TBR || BAB 2:

Romance Series 2618

Hentakan meja pool itu membuatkan semua orang terkejut. Kini, mata mereka mula terarah kepada tiga orang jejaka yang muncul disebalik asap putih.

"Kau,datang kacau tempat aku. Salah siapa? Salah kau kan. Kau tunjuk samseng kau dekat anak - anak buah aku. Kau tak tahu ke yang kau akan menempah maut kalau kau usik seorang dari anak - anak buah aku. Tahu ke tak?!"

Jerkahan dari jejaka itu membuatkan para pelanggan sedikit terhinjut. Mereka kini berada di dalam keadaan yang agak ketakutan.

" Amar, kau kena tahu. Tak kira lah anak buah Riz ke, anak buah Aiman ke or anak buah aku sekali pun. Sekali kau cuba untuk sentuh, mati kau babe!"

Kayu baseboll diangkat dan diletakkan diatas bahu kanannya. Kening kiri diangkat dengan wajah yang agak sinis.

Aiman melangkah setapak demi setapak ke arah jejaka itu lalu menghentakkan kayu tersebut di tengah - tengah kangkangan Amar.

Amar yang sedikit terkejut itu merenung tajam.

"Kau, tak sedar yang kau cuba untuk sentuh naga, Mar. Kau ni tak takut mati ke? Kalau aku kan, aku lagi sayang nyawa bhai dari merusuhkan tempat orang. Kau tak rasa macam tu ke Mar?"

Amar memandang kearah tiga jejaka itu lalu tersenyum sinis.

"A-aku t-tak t-takut n-nak h-hadap korang s-semua lah! Kalau setakat k-korang, celah g-gigi a-aku la-"

Bush!

Hinggapan kayu baseball itu tepat mengena ke arah pipi si jejaka.

Tangannya terus menyinggah ke pipi yang baru sahaja dipukul dengan kayu baseball.

" Kau bodoh ke apa?! Sakit lah setan! " Amar hanya mampu menjerit sebegitu. Ingin melawan? Bakal kembali ke rahmatullah lah dia.

Iman duduk mencangkung di hadapan jejaka itu lalu tersenyum sinis.

Tangannya yang berurat menyentuh pipi jejaka itu dengan senyuman yang agak menyeramkan.

" Alololo, sakit ke Amar sayang? Sian dia eh. Tapi ni baru kena dengan Aiman je. Bukan gabung dengan aku. Lagi - lagi Riz."

Jari ditunjukkan ke arah tempat Riz berdiri tadi. Mata milik mereka mula meliar mencari kelibat Riz sehingga mata Aiman tertangkap ke arah satu kelibat yang sedang bermain pool.

" Riz, kau buat apa?! " sergah Aiman dari jauh. Tapi tidak diendahkan oleh jejaka itu.

"Tengku Aisy Rizqy!" panggilan kali kedua dibuat. Tapi sayang, juga tidak diendahkan.

"Riz, pandang sini!! Macam mana kau boleh main-main sedang kan orang lain serious?! Aisy Rizqy!!" tengkingan Iman itu akhirnya berjaya mencuri perhatian Riz.

Pandangan dilemparkan terus ke arah mereka. Di tangan masih memegang kayu snooker dengan wajah yang tidak bersalah.

" What?! "

" Kita tengah serious kau main-main Riz?! Kau kenapa?! Tadi dalam kereta, kau paling tak rilek. Sampai sini, kau sempat main pool?!"

Riz memandang Iman dan Aiman silih berganti.

"Aku main salah, aku serious salah. Kau nak aku jadi apa?" marah Riz pula.

"Kau tunjuk lah effort kau nak marah! Tu pun nak kena ajar ke?!" bebel Iman tanda geram.

Dari hospital tadi, Riz la orang yang paling tak relax. Sampai sini, dia bawa main pula.

"Kau nak aku serious? Let me show you." mendatar sahaja jejaka itu berbicara.

Kayu snooker itu dipegang erat. Langkah mula dibuka untuk berlari.

Meja pool itu dipijak, kayu snooker itu dilayangkan tepat ke arah wajah Amar.

Amar? Pengsan, baru sahaja pengsan setelah dipukul Riz.

Mereka yang lain memandang Riz dengan agak terkejut. Aiman melangkah ke arah Riz lalu menepuk bahu jejaka itu.

"Kau"

"Baru"

" Pukul"

"Dia macam tu je?!"

Ayat disambung oleh Iman tanpa disuruh. Riz memandang mereka berdua dengan keliru.

"Tadi suruh aku serious?" soalnya kembali. Kaki mula melangkah dengan selamba meninggalkan mereka berdua.

Iman dan Aiman memandang antara satu sama lain dengan keliru.

" He did it."

"Again"

Langkah mereka juga turut diaturkan mengikut jejak Riz. Amar yang kesakitan dibiarkan.

                                ***

Pintu wad ditolak kasar dari luar. Hentakan kaki membuat dua orang gadis mulai fokus ke arah wajah gadis itu.

"Fa, kau kenapa? Periods?" soal Lisa dengan polos. Isya memandang wajah Nurfa lalu tersenyum.

"Ni mesti waktu kau turun beli makanan dekat bawah. Ada benda jadi, betul tak? Kalau tak, kau tadi happy tahu? Tiba-tiba tukar moody."

Jelas Isya dan itu membuatkan Lisa memandang pelik.

"Siapa buat kau ni, mind to share babe?" soal Lisa. Kerusi yang ada di tarik. Kini, dia pandangannya mengahadap ke arah Lisa dan Isya.

"Aku geram betul dengan mamat tadi. Dia sesuka hati mak bapak dia je nak sentuh dahi aku yang lawa ni. Dia fikir apa, mentang - mentang dia tinggi. Dia boleh buat macam tu kat aku?!"

Lisa memandang Isya tanpa kerlipan.

"I think kau kena cool down dulu ni." tegur Isya tapi dibalas dengan pandangan dan jelingan tajam gadis itu.

"Aku belum habis. Dia ingat dia handsome sangat ke?! Muka pun macam pekerja jual air tepi jalan. Eh, pakcik tu pun lagi handsome la dari dia! Aku sanggup ambil pakcik tu jadi crush aku!"

Hembusan nafas mula tak terkawal. Turun naik bagaikan naga.

Senyuman mulai terbit di bibir kedua gadis ini.

" Kau yakin nak ambil pakcik  tepi jalan tu sebagai crush kau? " soal Isya. Inilah masa nya untuk membalas dendam.

" Lagi sanggup aku! " lancar sahaja mulut gadis itu berjaya mengucapkan  tanpa dia sedar.

Isya dan  Lisa mula memandang antara satu sama lain. Terletus gelak tawa mereka apabila Nurfa berkata sebegitu.

Nurfa yang agak pelik dengan situasi itu mula memandang pelik.

" Korang kenapa?! " soalnya hairan.

Isya menepuk bahu gadis itu lalu tersenyum.

"Kau kena tanya pakcik jual air tepi jalan. hahahahhaha "

Isya dan Lisa mula menyambung gelak tawa mereka yang masih tersisa.

Bantal yang ada disebelah dicapai lalu dibalingkan ke arah mereka berdua.

"Sakit lah!"

"Wey, kepala aku!"

Satu senyuman kemenangan diukirkan oleh Nurfa ke arah mereka .

Isya mencapai bantal yang dibaling tadi dan mula membalingnya semula ke arah gadis itu.

"Sakit lah!"

Senyuman mengejek diukirkan oleh Isya. Lisa yang berada di tengah - tengah menjadi seperti tidak keruan.

Belum sempat mengelak peperangan bantal itu, mukanya kini terlekap dua bantal dari dua sisi.

"Kau ingat aku ni apa?! Jaring badminton ke?! Agak - agak lah nak gaduh. Jangan sampai kena aku lah!" bebel Lisa dengan geram.

Isya dan Nurfa kini saling berpandangan. Mata mereka mula terkebil- kebil mendengar bebelan yang dikeluarkan.

"Sorry babe."

"Sorry dear."

Selafaz sahaja ucapan maaf itu keluar. Lisa merenung kedua gadis itu dengan tajam.

"Lepasni nak gaduh, pergi jauh-jauh!" tangan disilangkan, kening diangkat sebelah.

"Aight captain!"

Balasan serentak oleh dua gadis itu membuat Lisa tersenyum.

"Good."

Kepala mereka digosok lembut oleh Lisa. Satu senyuman manis dihadiahkan.

Terletus ketawa mereka bertiga didalam wad itu. Sehingga seorang jururawat mula memasuki bilik wad tersebut.

"Shhh, hormat pesakit lain!"

Arahan itu membuatkan mereka terkedu sebentar.

"Shhh, hormat pesakit lain! Dia ingat kita ni apa, budak kecik ke?! Cacat?! Yang nak kena duduk diam?!"

Dengar kata-kata dari si gadis membuatkan gelak mereka yang tersisa itu terletus  kembali.

"Shhh, nanti dia datang balik." jelas Lisa dengan suara yang sedikit perlahan.

.
.
.

To be continued

Come here and read!! I love you!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience