TBR ||BAB 1 :

Romance Series 2618

Keadaan yang huru hara itu menyukarkan lagi pandangannya untuk melihat.

"Move, move and move!!" setiap orang yang lalu disebelahnya atau yang menghalang laluannya ditolak ketepi untuk melihat pandangan yang riuh itu.

"I said mov-"

Bang!!

Anak matanya sedikit bergegar apabila bunyi tembakan itu dilepaskan. Kini, dia duduk di dalam keadaan yang agak ketakutan.

"B-bunyi tembakan t-tu, s-someone h-help m-me!"

Kaki ditarik untuk dipeluk. Keadaan tersebut membuatkan dia takut untuk meneruskan.

Tanpa di dalam keadaan sedar, tangannya ditarik oleh seseorang lalu dipeluk ke dalam dada bidang milik seseorang.

"Shh, kau selamat. Kenapa kau lari pergi sini?! Bukan aku dah pindah kan semua orang pergi tempat yang selamat?! Aryan, come here and bring this girl to the safe place!"

Orang suruhannya dipanggil dengan wajah yang agak serious. Sekelip mata sahaja gadis itu berpindah ke dalam tangan yang lain.

" Sir, macam mana kalau perempuan ni tahu rahsia kita? "

Persoalan itu membuat dirinya diam seketika. Ada betulnya juga, jika gadis ini adalah wartawan, habis rancangan dia selama ini.

"Suntik dia dengan ubat tidur, lepastu letak kan dia dekat depan pintu hospital. Tinggalkan dia dekat situ, jangan sampai kantoi."

Langkah terus diaturkan pergi dengan wajah yang tiada senyuman.

Krak!

Bunyi sesuatu yang patah dipijak itu dilihat olehnya. Satu tag nama yang cantik ditilik.

'LM'

Nama yang ada disitu dibaca, satu senyuman sinis terukir.

" Maybe, tag ni dari si kecil tadi. Dalam keadaan takut dia terlepas. Who's know?" soalnya sendiri lalu menyambung perjalanannya yang tertunggak itu.

Tag nama itu disimpan kemas didalam jacket kulitnya.

"I will give it to her, when I see her again."

Jelas sahaja ayat itu meluncur keluar. Pintu kereta dibuka dan kini bayangnya mula hilang sikit demi sedikit.

                               ***

" Lis, lis buka mata. Lis, dengar tak apa yang aku cakap ni. Lis, open your eyes."

Sayup-sayup sahaja suara itu menyinggah ke dalam telinga miliknya.

Mata dibuka dengan perlahan, pandangan semakin jelas. Keadaan sekeliling dilihat dengan lemah.

"Lis, kau dah bangun!! Ica, panggil doktor!"

Isya memandang gadis itu lalu tersenyum. Kaki mula melangkah dengan laju ke arah kaunter pertanyaan.

Bukk!

Punggungnya terhentak ke atas lantai bersama - sama buku yang bersepah. Punggungnya di gosok perlahan. Wajah jejaka itu ditenung tajam.

" Lain kali pandang lah depan, bukannya jalan pandang phone!"

Jejaka itu memandang Isya lalu tersenyum sayu.

"M-maafkan saya, s-saya tak ada niat pun nak langgar awak. Saya tergesa-gesa sebab kecemasan tadi."

Isya memandang jejaka itu lalu memandang tag nama yang terpasang di baju.

"Aiddan Iman?"

Jejaka itu memandang seraya namanya disebut.

"Ye, Aiddan Iman nama saya."

Satu senyuman manis diukirkan oleh si jejaka.

Isya memandang Iman lalu tersenyum sinis.

" Lain kali, pandang depan. Even kau ada emergency pun. Buatnya kau terlanggar orang yang kurang upaya ke apa, susah nanti. Faham?"

Iman memandang gadis itu lalu tersenyum.

"F-faham, cik?"

Ayatnya mula tergantung untuk mengetahui nama si gadis.

Isya memandang jejaka itu lalu mengeluh.

"Isya Danisya."

"Ahh, cik Isya. Maafkan saya." langkah mula diaturkan dan kini tinggal lah Isya sendirian.

"Aiddan Iman, nice name. Eh ya Allah, aku lupa nak panggil doktor!"

Langkah diaturkan dengan laju. Doktor yang ada di depan mata ditarik terus memasuki bilik wad tersebut.

"Doktor, cepat check dia!" arah Isya tanpa segan silu. Nurfa yang ada disebelah memandang pelik.

"Isya, doktor ni kau ambil dekat mana?" soal Nurfa pelik. Setahunya, doktor yang merawat Lisa adalah lain. Tapi yang dibawa Isya lain.

"Aku pakai tarik je doktor yang lalu depan aku. Kau kata nak cepat?"

Polos sahaja wajah gadis itu menyampaikan maklumat.

Dahi ditepuk tanda mengeluh. Wajah Isya ditenung.

"Doktor yang rawat Lis, doktor Kamal. Bukan doktor cina."

