Baju dibetulkan, tali leher diikat kemas. Kot hitam itu di ambil dan diletakkan di tangan sasanya.
Jam rolex dipakai dengan segera. Ya dia sudah terlambat untuk pergi ke hospital. Langkah laju sahaja diaturkan.
Aiman memandang jejaka itu dengan senyuman. "Tu lah kau, aku suruh tidur awal semalam. Kau kata apa, aku tak kisah. Aku boleh bangun awal. Tengok sekarang, kau yang lambat kan kita." dengan wajah yang tidak bersalah dia berkata.
Iman yang baru keluar dari bahagian dapur hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat telatah dua orang kawannya itu.
" Dah la, macam budak - budak. Sekarang ni, dua - dua buat kita lambat. Jom sekarang! "
Langkah Iman terus dibontoti oleh Riz dan Aiman. Itu pun sambil bertolak antara satu sama lain.
"Ish, sanalah jalan aku!"
"Kau yang masuk jalan aku!"
"Kau lah!"
"Kau lah bongok!"
"Kau la gila!"
"Siapa lahir dulu aku ke kau?!"
"Kenapa jadi isu pula siapa lahir dulu?!"
"Kau kena lah dengar cakap aku!"
"Aku lah!"
"Aku la bodoh!"
"Ni jalan aku punya!"
"Aku!!"
Iman memusingkan tubuhnya dengan jelingan.
"Stop it, macam budak - budak. Sekarang kau buat barisan macam budak darjah satu tu."
Riz dan Aiman mula berbaris seperti yang di arahkan.
"Jalan,kau keluar dari barisan. Aku bantai sorang - sorang dengan tali pinggang aku sendiri. Kau nak aku boleh je bagi!"
Wajah Iman ditenung sedalam yang mungkin.
"Garangnya, takut babe." bebel Riz lalu memandang Aiman yang ada di hadapannya.
"Ye babe, garang."
Langkah diaturkan dengan teratur. Iman yang ada di hadapan hanya mampu tersenyum kecil melihat dua orang kawannya itu.
Sekejap baik, sekejap gaduh. Dia sendiri pun boleh pening melayan.
***
"Isya, cepat sikit siap tu!" jeritan dari bahagian bawah membuatkan Isya terburu- buru.
"Ye sikit lagi, kejap aku nak betulkan awning aku!" awning tudung itu sudah berapa kali dilipat. Tapi sayangnya, tidak menjadi dan dibiarkan sahaja.
Langkah terus diaturkan dengan segera.
Bag yang ada di tangan dibetulkan. Wajah diukirkan dengan senyuman yang manis.
" I'm done! " jerit Isya tapi dibalas dengan pandangan tajam oleh Nurfa.
"Sekarang ni, kita dah lambat nak pergi hospital tahu tak?! Kau ni kenapa! Tu lah kau, tengok kdrama sampai pukul berapa pagi. Sekarang bangun lambat."
Isya memandang Nurfa yang membebel bagaikan orang gila.
"Sekarang ni, kau yang lambat kan kita. Dah jom!"
Laju langkah diaturkan. Kunci kereta diambil dan bayangan kereta mulai hilang dibalik asap.
****
Mata tajam menikam melihat kereta yang mengambil parking miliknya. Dia yang nampak dahulu, kereta lain yang masuk.
" Oi, tak ada adab ke. Parking tu aku kut yang nampak dulu!" tengking Isya dengan wajah yang agak kemerahan menahan marah.
Pintu kereta dibuka, renungan tajam diberikan.
"Kitaorang yang nampak dulu, dari jauh lagi!"
Isya merenung tajam, jejaka tinggi itu dipandang.
"Aku yang nampak dulu, kau tak puas hati kau cakap. Kita settle tepi!"
Seorang lagi jejaka keluar dari kereta. Isya mengalihkan pandangannya kearah jejaka itu.
"Aiddan Iman?!"
"Eh Isya Danisya!"
Isya memandang Iman dengan tajam.
"Kau lah, ambil parking aku?! Suka hati mak pak hang je nak ambil parking aku!"
Bebel Isya dengan geram. Iman yang ada di hadapan ditenung bagaikan anak tikus.
Nurfa keluar dari kereta dan memandang jejaka tadi.
"Kau?!"
