.

"Ada tali tape? Ambik dulu gambar tapak kasut ni. Aku rasa mungkin selipar. Cari tahu siapa pemiliknya," arah Asp Kamal pada Sarjan Kamil dan setelah itu dia pandang pula tingkap yang terbuka sebelum membawa pandangannya ke arah rumpun buluh.

Setelah beberapa kali membidik gambar dari pelbagai angle. Sarjan Kamil membawa keluar pula tali tape dari dalam poket seragam dan tunduk mengambil ukuran.

Asp Kamal memprofil.

"Jika tapak ni menghala ke arah estet tapi kenapa takde kesan arah muncul?" Terdetik soalan itu.

Mata helangnya pula terus mengitari permukaan tanah merah yang mula mengeras dihurung bahang tengah hari.
?Kemudian dia melutut sebelah kaki.

Seragam yang tadinya kemas kini mula lencun dengan peluh yang turun mencurah-curah dari pelipis namun tidak dihiraukannya.

?"Kamil, berhenti sekejap," arah ASP Kamal rendah, menahan tangan Sarjan Kamil yang baru sahaja hendak merentang tali pita ukur pada kesan tapak kaki kedua.

?Sarjan Kamil mendongak, menjungkit kening.

"Kenapa, Tuan?"

?"Kau tengok betul-betul kesan acuan tanah ni. Kedalaman tumit lebih dalam berbanding bahagian hujung kaki. Ini bukan kesan orang berjalan datang dari estet menuju ke tingkap. Ini impak orang yang melompat turun dari atas," ujar ASP Kamal, jarinya menuding tepat pada dua lekukan paling dalam yang selari kedudukannya.

"Dan saiznya... ini bukan tapak kaki Marina yang saiznya kecil sekitar saiz empat atau lima. Ini saiz kaki lelaki dewasa. Kasut getah cap sauh atau selipar getah tebal yang biasa orang kampung pakai masuk kebun."

?ASP Kamal berdiri semula, mendongak memandang tingkap bilik Marina yang terbuka luas di atas kepala mereka. Jarak dari lantai bilik di tingkat atas ke tanah bawah ini anggaran sekitar lapan ke sembilan kaki. Bagi seorang lelaki yang biasa memanjat pohon atau bertubuh sasa, terjun dari ketinggian ini tanpa mencederakan diri bukan satu perkara yang mustahil.

?Otak ASP Kamal mula bekerja keras, menyusun kepingan teka-teki selain memprofilkan profil psikologi.

"Jika si pelaku tidak datang dari estet, bermakna dia sudah berada di dalam rumah sebelum kejadian berlaku atau sekurang-kurangnya... melarikan diri mengikut tingkap selepas melakukan sesuatu di dalam kamar Marina."

?"Sapu tangan yang ditemui di celah cermin solek berbau minyak rambut Tancho yang pekat. Minyak jenis ini sangat popular dalam kalangan lelaki generasi lama," hipotesis dia
?berpaling ke arah sudut belakang rumah, memerhatikan kebun getah yang bermula hanya kira-kira sepuluh meter dari rumpun buluh tersebut.

?"Kamil, kalau dia keluar ikut tingkap dan lari ke dalam estet... dia tahu seluk-belok geografi kawasan ni. Dia tahu pukul berapa orang rumah akan lena dan dia tahu tingkap bilik Marina tidak berkunci rapat," bisik Kamal, lebih kepada dirinya sendiri.

"Dan yang paling penting, dia tahu Marina benci atau takutkan dia, jadi jalan paling selamat untuk keluar tanpa disedari oleh Mak Som di ruang depan adalah dengan terjun ikut sini."
?Pandangan Kamal beralih pula kepada Sarjan Kamil yang sedang tekun mencatat profil ringkas tersebut.

?"Tuan..." Sarjan Kamil bersuara perlahan, seolah-olah takut suaranya melantun naik ke tingkat atas dan didengari oleh penghuni rumah.

"Pak Chot tadi cakap... dia cuma nampak arwah masa Maghrib. Lepas tu dia kata dia tidur lelap. Badan dia sasa, Tuan. Dan dia penoreh getah... hari-hari masuk estet sebelah rumah ni."

?ASP Kamal tidak terus mengiyakan, tidak juga menepis. Sebagai pegawai penyiasat, beliau tidak boleh membiarkan prejudis awal membutakan mata daripada kebarangkalian lain.

?"Pak Chot memang ada fizikal yang sepadan untuk mengangkat dan menggantung mayat Marina di tiang landasan kereta api lama tanpa bantuan. Dia juga ada motif 'ketegangan domestik' dengan mangsa. Tapi kita jangan lupa catatan diari Marina, Kamil," tegas Kamal, matanya kembali merenung rumpun buluh yang daunnya bergeser perlahan menghasilkan bunyi desiran yang berhantu.

?"'Dia datang lagi malam tadi. Menunggu di tepi rumpun buluh bawah rumah.' Kalau 'dia' itu adalah orang dalam rumah yang sama, kenapa perlu menunggu di rumpun buluh di luar rumah pada waktu malam? Melainkan..." Asp.Kamal menggantung ayatnya.

?"Melainkan ada dua orang yang berbeza, Tuan?" pintas Sarjan Kamil, matanya membulat.

?"Atau, si pelaku sengaja mencipta sandiwara di luar untuk mengaburi mata Marina, seolah-olah dia datang dari jauh, padahal dia hanya berjalan keluar dari pintu dapur," jawab Kamal dengan nada yang dingin.

Beliau membetulkan kedudukan topi polis yang dikepit di bawah ketiak, bersiap untuk beredar.

?"Kamil, selesai ukur... kita balik ke balai. Aku nak kau hantar anggota cawangan khas atau mata-mata gelap untuk risik latar belakang Pak Chot. Cari tahu, di mana dia berada antara pukul 12:00 tengah malam hingga 2:00 pagi tadi. Dan satu lagi..."

"...cari tahu sama ada Pak Chot menggunakan minyak rambut Tancho atau tidak."
?"Faham, Tuan," balas Sarjan Kamil tegas.

?ASP Kamal melangkah semula ke arah kereta Datsun Sunny dengan seribu satu persoalan yang kian memberat di dada. Kematian Marina binti Timah bukan sekadar pembunuhan biasa di ceruk kampung Kuala Pilah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience