Riz meraba-raba sekeliling, mata masih terasa berat untuk dibuka. Dia cuba juga. Terik. Riz memejamkan kembali matanya, menarik nafas sedalamnya.
Mata dibuka perlahan, dia memerhati keadaan sekeliling - sunyi. Perlahan badan diangkat. Kening berkerut, dia pernah melihat keadaan ini, tempat yang dia ada kini.
Saling tak tumpah...
"Hospital?" bisik hatinya.
Dia tahu ini hospital yang sama dengan hospital tempat adiknya pernah berada.
"Apa dah jadi nih?" dada mula berombak, Riz mencuri nafas kerna dadanya terasa berat tidak semena-mena.
Dia bingkas bangun dari katil, cuba berdiri.
BAP!
Riz terjatuh, kakinya terasa tidak kuat untuk berbuat demikian.
"NURSE!!!!!!" jeritnya sekuat hati
"NURSE.....-"
"Eh, Encik Riz, kenapa ni? En Riz nak pergi mana?" kelam kabut jururawat tadi.
"Adik aku mana? Adik aku?" kata Riz
"Emm...adik encik Riz?" jururawat tadi cuba membantu Riz bangun
"Adik aku, aku tau dia ada dalam hospital ni" dia memicit-micit kepalanya, cuba ingat nombor wad adiknya.
"Boleh saya tahu nombor wad? Saya bawa Encik Riz ke sana," jururawat itu membantu Riz duduk di atas kerusi roda dengan niat membantu Riz mencari adiknya.
Perasaan Riz mula bercampur-aduk, rasa tak kena, berdebar ada peluh dingin didahinya.
"Ini wadnya Encik Riz," belum sempat jururawat tadi menghabiskan ayat. Riz bingkas bangun.
Entah dari mana dia dapat kekuatan untuk berdiri dan menolak daun pintu wad adiknya.
KOSONG.
Tiada sesiapa di dalamnya. Katil terlampau rapi untuk dikatakan bilik itu berpenghuni.
Dia memandang sekilas jururawat tadi.
"Mana adik aku?!" herdiknya
"Maaf Encik Riz, pesakit wad ni......."
Riz meluru masuk. Pintu bilik air ditolak kasar. Tetap kosong.
"Mana adik aku!!!" Riz naik angin.
Katil ditolak, almari kecil di sisi katil ditendangnya.
Seraya itu, Riz jatuh tersembam ke lantai.
"Maaf Encik Riz, kalau pesakit dekat bilik ni, dah meninggal dunia," jururawat tadi memegang bahu Riz
"Kau tipu! Kau tipu!" air mata deras mengalir. Dia menumbuk-numbuk lantai.
Mana mungkin adiknya telah dijemput Tuhan.
"Keluar!!!!!" Riz tidak dapat menahan hati. Dia tak berdaya. Dia cuba bangun, namun dia tidak mampu.
Teresak-esak dia menangis seperti anak kecil. Kenapa Tuhan menduga dia begini. Benarkah adiknya sudah tiada?
Perlahan dia berpaut pada almari kecil tadi, menggagahkan diri untuk bagun. Bibir terasa sejuk, tangannya menggigil dalam tangisan yang masih berbaki.
Tiba-tiba dunia jadi kelam. Matanya sempat menangkap satu figura manusia yang berlari mendapatkan dirinya.
"Encik Riz.. Encik Riz bangun!!" suara itu, suara jururawat tadi. Dia cuba untuk bangkit tapi gagal, sehinggalah suara itu semakin lama semakin lenyap.
***
" Kak Nol, tolong masukkan ubat ni, saya nak masukkan ke dalam pesakit."
Sayup - sayup sahaja suara seorang gadis menerpa ke dalam telinganya. Mata cuba untuk dibuka tetapi gagal dan menyebabkan ia tertutup kembali.
Kulitnya terasa agak pedih apabila dicucuk jarum yang tajam. Tapi ditahan.
Kedengaran dua tapak kaki mula melangkah dengan terburu - buru ke dalam wad itu. Dedaun pintu wad ditolak.
"Doktor, macam mana keadaan Riz?!" soal salah seorang jejaka dengan menerjah dari belakang.
"Dia okey je, cuma perlukan rehat yang banyak. Dan jangan sesekali ingat kan dia tentang 'si kecil', faham?"
"Aiman, kau tu, dengar tak?" soal seorang jejaka dengan pandangan menikam.
"Ye Iman, aku faham.."
Matanya cuba untuk dibuka. 3 figura manusia menangkap pandangannya.
"Umphh.."
"Eh Riz dah bangun!" Aiman mula menerjah ke arah Riz yang baru sahaja sedar. Jelas bibir kering jejaka itu.
Iman yang sedar akan itu memandang keadaan Riz dengan sayu.
'Macam mana nak tenang kan dia? Macam mana nak buat dia lupa tentang si kecil?'
Pelbagai persoalan yang ada di dalam fikiran dia.
"Encik Riz dah okay? Tadi waktu Encik Riz belum sedar, saya masukkan ubat supaya keadaan Encik Riz stabil." lembut sahaja doktor itu berkata.
Riz memandang tajam setiap orang yang ada di dalam wad itu. Fikirannya sekarang dipenuhi dengan Raisya.
Dimana Raisya?
Mana adik dia?
Riz bingkas bangun dari duduknya, wayar yang ada ditangan dicabut.
BAP!!
Kakinya terlalu lemah untuk berdiri. Iman dan Aiman mula berlari mendapat kan jejaka itu.
"Riz kau nak pergi mana?!" soal Iman dengan geram. Riz memandang Iman lalu menjeling.
"Aku nak pergi dekat Raisya!" tangan Iman ditepis.
"Kau kena rehat, nanti lah kita tengok Raisya!"
Riz merenung tajam doktor perempuan itu. "Mana adik aku?! Adik aku!!"
Doktor yang didalam ketakutan itu cuba untuk mendapat kan bantuan.
"Kau kena rehat lah, jangan degil sangat!" kini giliran Aiman pula ingin mengamuk.
Riz menggenggam tangannya, lantai ditumbuk kuat. Amarah yang ada tidak mampu untuk dipendam lagi.
" AKU CUMA NAK ADIK AKU!" pasu yang ada di baling. Tepat ke arah dinding.
Seorang doktor perempuan mula datang melihat apa yang jadi. Riz memandang tepat ke arah doktor itu.
"Kenapa ni Doktor Ana?" soal gadis itu dengan lembut. "I can't handle this patient. He is so aggressive, Doktor Lis."
Lisa memandang jejaka itu dengan pelik. "Eh, Riz? Kenapa dia dimasukkan ke dalam hospital?"
Soal gadis itu dengan lembut. Riz merenung gadis itu dengan lemah, wajah gadis itu mengingatkannya kepada adik kecilnya itu.
"Aku nak Raisya!!" jeritannya mula memenuhi ruangan wad itu. Iman memandang Aiman lalu mengeluh. Ingin sahaja dia menjerit dan mengatakan bahawa adiknya sudah tiada.
"Ana, awak pergi amik ubat. Saya akan merawat pesakit ni."
"Baik." langkah terus diaturkan keluar, daun pintu wad ditolak lembut.
Lisa memandang Riz dengan pelik. "Kenapa awak baling pasu hospital. Kalau ada sesiapa yang terkena, kan dah cedera nanti."
Serpihan kaca itu di kutip dengan berhati - hati.
"Aku nak adik aku, tu pun tak faham ke?! Aku nak Raisya !!!!"
"Kau nak sangat tahu kan, adik kau dah takde!! Allah lagi sayang kan dia!! Kau yang nak tahu sangat kan?!"
Dada Aiman kini naik dan turun. Sedetik niat pun dia tak nak bagitau, tapi dia kesian tengok Riz yang mencari adiknya.
Iman memandang Aiman dengan pandangan yang tidak percaya. Lisa memandang Riz dengan sayu. Dia pun terasa sedih sebab Raisya lah teman dia di hospital.
"Tak, tak kau tipu. Adik aku ada lagi adik aku ada!!"
Iman berdiri disebelah Riz, wajah Riz ditenung. "Riz, dengar ni. Aku tahu susah, tapi Allah lagi sayang kan dia. Kita kena terima dengan redho."
Riz memandang mereka tajam. "Tak, kau tipu, kau saja je kan. Raisya hidup lagi. Aku dengan dia dah janji nak makan ice-cream sama - sama. Mana mungkin dia pergi?!"
Lisa mendekati katil itu dengan perlahan.
"Riz, dengar baik - baik. Raisya dah tak ada, Raisya dah tinggalkan kita. Kalau awak sedih saya apatah lagi. Saya tak ada waktu dia pergi."
Riz merenung wajah Lisa dengan jelingan.
"Semua penipu aku nak adik aku!!"
Aiman memandang Riz dengan geram. "Kau nak tengok adik kau, ada dekat bilik mayat. Kau boleh tengok!! Kita orang dah cuba sedaya upaya!"
Riz memandang Aiman dengan geram. "Tak Raisya dah janji dengan aku. Dia je nyawa aku yang tinggal. Kenapa semua nak tinggalkan aku?!"
Kini air mata nya jatuh, menangis bagaikan anak kecil. Melepaskan adiknya adalah sukar.
Doktor Ana datang membawa sebakul kecil ubat yang ada. Lisa memandang Ana dengan senyuman manis.
" Terima kasih. "
Jarum diisi kan ubat. Wajah Riz ditenung sayu.
Iman dan Aiman memandang wajah Riz yang sudah menggigil,bibirnya kebiruan kering.
"A-aku nak adik aku. Tu pun kau tak nak bagi ke? Sampai sanggup kata adik aku dah pergi?"
Air mata semakin deras. Dia tidak mampu untuk bangun dari kedudukan.
Iman dan Aiman hanya memandang sayu.
"Tak ada sedetik niat pun nak tipu kau, tapi kalau Allah lebih sayang kan dia, kita tak mampu buat apa - apa."
Wajah Iman ditenung. "Bawa lah aku jumpa adik aku.. Tolonglah. Aku merayu, aku sanggup melutut."
Tangisannya semakin kuat, rindunya kepada si kecil tidak dapat dibendung.
"Dia terlalu kecil untuk di jemput Ilahi, masih panjang lagi memori aku dengan dia. Jangan lah tipu aku, aku nak dia. Aku nak Raisya!!"
Aiman mendekati jejaka itu dengan senyuman sayu.
"Tapi Allah lebih sayangkan dia, lebih dari kita semua. Percaya lah, Raisya akan selalu rindu kau. Okay?"
Riz memandang wajah Lisa dengan tangisan, bibirnya semakin membiru.
"Kalau Raisya tinggalkan aku, kau pun akan tinggalkan aku?"
Kini perhatian dialihkan kepada Lisa. Keadaan Riz itu tak mampu ditolak. Satu senyuman diukirkan.
"Tak akan. Saya janji, saya akan selalu ada dengan awak."
Riz memandang semua yang ada. Nafasnya semakin sukar untuk bernafas.
"Janji?"
Lisa memandang dengan senyuman sayu. "Ye janji, sekarang saya nak awak naik katil ni, rehat. Jangan memaksa diri kalau diri tak kuat."
Iman dan Aiman membantu Riz untuk bangun. Wajah Raisya masih dibayangkan . Cara si kecil itu tersenyum. Tapi sekarang ia hanyalah satu memori.
Ubat tidur diberikan kepada Riz, wajah Lisa ditenung sebelum matanya semakin kabur dan mula hanyut.
" Saya nak pesan, jangan buat dia stress ke apa dalam beberapa hari. Esok kita akan settle kan pengebumian Raisya. Faham?"
Iman memandang Aiman lu tersenyum.
"Faham."
"Terima kasih Lisa."
"Sama - sama." langkah terus diaturkan keluar, dedaun pintu ditolak lembut.
Doktor Ana yang menunggu di luar juga tersenyum.
"That's why all of we say that you are the best doktor ever."
"Tak payah nak mengada. Jom, saya lapar."
Langkah mereka berdua diaturkan. Tidak disangka lelaki yang sedingin dia, mampu menangis sebegitu.
.
.
.
To be continued
Hee we are
Share this novel