Bab 2

Superhero Completed 5926

BAB 2

Ketiga-tiga putera Ace Kingdom dengan megah terbang ke pentas upacara pertabalan. Mereka mengenakan pakaian serba putih. Di pinggang mereka tersisip sebilah pedang. Rakyat jelata menyembah hormat sebaik saja ketiga-tiga putera mencecah kaki ke atas pentas.

Rupa paras ketiga-tiga putera yang tampan sering menjadi igauan gadis-gadis Ace Kingdom. King Harry menyentuh kepala putera-puteranya. Mahkota-mahkota untuk pertabalan dibawa oleh pengawal diraja naik ke atas pentas.

Efron, Ken dan Noah berlutut. Mahkota dipakaikan pada Efron dan Ken. Kini tiba giliran Noah. Tiba-tiba awan hitam menyelubungi langit. Mahkota milik Noah jatuh ke lantai.

"Kau tak layak jadi putera Noah. Kau tu mahluk yang disumpah." jerkah satu suara di sebalik awan.

Satu pancaran cahaya mengenai Noah dan dia bertukar menjadi serigala putih. Semua rakyat menjerit ketakutan melihat kejadian itu. Noah mula mengganas. Dia menerkam ke arah seorang rakyat jelata lalu merobek isi perutnya.

Efron dan Ken mendapatkan Noah dan memegangnya. Semua pengawal dikerah untuk menangkap Noah. Noah menggelupar. Matanya merenung Efron. Dengan sekali tepisan, Noah terlepas. King Harry memerangkap Noah dengan kuasa penyihirnya. Tapi tenaga Noah lagi kuat. Akhirnya Noah terlepas dan hilang di dalam hutan berhampiran.

Awan hitam mula hilang. Efron dan Ken melebarkan sayap mereka lalu terbang ke dalam hutan. Kepantasan cahaya digunakan untuk mengejar Noah.

Noah menghidu mangsanya dari jarak yang jauh. Dia lapar daging mentah. Nafsu makannya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Maklumlah, rakyat Ace Kingdom semua vegeterian. Daging pula tidak dibekalkan.

Ken dan Efron mencari-cari kelibat kembar mereka dari langit. Jika mereka tak jumpa Noah, keadaan akan menjadi parah. Mereka menemui Noah yang sedang mencari mangsanya di sebalik sebatang pokok. Dengan segera mereka terbang turun dan menangkap Noah.

Ken mengeluarkan posyen dari poket seluarnya lalu diberikan kepada Noah. Perlahan-lahan Noah berubah menjadi manusia selepas minum posyen itu.

"Kita kena bawa Noah balik ke istana" Ken dan Efron melebarkan sayap mereka lalu terbang ke arah istana bersama Noah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience