"Abang Riz, Raisya nak cakap ni." ujar seorang gadis kecil yang sedang duduk diriba miliknya. Riz memandang gadis itu dengan pandangan yang lemah lembut.
"Ye sayang, Raisya nak cakap apa?"
Rambut si kecil diusap lembut berserta satu senyuman manis.
" Adik nak cakap yang, kalau satu hari nanti adik dah tiada di sisi abang, abang redho tak pemergian adik?"
Riz yang sedang mengusap rambut si bongsu itu berhenti seketika. Wajah si kecil ditenung lembut dengan mata yang kuyu.
"Kenapa ni? Kenapa tiba - tiba je cakap macam tu? Is anything wrong?"
Pipi mulus si kecil diusap lembut. Satu senyuman satu diberikan.
"Raisya tak nak abang sedih, waktu Raisya dah tiada nanti. Sebab Raisya punya penyakit ni kan dah tahap 4, andai kata Raisya dah pergi, abang redho kan?"
Ingin sahaja air matanya jatuh menitis, kenapa tiba - tiba adiknya berkata sebegitu. Apa benarkah dia akan di tinggalkan.
" Hey, tak elok cakap macam tu sayang. Abang Riz tak akan biarkan Raisya tinggalkan abang Riz. "
Raisya melentokkan kepala kecilnya ke dada bidang Riz. Secara tiba - tiba, baju kemeja milik jejaka itu terasa basah.
Kepala si gadis kecil diangkat lembut." Why are you crying?"
Air mata dikesat lembut. Dahi si gadis kecil di cium lembut.
" Jangan tinggalkan Abang Riz, walaupun ribut datang melanda. Abang Riz janji, janji yang abang akan bersama dengan adik kesayangan abang ni. One day, one day if something happen, trust me, I will there for you."
Raisya menyembam wajahnya ke dalam dakapan Riz, badannya yang kecil itu di peluk erat.
" R-Raisya sayang abang Riz tau! "
Dahi si kecil dikucup kembali.
" Ye, abang Riz pun sayang kan Raisya.. "
'Raisya...'
Mata terus dibuka, posisi dibetulkan. Pipi disentuh dengan hujung jari, air jernih yang datang dari mata. Air yang jatuh secara tidak sengaja.
" Raisya... "
Wajah si kecil masih didalam bayangan. Ia seakan-akan berada di hadapannya sekarang.
Pipi si kecil dipegang lembut, rambutnya yang agak kusut itu dibetulkan.
"A-apa adik abang ni, hiks, k-kenapa comot sangat ni?"
Dedaun pintu ditolak lembut dari luar, kelihatan dua jejaka yang segak memakai kurta putih berserta songkok hitam dikepala.
Sejurus itu bayangan si kecil hilang dari pandangan.
"R-Raisya?!"
Keadaan sekeliling di lihat mencari kelibat si kecil.
"Riz, kau okay tak ni?"
Riz memandang ke arah jejaka itu lalu menggelengkan kepalanya.
"R-Raisya, mana dia? T-tadi dia ada dekat dalam bilik ni? Dia dah keluar ke?"
Jejaka itu memandang dengan pelik. Sekeliling wad diteliti.
"R-Raisya? Kita kan baru nak kebumikan dia. Kau okay tak ni?"
"Iman, betul aku nampak Raisya tadi. Dia menangis. Kesian dia, aku rindu dia. Sumpah."
Iman memandang jejaka itu dengan sayu. Bahu dipaut.
"Riz, lepas kan lah dia, jika itu ajalnya, maka kita sebagai seorang hamba juga, harus lepas kan pemergian dia."
Riz memandang Iman dengan mata yang kuyu. "A-Aiman kau nampak kan dia?! Kau n-nampak Raisya dekat sini tadi."
Iman memandang Aiman dengan pandangan yang lemah. Tak mampu untuk melihat keadaan kawannya yang tidak stabil ini.
"Riz percaya cakap aku. Raisya kita nak kebumikan sekejap je lagi. Macam mana dia nak tenang, kalau kau tak mampu lepas kan dia?"
Riz memandang ke hadapan. Wajah kedua kawannya itu ditenung.
"Aku nak doktor L-Lisa?" berat mulutnya untuk berbicara.
Aiman memandang Iman dengan senyuman tipis. "Aku pergi panggil dia, untuk kau."
Langkah terus diaturkan, dedaun pintu ditolak. Kaunter utama hospital dituju.
* * *
"Fa, Ica tanah perkuburan tu dekat mana?" soal seorang gadis sambil mencari aplikasi maps ditelefon miliknya.
Ica memandang gadis itu lalu memandang telefonnya. "Tak silap aku, dekat dengan kampung dia. Ha, Kampung Raisya."
"Kampung Aur? Tak silap aku tu dekat Terengganu kan?" soal Nurfa dengan wajah yang agak ragu - ragu.
Ica memandang Nurfa lalu mengganggu kan kepalanya. "Haah tu kampung halaman Raisya."
Nurfa memandang gadis tadi dengan pelik. "Asal Lis?" soalnya tanpa ragu - ragu.
"Huh?"
"Kenapa kau tanya ?" soal Nurfa kembali. Lisa memandang kedua kawannya itu dengan kerutan.
"Ouh tak adalah, aku ingat dia nak kebumikan dekat - dekat je."
"Ouh, faham."
Ica memandang Lisa yang berbaju kurung berwarna baby blue berserta tudung berwarna grey blue di tenung. Satu senyuman terukir.
"Lawa kau pakai baju kurung."
Lisa memandang Ica dengan senyuman. "Kau pun lawa, Fa pun lawa. Faham?"
Sebaris gigi putih miliknya ditayangkan. "Eee suka lah tu, Lis puji kan?"
"Of course!"
Lisa hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat telatah dua kawannya ini.
"Doktor Lis?" soal seorang jejaka dengan lembut. Kini, mata mereka terarah kepada jejaka itu terutamanya Nurfa.
"Kau lelaki rak?"
Aiman memandang Nurfa dengan pelik. "Kau budak roti? Eh kau buat apa eh kat sini? Tak ada kerja eh?!"
Nurfa yang panas telinga mendengar kata-kata Aiman itu ingin sahaja bergaduh tetapi dihalang Isya.
"Kenapa Aiman?" soal Lisa lembut. Aiman memandang kembali Lisa.
"R-Riz, dia panggil doktor.."
Lisa memandang Aiman dengan senyuman. "Awak pergi dulu, nanti saya menyusul."
Aiman melangkah pergi dengan senyuman. Jelingan dihadiahkan kepada Nurfa.
"Eh biadap betul, tak guna punya manusia. Dia pikir dia siapa nak jeling aku?!"
Isya memandang Nurfa dengan senyuman dan gelengan. "Ha gaduh, nanti kalau dah jodoh baru tahu!"
Kepala Isya diketuk kuat. "Tak hingin aku dengan dia. Not my taste!"
"Not my taste, konon. Sekali betul - betul, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah!"
Nurfa memuncungkan mulut nya ke hadapan. "Ha muncung itik." bibirnya ditarik ke depan.
"Sakit bongok!"
Lisa yang dari tadi memandang mereka berdua bergaduh menggelengkan kepalanya.
"Aku nak pergi wad Riz, kau nak ikut?" soalnya lembut.
"Nak!!" langkah terus laju diaturkan. Lisa yang terkejut akan Nurfa tergelak kecil.
"That's your friend."
"No, our friend."
Langkah terus diaturkan kearah wad Riz.
* * *
Dedaun pintu ditolak. Wajah Aiman disebalik dedaun pintu itu muncul.
"Mana dia?" soal Riz dengan lembut. Aiman mengukirkan satu senyuman.
"Tak ada?" soal Riz dengan gelojoh. Aiman mendekati katil itu lalu tersenyum.
"Ada, dia tengah settle something lepastu baru datang."
Iman yang ada disebelah di pandnag dengan senyuman.
"Risau sangat kau tak jumpa dia. Eh ni, baju kurta kau kita orang bawa dari rumah."
Beg kertas dihulurkan ke tangan Riz. Aiman memandang Iman lalu tersenyum.
"Pandai bhai kau pilih warna baju."
Iman memandang Aiman dengan senyuman nakal. "Of course aku kan!"
Dedaun pintu wad ditolak, figura seorang gadis melangkah masuk ke dalam wad itu bersama wajah yang dihiasi senyuman.
" Riz, awak panggil saya tadi?" soal gadis itu dengan lembut. Isya dan Nurfa yang baru sahaja tiba mula melangkah ke dalam wad tersebut.
Riz memandang gadis itu. Satu senyuman terukir. "A-aku nak Tanya kau."
Gadis itu mengorak langkah ke arah katil milik Riz dengan senyuman.
"Tanya apa?"
Wajah Riz ditenung lembut. Iman memandang Isya yang berada di belakang.
"Eh budak parking?"
Isya memandang Iman dengan jelingan. "Lah, kau budak curi parking?"
Tersentak Iman mendengar gelaran itu. "Bagi la gelaran elok sikit, ni gelaran curi parking?"
Isya menjulingkan matanya ke atas. Malas mahu melayan jejaka itu.
Riz memandang Lisa dengan senyuman. "Kau ikut pengebumian Raisya?" soal Riz tanpa ragu - ragu.
Lisa mengukirkan satu senyuman. " Ikut, kenapa?"
"Ouh, tak ada apa-apa." satu senyuman terukir. Wajah Lisa ditenung lembut.
Aiman yang memandang Nurfa dalam senyap tersenyum. Sisi lain gadis itu menarik minatnya.
"Kalau tak ada apa-apa, saya nak awak pergi siap. Kita dah nak gerak, nanti lambat pula."
Lisa melangkah ke katil Riz lalu mengeluarkan sesuatu. Mata mereka bertaut seketika.
Songkok yang ada di tangan dipakaikan dikepala Riz. Satu senyuman terukir.
"See, dah handsome." pergelangan Riz yang kosong itu ditenung.
"Mana rantai saya?" soal Lisa pelik. Riz yang sedar akan benda yang sama memandang pergelangannya diikutu yang lain.
"A-aku..mmmm, tak sengaja hilang kan."
Lisa memandang Riz dengan senyuman tipis. "Tak apa lah, saya boleh buat yang baru. Jangan lupa siap!"
Langkah terus diaturkan keluar, dedaun pintu ditolak. Langkah Lisa dibontoti oleh Nurfa dan Isya.
"Bye budak roti!"
"Ha bye!"
Nurfa berhenti seketika. Dia terkejut kerana dia membalas kepada jejaka itu.
Isya yang ada disebelah tersenyum nakal. "Awak kenapa muka merah - merah?"
"Ei tak baik bodoh!!"
Langkah terus dilajukan. Wajahnya yang agak kemerahan itu disembunyikan.
Riz meminta pertolongan Aiman dan Iman untuk bangun dari katil dan menuju ke tandas.
Beg kertas dicapai. Dedaun pintu ditutup dan dikunci.
"Iman, aku harap, Riz kekal happy macam ni."
Iman memandang Aiman dengan senyuman.
"Selagi adanya Lisa Mikayla, dia akan happy."
.
.
.
To be continued
Share this novel