"Met"
Met memang Noash..
dia jadi Oash
diorang dekat beranda besar istana
"Oash.. awak kenapa jadi Oash ni?"
"aku ada sesuatu untuk kau.. boleh kau terima?"
"semua pasal Oash dan Yang Mulia, saya akan terima"
"nah, buka"
Met buka kotak kecil tu..
'BBOOM'
meletup di udara..
macam mercun
'VIMETTA,WILL YOU MARRY ME?'
Met menekup mulutnya..
sangat terkejut..
dia terduduk menangis..
"akak, akak.. tak suka ke?.. kenapa menangis?"
pantas Met kesat airmata..
"Yang Mulia, Raja Kecilku.. patik sungguh berbesar hati untuk terima"
"akak setuju?"
"ya"
Oash tayangkan senyuman manis dia..
lalu menjadi tubuh asal..
dia melutut sebelah kaki sambil menyuakan cincin
dengan perlahan dia ambil tangan Met dan menyarungkan cincin..
muat..
cincin tu muat dengan jari manis Met..
Noash berdiri mengelap sisa airmata Met
"terima kasih terima lamaran aku"
"terima kasih juga untuk lamar saya"
Noash menarik Met ke dalam dakapan
dia gembira sangat ynag Met terima dia.. dia sangka, Met tak kan terima..
Met juga gembira dengan lamaran Raja Kecil ni..
Raja Kecil tu bukannya bermaksud Noash kecil..
tapi sebab Oash tu kecil.. hehe
Met sebenarnya dah lama ada hati dengan Noash..
sejak Noash selamatkan dia masa dekat Istana Suram..
ada perkara jadi masa tu..
sebelum selamatkan parents Met..
Met tiba-tiba bertukar jadi naga..
sebab tu baju dia koyak-rabak tu..
Noash yang tak buang masa.. dia pergi selamatkan parents Met..
kawasan bawah tanah Istana Suram tu runtuh..
boleh dikatakan kalau parents Met ni punca kukuhnya Istana Suram..
mungkin ada yang ambil kesempatan pada parents Met..
masa runtuhan tu.. Met yang dah jadi manusia terpisah dengan yang lain..
Noash yang boleh hidu aura Met,cari Met di kawasan yang nak runtuh
memang runtuh dah pun..
punca Met muncul sisik pula..
itu memang akan terjadi.. tapi dicepatkan sebab aura naga yang kuat daripada Noash dan bonda dia sendiri.. Puteri Vylett..
dan sebab dia dah jadi naga
Istana Suram tetap berdiri gah di kawasannya..
ruangan bawah tanah tak mempengaruhi keseluruhan istana..
parents Met ada di sana atas kemahuan mereka sendiri..
sebab kalau diorang takde dekat sana,Met mungkin tak kan hidup lama..
kelahiran Met adalah sesuatu yang baru..
jadi dia punya sumpahan..
parents dia mesti mengurungkan diri di ruang bawah tanah Istana Suram untuk mengelak sumpahan tu membunuh Met..
dan pada akhirnya,Met tak bergantung pada sumpahan lagi
~~~~~
tak sangka masa berlalu dengan pantas..
banyak yang dah terjadi..
kehidupan dia lepas jumpa Noashad memang berubah..
dia mengenang perkara lalu di beranda..
angin malam ni nyaman..
dia membelai-belai perut dia..
tersenyum..
ya..
dia bahagia bersama Noashad yang dah jadi suami dia..
rakyat jelata terima dia dengan baik..
itu pun sebab dia bangsa naga juga..
dan seorang puteri..
Puteri Vylett tu aunty kepada Noash..
so, Met kahwin dengan sepupu dia lah
ayah Met kembali berkerja sebagai Jeneral..
walau pun dah lama ayah Met hilang..
kerajaan masih tak pilih Jeneral baru..
mengenai mendiang Raja..
masa tu perang bersama pemberontak..
lebih kepada nak rampas takhta..
mendiang Raja mendapat bantuan daripada bangsa manusia..
perang tu selesai, tapi mendiang Raja terkorban akibat racun kuat yang ada pada pedang pihak lawan..
"sayang.. kenapa ada dekat luar ni?.. nanti sayang masuk angin"
"saya nak ambil angin malam.."
"baby macam mana?"
"baby ok je.. bila dah nak dekat hari dia keluar ni, dia banyak bergerak.. lagi-lagi kalau awak dekat ni.. cuba rasa"
Noash menekap tangan dia pada perut Met..
memang banyak gerak..
baby tu menendang..
"hey baby.. janganlah tendang kuat ya.. nanti bonda kamu ni sakit.. ok"
lucu je Met tengok Noash bercakap dengan dalam perut ni..
dah lapan bulan lebih dah Met mengandungi..
untuk kandungan pertama ni, dia mengandungi macam manusia..
kandungan kedua, maybe macam dia..
yang berada dalam telur..
hehe
"kerja awak dah siapa?"
"dah.. ni yang cepat-cepat jumpa sayang"
"esok awak keluar istana kan?"
"hrmm.. tapi saya akan balik esok juga.. tapi mungkin petang atau malam"
"takpe.. saya akan tunggu awak.. asalkan awak selamat kembali"
"ya.. awak pun hati-hati..jaga diri dan jaga baby.."
"ermm.. saya harap, kalau saya bersalin nanti..awak akan ada dengan saya"
"ya.. saya akan ada.. untuk semangatkan awak"
"anak pertama ni lelaki..so, dia akan jadi Putera Mahkota ke?"
"ya.. dia yang akan jaga negara ni selepas saya.. saya harap dia akan jadi Raja yang baik"
"kalau contohnya dia nak hidup jadi rakyat biasa..macam mana?"
"kita kena pilih putera lain yang boleh jaga negara ni"
"boleh ke jadi Raja kalau bukan Putera Mahkota?"
"boleh.. cuma dia kena ada beberapa ujian untuk melayakkan dia jadi Raja"
"ohh.."
"jadi,, awak kenalah lahirkan putera yang banyak"
"ish awak ni.. ni dalam perut ni pun belum lahir tau"
"ya.. tunggulah lepas awak bersalin nanti"
"ish ish.. gatal awak ni kan"
"dengan sayang je"
Noash mencuit hidung Met..
"dah jom masuk..dah lama dah awak dekat luar ni.."
"yelah.."
Raja Kecilku dah tamat.. maaf sebab kebanyakan bab pendek.. terima kasih pada yang sokong saya.. kalau cerita ni tak memuaskan.. maafkan saya.. ini sebab saya kekurangan idea.. di cerita lainnya.. saya akan buat lebih baik
Share this novel