BAB 5
Noah membuka matanya. Suasana ini amat asing baginya. Dia tidur di atas sebuah pangkin kayu yang beralaskan daun-daun saja. Dia tak ingat apa yang terjadi semalam. Seorang gadis masuk ke khemah usang yang menempatkannya sambil membawa tempurung.
"Minum ni. Nama aku Eva. Eva Kennetch. Semalam aku jumpa kau pengsan. Aku bawa kau ke sini" ujar Eva.
Noah memandang mata Eva. Ada sesuatu yang aneh di dalam mata gadis itu. Matanya berwarna kuning.
"Kau healer?" Soal Noah.
Eva tidak menjawab malah pergi meninggalkan Noah. Noah meminum air yang diberikan oleh Eva tadi. Rasanya sangat pahit tapi dia cuba menghabiskannya juga. Dia melangkah keluar dari khemah. Sekelilingnya hanyalah pokok-pokok besar seperti di tengah hutan. Tidak jauh dari khemahnya terdapat sebatang anak sungai. Noah menghampiri sungai itu. Tekaknya terasa haus.
"Kau datang dari mana ya. Aku rasa kau bukan orang sini" ujar Eva lalu duduk di sebelah Noah.
"Aku dari Ace Kingdom" ujar Noah perlahan.
Eva hanya senyum saja lalu dia bangun semula meninggalkan Noah. Langkahnya diatur ke sebuah khemah yang agak besar.
"Nenek, dia dari Ace Kingdom" ujar Eva kepada seorang nenek tua yang sudah bongkok.
Nenek tua itu berjalan menghampiri Noah bersama Eva. Dia memegang tongkat seperti sebatang kayu buruk. Noah yang asyik menikmati pemandangan sekeliling terkejut dengan kehadiran nenek itu. Dia menjarakkan langkahnya. Anak matanya perlahan-lahan menjadi biru.
"Putera Noah" nenek tersebut berlutut di hadapan Noah. Eva turut melakukan perkara yang sama.
"Ehh, bangunlah nenek. Saya tak layak digelar putera" ada nada kesal di situ.
Nenek tersebut kembali berdiri. Dia memahami isi hati Noah.
"Putera Noah, kamu akan bebas dari sumpahan itu nanti. Tapi kamu harus masuk ke Black Forest untuk dapatkan air suci. Tapi terlalu banyak rintangan untuk kamu hadapi" ujar nenek itu.
Noah memandang wajah nenek meminta penjelasan. Bagaimana nenek boleh tahu tentang sumpahannya.
"Nenek dahulunya adalah rakyat Ace Kingdom. Tapi nenek terpaksa turun ke bumi untuk selamatkan Eva. Dia diculik oleh Witch. Eva juga merupakan satu-satunya healer di Ace Kingdom. Kami tak dapat pulang ke sana kerana Witch telah merosakkan sayap kami" ujar nenek sambil menundukkan kepalanya.
Noah terkejut mendengar cerita itu. Rupanya masih ada insan malang yang hidupnya dihancur oleh Witch durjana.
"Eva akan ikut Putera Noah ke Black Forest" ujar Eva.
Noah menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu menyusahkan Eva. Biarlah dia sendiri merungkai sumpahannya.
"Ya Putera. Bawalah Eva. Dia akan membantu kamu" ujar nenek.
Share this novel