BAB 14 (ENDING)
Eva melangkah ke arah sebatang pokok besar. Rantai di lehernya ditanggalkan lalu diletakkan di atas akan pokok tersebut. Tanpa disedari air matanya mula mengalir laju.
"Ibu...ayah, Eva dah balik ke Ace Kingdom" air matanya dikesat.
Dia dah tiada sesiapa lagi di dunia itu. Kini, dia hanya menumpang berteduh di istana. Pokok besar itu menyimpan begitu banyak memori hidupnya. Eva melangkah lemah pulang ke istana. Hendak terbang, dia tiada sayap. Mujurlah dia sudah biasa bergerak menggunakan kaki. Suasana di Ace Kingdom berbeza sekali dengan bumi.
Sedang leka dia berjalan,tiba-tiba tubuhnya terangkat di udara.
"Noah" ujar Eva apabila memandang wajah putera ketiga itu.
Noah tersenyum lalu terus terbang ke arah sebuah villa di dalam kawasan istana. Setibanya di situ, Noah mendarat di balkoni.
"Awak suka tak?" Soal Noah sambil menunjuk ke arah perkarangan villa yang dipenuhi bunga lavender.
Eva tersenyum senang. Noah mencapai tangan Eva lalu meletakkan sesuatu di telapak tangannya.
"Saya ingin jadi guardian awak. Awak dah banyak bantu saya. Sekarang sudah tiba masanya saya lindungi awak pula." Noah melepaskan tangan Eva perlahan.
Eva membuka genggaman tangannya. Di dalam tangannya terdapat sebiji kapsul berwarna emas. Dia tidak tahu kegunaan kapsul itu sebenarnya. Noah mengambil kapsul itu lalu memasukkannya ke dalam mulut Eva.
"Apa ini Noah?" soal Eva apabila dia merasakan kesakitan yang amat pada bahagian belakang badannya setelah menelan kapsul itu.
Noah hanya tersenyum. Tidak lama selepas itu, sepasang sayap mula muncul dari belakang Eva. Sayap yang sangat cantik dan berwarna emas.
Eva memusingkan tubuhnya. Dia tidak percaya dia akan mendapat kembali sayapnya.
"Kapsul itu Ken yang cipta. Ia mampu menyembuhkan sayap awak yang ditanggal itu." ujar Noah perlahan.
Gadis itu tersenyum puas lantas dia memeluk erat tubuh Noah. Sebuah kucupan dihadiahkan di pipi Noah. Tindakan spontan itu membuatkan Noah kaku.
"Saya sudi awak jadi guardian saya Noah. Ya.. saya sudi" ujar Eva sebelum terbang ke udara.
Noah masih kaku. Tapi cepat saja dia mencerna ayat terakhir Eva sebelum menjerit kegembiraan. Akhirnya Noah pun mengejar Eva.
Share this novel