"Noashad.. lama tak jumpa"
siapa pulak ni..
muka dia handsome jugalah..
kenal dengan Noashad..
beraninya panggil nama Yang Mulia..
"Noahaer.. buat apa dekat sini?"
"saja.. nak jumpa abang aku ni.. tak kan tak boleh"
sinis senyuman..
rupanya dia adik Oash..
patut ada iras-iras muka Oash..
"apa muslihat kau kali ni?..jangan buat masalah dekat sini"
"apa kata kau berubah jadi diri kau yang sebenar dulu.. aku tak naklah orang dekat sini fikir aku nak buli budak lima tahun macam ni..kan Vimetta Huzz"
tsk..
orang bangsawan memang hebat..
jadi penyiasat..
tak pun,ada penyiasat yang handal..
aku tak pernah kenal pun..
bila dengar perkataan 'Huzz' ni..
buat aku rimas..
tak suka dengar..
kalau Huzzden takpe, sebab tu nama bapa aku..
"tak payah banyak cakap..kau nak apa daripada aku?..apa lagi yang kau nak lepas naik takhta"
"aku nak kau mati"
woii..
teruknya perangai..
abang sendiri pun dia buat macam ni..
takde akhlak..
takde hati perut..
ada hempedu je..
cis..
"terukkan perangai kau.. lepas dapat apa yang kau nak.. kau nak bunuh aku pulak.."
"semestinya.. sebab kau akan ambil balik apa yang aku ambil"
"itu kau kena terima.. sebab kau yang rampas hak aku, mestilah aku ambil semula"
"maaf.. apa yang berlaku ya?. encik ni ada urusan apa dengan adik ni?"
Caren muncul lagi.. sebagai penyelamat keadaan..
Tuanku Noahaer tu masuk restoran secara tiba-tiba
"tsk.. kau tak payah masuk campur.. yang penting sekarang,aku nak budak ni"
"maaf.. apa adik ni buat masalah dengan encik?"
"kan aku dah kata, tak payah kmasuk campur.."
ni macam part aunty tadi..
dia tarik Oash..
dan aku peluk lagi Oash..
buat macam Tuanku Noahaer ni yang jahat.
hehe
"encik.. tolong jangan berkeras untuk ambil adik ni.. encik ada kaitan dengan dia ke?"
"ya.. dia abang aku"
'hahaha'
orang ramai yang tengok tergelak..
sebab bagi diorang, mana mungkin budak 5 tahun boleh jadi abang kepada lelaki 20-an
"gelaklah.. gelak.. korang tak tahu lagi siapa sebenarnya aku dan budak ni.. Noash, baik kau bertukar sekarang.. sebelum perempuan tu jadi mangsa"
dia maksudkan aku..
oh my..
"tak payah ugut-ugut.. aku tak takut.. lagi pun, takde siapa kenal kita dekat sini.. dan mustahil nak tolong kau"
"itu bagi kau..aku ada banyak tentera untuk bunuh kau!"
orang ramai bergosip..
Tuanku Noahaer memang nak dangat orang kenal dia..
Yang Mulia dah berusaha keras nak sembunyikan identiti..
huh..
"Noashad.. baik kau ikut aku pergi dari sini, sebelum aku runtuhkan bangunan ni"
"encik.. sila keluar ya.. dekat sini tempat makan dan minum.. bukan tempat bergaduh"
"sebelum aku hempas muka kau tu, baik kau diam perempuan"
panas baran..
Caren pergi dekat salah satu pekerja..
dari gaya pekerja tu..
rasanya Caren suruh keluarkan pelanggan..
rugi Caren hari ni..
selepas pekerja dan pelanggan lain keluar..
Noashad berubah pada diri yang asal
"Noah.. baik kau pergi jelah balik.aku tak nak berdebat dengan kau dekat sini"
"macam tu je ke aku nak balik. tak kan.. sebelum aku belum bunuh kau, selagi tu aku akan ada dekat sini"
"kau"
pedang membelah jantung..
pedang tembus hingga ke belakang..
darah banyak keluar dari mulut..
pedang ditarik perlahan..
supaya kesakitan terasa amat sakit..
"Noah.. kau"
"jangan risau.. ni adalah pedang suci.. kau akan mati segera.. dan dilahirkan semula.. haha.. dan tak kan ganggu fikiran aku lagi.. selamat tinggal untuk selamanya"
menghilang seperti angin..
aku berlutut di depan Yang Mulia..
Caren juga mula mendekati Yang Mulia..
tanpa sedar air mata mengalir..
tak tahu apa yang disedihkan...
adakah sebab Yang Mulia terluka?
atau tak kan dapat jumpa Oash lagi?
'hukk.. hukk'
"Yang Mulia.. a-apa yang kami boleh tolong ubatkan luka Yang Mulia ni?"
"t-takpe.. pedang t-tadi adalah pedang yang mampu m-membunuh naga dengan h-hanya dengan goresan kecil.. sekarang l-luka aku ni besar, dah tak boleh diubat.."
tersedu-sedan aku
"Vimetta..t-tak payah menangis untuk aku"
aku lap airmata dengan cepat..
"Met.. kau.. k-kenapa mata kau tu?"
"k-kenapa dengan mata saya?..ada yang pelik ke?"
"Met.. mata kau berubah warna tadi.."
"tak kanlah"
"Met.. s-simpan ni.. aku h-harap.. benda ni b-bantu kau jumpa identiti k-kau.. dan, bapa kau se-sebenarnya masih hidup.. cuma, dia hilang dekat dunia n-naga"
dia mengecil..
jadi Oash..
dia dah menutp mata.
nafas masih ada..
maknanya dia masih hidup
"apa yang terjadi pada Yang Mulia?"
tanya Ossa yang tiba-tiba muncul
"Tuanku Noahaer mencederakan Yang Mulia"
"sebaiknya kita semua pergi ke dunia naga"
"boleh ke manusia pergi sana?"
"boleh.. dengan adanya patik.."
"ok"
.....
"bonda, sila periksa Yang Mulia.."
"baiklah"
bonda Ossa tu ambil beberapa minit untuk memeriksa Oash..
hah..
risaunya
"boleh saya tahu siapa yang menangis pada Yang Mulia tadi.."
"saya.."
dia tunduk seakan hormat pada kerabat raja
"kenapa tunduk macam tu?.. saya bukan kerabat diraja"
"Puteri Caren pasti tahu identiti kamu.. boleh saya minta barang Yang Mulia beri"
aku memberikan barang tu..
barang tu adalah sapu tangan..
nampak macam diperbuat dari benang emas..
uh uh.
"Puteri Caren.. saya mohon tuan puteri beritahu identiti Cik Vimetta sementara saya mengesahkan sesuatu"
"baiklah"
Caren ambil nafas dan hembus..
macam mana dia tahu identiti aku.. sedangkan aku sendiri tak tahu..
"Met.. sebenarnya,kau juga anak kerabat diraja.. bukan kerabat diraja manusia tapi kerabat diraja naga.. kau ada darah puteri naga dan Jeneral Huzzden.."
maknanya betul apa yang Oash kata..
biar betul..
"aku tahu semua ni daripada ayahanda aku.. ayahanda aku memang nak aku rapat dengan kau, supaya kau tak ditipu atau dihasut orang luar yang tak tahu apa-apa pasal kau"
Caren buat sebab ayahanda dia
tapi takpe, sebab dia seorang anak yang taat..
"menurut apa yang saya dapat.. Puteri Vimetta ialah anakanda kepada Puteri Vylett.. selamat bertemu tuan puteri"
Ossa menghilang lalau kembali dengan bingkai besar gambar
seorang lelaki yang mukannya tertutup topi..
seorang perempuan yang tersenyum manis sambil memegang sebiji telur berwarna ungu yang bersisik..
"bonda..ini Jeneral Huzzden,Puteri Vylett.. dan dalam telur ni, Puteri Vimetta kan.."
"ya.. lihat wajah Puteri Vimetta..agak seiras dengan Puteri Vylett"
aku dalam telur tu..
wah..
hebat..
"perkahwinan Puteri Vylett dan Jeneral Huzzden diadakan di dunia Naga.. keluarga Huzz tidak ingin menerima bangsa naga, sebab tu mereka tak nak tahu siapa isteri Jeneral Huzzden.. Jeneral Huzzden kembali ke dunia manusia dengan membawa Puteri Vimetta yang sudah keluar dari telur.. keluarga Huzz sangka kalau Jeneral Huzzden mempunyai dua isteri.. kerana itu mereka tidak menerima Puteri Vimetta dengan baik.."
"macam mana bonda tahu?"
"airmata Puteri Vimetta ada di tangan Yang Mulia.. bonda melihat masa lalu antara Puteri Vylett, Jeneral Huzzden dan Puteri Vimetta"
bonda Ossa tersenyum sayu..
"kerana tangisan Puteri Vimetta terkena Yang Mulia..Yang Mulia terselamat dari takdir pedang suci yang mampu membunuh sekelip mata"
"macam mana boleh jadi macam tu?"
"hasil gabungan darah manusia dan naga.. airmata Puteri Vimetta boleh menyembuhkan luka atau penyakit..sama ada lambat atau cepat.. disebabkan pedang suci adalah musuh terbesar naga dan luka yang besar serta dalam membuatkan Yang Mulia memerlukan masa untuk sembuh.. Yang Mulia tidak akan mangkat"
.....
"bonda.. ada cara ke nak tahu keberadaan jeneral dengan puteri?"
"bonda akan cuba Ossa.. dengan adanya Puteri Vimetta, bonda pasti akan jumpa petunjuk"
"baiklah..Ossa tunggu berita baik"
Share this novel