"Lah kau budak roti?!"
Nurfa memandang Aiman dengan geram.
"Budak roti?! Suka hati kau je kan! Kau tu, lelaki rak!"
Bebel Nurfa pula. Kali ini Isya dan Iman pula yang terdiam.
Pandangan tajam diberikan oleh satu sama lain.
"Muka aku yang handsome ni kau kata lelaki rak?!"
"Habis kau, aku yang lawa dan comel ni kau panggil budak roti?!"
Aiman memandang tajam.
"Aku tahu lah kau jatuh hati kat aku kan waktu aku panggil kau budak roti!"
Nurfa menayangkan wajah menyampah.
"Sorry sikit eh, aku lagi rela ambil pakcik jual buah tu dari ambil kau."
Nurfa mula melangkah pergi dengan ditenung Aiman.
"Oi budak roti!" Aiman menjerit dan itu menarik perhatian Iman dan Isya yang sedang bergaduh.
Nurfa memalingkan wajahnya. Pandangan tajam diberikan.
"Apa ?!"
Aiman memandang dengan senyuman.
"Here, your bracelet jatuh! Ke kau nak aku simpan." gelang tangan yang berhuruf N itu di pegang kemas.
Nurfa memandang pergelangan tangannya. Ya, gelang tangan itu miliknya.
"Bagi sini balik lah!"
Aiman mengangkat tangannya tinggi.
"No, nanti kita jumpa lagi. Aku bagi. Bye budak roti!" langkah terus diaturkan ke dalam kereta.
Isya memandang Iman lalu menjeling.
" Dah la kau. Tak gentle. Blah ah!"
Bahu Iman ditolak kasar. Langkah terus diaturkan. Tangan Nurfa ditarik.
"Wey, gelang aku!!" jerit Nurfa. Aiman hanya tersenyum disebalik cermin.
Nurfa hanya mampu melangkah dengan muka yang agak cemberut. Kereta dipandu untuk mencari parking yang lain.
Riz memandang Iman dan Aiman dengan tajam.
"Like childish."
Iman dan Aiman memandnag Riz dengan muka tidak puas hati.
"Nasib kau tak kena sound sekali, kalau tak sia - sia tiga - tiga kena sound. Mulut dia macam laser." bebel Iman.
Riz hanya mampu menggelengkan kepalanya lalu melangkah keluar kereta dan diikuti yang lain.
***
"Kenapa lama sangat? Awak tahu kan awak kena duduk bersama dengan pesakit?" soal jururawat yang bertugas itu.
Riz memandang dinding kaca itu dengan sayu. "I am sorry miss, my fault. Lepas ni tak akan terjadi lagi."
Jururawat itu hanya memandang lalu menggelengkan kepalanya.
Aiman dan Iman memandang jejaka itu dengan sayu. Ya, jejaka itu telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan gadis kecil itu. Gadis yang mempunyai penyakit jantung berlubang.
Riz memandang gadis kecil itu dengan mata yang kemerahan menahan tangisan.
"Raisya, abang Riz minta maaf. Abang Riz tak mampu nak selamat kan Raisya. Abang Riz tak ada dengan Raisya waktu Raisya operation. Raisya kena kuat. Abang Riz ada dengan Raisya. Jangan tinggalkan abang Riz. Abang merayu."
Setitis air mata jatuh melintas pipi. Iman dan Aiman tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Bagi Riz, Raisya adalah dunia dia setelah mama dan papa nya meninggal dunia.
" Riz, kita pergi dulu. Cuci muka kau. "
Riz memandang Iman lalu menunduk." Aku tak kuat, macam dulu. Aku sanggup gantikan diri aku dengan Raisya."
Satu sahaja ayat itu dikeluarkan. Jururawat yang ada disitu disuruh pergi.
Langkah diaturkan memasuki bilik wad itu. Lemah tulang lututnya ingin menjejakkan kaki disana.
Wajah suci gadis itu dilihat. Ubun rambut si kecil dicium lembut.
" Raisya kuatkan. Kita lawan sama-sama." gadis kecil itu dipandang sayu.
Iman dan Aiman tidak mampu membuat apa-apa. Mereka melangkah keluar dan memberikan ruang untuk Riz.
.
.
.
To be continued
Here we are!!
Share this novel