BAB 8
"Tolonglah ayahanda. Izinkan kami berdua turun ke bumi. Sekurang-kurangnya kami boleh membantu Noah" ujar Efron.
"Ya ayahanda. Lagipun Noah lemah sangat sekarang. Kami risaukan dia" tambah Ken lagi.
King Harry mengusap wajahnya. Dia bingung. Lagipun dia taknak kehilangan kesemua anaknya.
"Baiklah, kamu boleh turun ke bumi. Tapi kamu harus berjanji bahawa kamu akan bawa pulang Noah. Sekarang Noah sudah memasuki White Land. Dia sudah hampir dengan Black Forest." Ujar King Harry.
Efron dan Ken beransur pulang ke bilik. Mereka harus membuat sedikit persiapan untuk ke bumi. Efron memeriksa pedangnya. Dia harus memastikan bahawa pedangnya cukup kuat untuk menghadapi musuh. Setelah berpuas hati, dia menyisip pedang ke pinggangnya. Dia mencapai sehelai jubah labuh bersama penutup kepala berwarna putih, lalu disarungkan ke tubuhnya.
Ken pula membawa beberapa jenis posyen yang dimasukkan ke dalam kapsul. Mungkin kapsul-kapsul itu boleh membantu mereka nanti. Dia juga mengenakan jubah seperti Efron ke tubuhnya.
Kini Efron dan Ken sudah bersedia untuk ke bumi. Sayap mereka dilebarkan lalu mereka terbang turun ke dunia yang tak pernah mereka jejaki.
*********
Ken dan Efron menysuri sungai ais di White Land. Ribut salji yang berlaku menyukarkan pergerakan mereka. Efron menggunakan pedangnya sebagai tongkat. Ken pula berpaut pada Efron.
"Kita tak boleh nak teruskan lagi perjalanan. Kita harus berlindung" ujar Efron. Matanya memandang sekeiling mencari tempat perlindungan. Dia terpandang sebuah gua.
Mereka menuju ke gua tersebut. Ken memerhati ke dalam gua. Rasanya tempat itu cukup selamat buat mereka sekarang.
"Ken tengok ni. Aku rasa ada orang tinggal di sini." Ujar Efron sambil menunjukkan tempat unggun api yang masih berbara.
Efron menghampiri unggun api tersebut lantas menguis dengan pedangnya.
"Mungkin Noah yang berlindung di sini. Jika betul kita sudah hampir dengan dia. Tapi kita tak boleh nak teruskan perjalanan lagi. Esok pagi baru kita bertolak" ujar Efron.
Ken berbaring di atas timbunan rumput. Dia meletakkan tangannya di atas dahi. Jubahnya ditarik menyelimuti tubuh. Dia tidak rasa sejuk tapi dia lebih selesa begitu.
Efron pula berdiri di hadapan pintu gua. Pedang yang tersisip di pinggang disandarkan di dinding gua. Dia amat risaukan Noah sekarang. Di antara mereka bertiga dialah yang layak digelar abang kerana dia lahir dahulu. Oleh sebab itu, sikapnya terlalu mengambil berat pada kembar-kembarnya.
Share this novel