Isya memandang wajah doktor tersebut lalu tersenyum serba salah.

"M-maafkan saya, doktor. Saya lupa yang doktor Kamal merawat kawan saya, bukannya doktor cina. Maafkan saya."

Lisa dan Nurfa hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat telatah kawannya itu.

Satu senyuman tawar dilemparkan. Doktor cina itu memandang tanpa sebarang reaksi.

" You lain kali kena peka dengan keadaan sekitar you. You kena kenal dengan doktor yang merawat kawan you ni. Jangan sebarangan tarik. Nasib sahaja jarum injection yang saya masukkan ke dalam pesakit saya tidak patah. Kalau tidak habis yo-"

"Dah la doktor, patients you tu dah tunggu manyak lama. Apa kata you pergi. I takut I jadi pekak saja."

Badan doktor tersebut dipusingkan lalu ditolak keluar. Peluh yang menitis di dahi diseka dengan sepantas kilat.

Kini, pandangan tajam dilemparkan ke arah Isya. Lengan Isya dicuit olehnya.

" Lain kali you kena peka dengan keadaan sekitar you. You main tarik saja. hahahhahah" terletus ketawa mereka berdua apabila teringat akan kata-kata doktor cina itu.

Mata kini melirik ke arah Lis yang sedang lemah terbaring.

Langkah diaturkan terus, kerusi ditarik. Wajah Lis ditenung dengan begitu mendalam.

"Apa yang jadi dekat kau sebernanya? Kenapa boleh jadi macam ni? Siapa punca kau jadi macam ni? Kau pergi mana yang Sampai boleh jadi macam ni? Ada apa-apa yang orang tu buat dekat kau ke?"

Bertubi-tubi gadis itu melemparkan soalan. Mata hanya mampu terkebil-kebil melihat ke arah Nurfa yang menanyakan soalan seperti peluru berpandu.

Isya memandang gadis itu lalu mengeluh." Kau pun agak - agak lah nak bertanya pun! Member tengah sakit kut!"

Bebel Isya pula. Lisa yang ada di tengah mula menayangkan muka yang agak sukar untuk ditafsir.

"Wey, ya Allah masing - masing kalah budak - budak!"  kini, Lisa pula yang mula membebel.

Nurfa memandang sekilas lalu tersenyum.

"Okay, aku nak cari makanan. Kejap lagi aku balik sini balik. Adios!"

Sekejap sahaja bayangan gadis itu lesap.

Isya memandang Lisa, dan gadis itu juga membuat perkara yang sama.

"Kawan kau ke?" soal Isya keliru.

"Kawan kau la tu, setahu aku, syaitan dia tak keluar lagi."

Selamba sahaja kata - kata itu meluncur keluar. Ruangan wad itu sahaja telah dipenuhi dengan gelak tawa mereka.

"Shhh, hormat pesakit lain. Terima kasih"

Terhenti gelak mereka apabila seorang jururawat wanita memasuki wad tersebut lalu memberi satu amaran.

                          ***

Setiap roti dipandang tajam. Pemikirannya sekarang sedang keliru ingin memilih roti yang mana.

Sedang dia memilih, dia berundur ke belakang, dan belakang sehingga dirinya terlanggar sesuatu yang sasa.

"Aduh, apa yang tegap sangat ni?!" jerit gadis itu dengan geram. Badan dipusingkan menghadap 'barang' yang dikatakan tegap itu.

Mata miliknya terus melirik ke atas, dan berhenti di sekitar anak mata seorang jejaka.

'His eyes is so beautiful!' monolog dirinya sendiri.

Belum sempat ingin berbuat apa - apa, dahinya di jentik oleh si jejaka.

"Lain kali, nak undur pandang belakang. Bukannya main undur macam orang bodoh."

Terkebil - kebil mata Nurfa apabila dijentik selepas itu di berinya ayat sentap sebegitu.

"Amboi cik abang, sedap mulut hampa ja kata begitu. Kau tu, duduk belakang aku buat apa?!"

Tinggi  di sama kan, mata jejaka itu menikam tajam.

"Aku nak ambil roti la. Kau duduk dekat bahagian roti tu macam bahagian tu kau punya seorang. Orang lain pun nak ambil juga. Diri sendiri salah, nak cari salah orang lain."

Berdas-das ayat sentap diberikan. Nurfa memegang hatinya lalu memandang jejaka itu.

" Sumpah sentap, kau lah. Dah la duduk belakang aku. Layan kau ni, buat aku rasa nak naik gila. Baik aku pergi sebelum aku jadi gila sama macam kau!"

Roti diletakkan di atas tangan sasa jejaka itu lalu mengorak langkah pergi dengan selamba.

Roti itu dipandang, gadis itu pun dipandang.

" Gila punya perempuan! "

Roti diletakkan di tempat asal, lalu bayangannya mulai hilang di sebalik sekumpulan orang ramai.

.
.
.
.
To be continued

               

Weirdo? It's thought that real

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience