Bab 10

Superhero Completed 5926

BAB 10

Throwback

Queen Angela mengusap perutnya perlahan. Tak lama lagi dia akan melahirkan tiga orang putera lelaki. Bahagia sekali rasanya dan dia juga tidak sabar untuk melihat wajah putera-puteranya.

"Angela, masuk ke dalam. Tak baik tubuh awak kena angin malam ni." Ujar King Harry yang sedang menelaah di meja bacaan.

Queen Angela berjalan meninggalkan balkoni lalu menghampiri suaminya. Tangannya dilingkari di leher suaminya.

"Harry, saya teringin nak makan buah blueberry dari taman larangan tu" ujar Queen Angela.

King Harry menelan liur. Hatinya mula risau apabila mendengar taman larangan.

Taman itu dilindungi oleh witch yang sangat kejam. Sesiapa saja memasuki taman itu akan disumpah menjadi haiwan. Abang kepada King Harry merupakan salah seorang mangsa sumpahan witch.

"Tapi, awak tahukan tempat itu bahaya" ujar si suami sambil mengusap tangan isterinya.

Queen Angela mencebik. Entah mengapa dia berasa sedih apabila mendengar jawapan suaminya. Dia mengusap kembali perutnya yang begitu sarat.

"Saya akan dapatkan buah itu untuk awak. Saya janji" King Harry mengusap kepala isterinya. Dia meletakkan telinganya pada perut isterinya yang sarat mengandung itu perlahan.

*************

King Harry mengatur langkah ke dalam taman larangan. Taman itu dipenuhi bunga mawar yang berwarna keemasan. Di hadapannya terdapat sebatang pokok blueberry yang rendang. King Harry tersenyum.

Dia memetik beberapa biji buah blueberry lalu dimsukkan ke dalam poket jubahnya. Tiba-tiba muncul angin yang sangat kuat hingga membuatkan King Harry terjatuh.

"Berani kau mencuri di taman aku" jerkah satu suara yang agak nyaring.

King Harry menekup telingnya. Dia sangat takut.

"Ampunkan aku witch, aku mahu memberikannya kepada isteri aku yang sedang hamil. Kasihanilah aku." Rayu King Harry bersungguh-sungguh.

Witch ketawa mengilai seperti mengejek King Harry.

"Kau boleh ambil buah itu. Tapi kau jangan salahkan aku jika anak-anak kau terkena sumpahan" witch terus menghilangkan diri.

King Harry berlari keluar dari taman larangan dan pulang ke istana.

******

"Angela, awak tak patut makan buah ini. Nyawa anak-anak kita pasti dalam bahaya" pujuk King Harry.

Tapi Queen Angela tidak menghiraukan kata-kata suaminya lalu terus memakan buah-buah blueberry tersebut.

King Harry sudah tidak sedap hati. Dia risaukan sumpahan terhadap anak-anaknya.

Tiba-tiba Queen Angela merasa sakit yang amat pada bahagian perutnya. Darah mula mengalir dari celah pehanya. King Harry segera mendapatkan isterinya lalu dibawa ke atas katil.

"Pengawal ! Tolong panggil bidan diraja sekarang" jerit King Harry.

Queen Angela meraung kesakitan. Dia mengenggam erat tangan suaminya. Sebenarnya dia menyesal tidak mendengar cakap King Harry.

Bidan diraja pun tiba. Bidan menenangkan Queen Angela lalu memegang perut Queen Angela untuk memeriksa keadaan bayi-bayi tersebut.

"Tuanku perlu kuat. Jika tidak putera-putera ini akan mati" ujar bidan.

Queen Angela sudah berpeluh-peluh. Sakitnya tidak dapat ditahan. Perlahan-lahan matanya terpejam rapat. Bidan diraja dengan pantas menekan perut Queen Angela untuk menyelamatkan bayi-bayi tersebut. King Harry masih setia di sisi isterinya.

Putera pertama berjaya dikeluarkan dengan mudah diikuti putera kedua. Putera ketiga agak sukar dikeluarkan. Bidan diraja bertungkus lumus menyelamatkan putera tersebut. Apabila putera ketiga keluar, bidan diraja menjauhkan diri dari katil. Wajahnya kelihatan takut. King Harry yang perasan akan situasi itu bergerak ke arah putera ketiganya yang diletakkan di hujung kaki isterinya.

Putera ketiganya berlainan sekali. Matanya berwarna merah terang. Kakinya pula berbulu seperti serigala. Kukunya tajam dan hitam. Telinganya juga seperti serigala. King Harry meraung kuat. Air matanya mengalir laju. Putera ketiganya dipeluk erat. Hanya tangisan si putera kini bergema di dalam pelukan ayahandanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience