7

Fantasy Completed 1223

"Met.. kita dah sampai rumah ni.. bagi tahulah aku sebabnya.. cepat"

"tak nak.. aku nak mandi dulu.. Oash pun nak mandi.. kau duduklah dulu.."

"alah.. asal tak bagi tahu je"

"tak boleh.. sabarlah.."

"pinjam baju kau"

"lah.. nak buat apa?"

"aku pun nak mandi juga.. kau fikir aku ni tak belengas ke?"

"ooh.. yelah, nanti aku sediakan.. kau duduk dulu ye tuan puteri ku sayang"

"ihh kau ni..gedik"

"gedik macam ni pun.. kau kawan juga dengan aku"

"hrmm.. yelah"

"Oash.. pergilah mandi"

"ok kak"
.....

"Met.. aku.. hah!.. Yang Mulia"

cepat je Caren tunduk hormat..
aku pula berpaling ke kiri ke kanan..
ada kerabat Raja ke dekat sini..
setahu aku, kitorang bertiga je dalam rumah ni..

"Caren.. kau kenapa ni?"

"Met. apesal kau tak hormat Yang Mulia..kau nak mati ke?"

"Yang Mulia?.. ada Raja ke dekat sini?"

"Met..kau tak tahu ke?"

"apa?"

"Caren, stop.. Met tahu apa-apa pasal identiti aku.. macam mana kau tahu aku Yang Mulia?"

"patik pernah melihat Yang Mulia di Istana Dunia"

"macam mana kau boleh ada dekat Istana Dunia?"

"p-patik.. patik.."

aikk..
gagap pulak..
aku masih bingung dengan situation ni..

"patik anakanda kepada Putera Caroll.. Cucunda kepada Raja Taylor.."

what's?!
cucunda Raja Taylor..
mampus aku..
aku tak tahu aku berkawan dengan seorang puteri..
aku cuma rakyat rendahan dapat berkawan dengan seorang puteri..
dan Oash..
dia mesti seorang yang berpangkat tinggi sampai seorang puteri hormat pada dia..

aku yang berdiri dari tadi..
hampir jatuh..
tapi aku bertahan..
aku terlalu terkejut dengan kebenaran yang macam ni..

"hrmm.. aku faham dah.. aku tak sangka jumpa kau dekat sini..aku tak pernah bagi detail diri aku dekat Met... sebab tu dia tak faham apa yang kau buat tadi"

"Yang Mulia kenapa berada di kalangan manusia?"

"ada dengar cerita pasal bangsa naga?"

"tiada"

"adik aku ambil takhta"

nampak tergamam muka Caren.
takhta apa ni?

"w-w-wait.. boleh terangkan apa yang jadi?..saya masih tak faham"

"Met.. aku sebenarnya.. bekas Raja Naga.. Raja keseluruhan naga"

ni aku dah tak boleh tahan..
aku rebah..

.....

duduk mengejut..
huh..
tarik nafas..
hembus..
tarik..
hembus..

mengingat apa yang jadi..
pegang keuda belah pipi..

aku mimpi je kan tadi..
tadi tak betul pun kan..

"Met.. akhinya kau bangun"

"a-apa jadi?"

"kau pengsan lepas kau tahu siapa Raja Naga"

Raja Naga!

aku tak bermimpi ke tadi?
maknanya, Caren memang tuan puteri..

"kau termenung apa?"

"boleh tak kalau aku tak formal dengan kau?"

"tsk.. bolehlah.. kau ni.. kau kan kawan aku.. satu-satunya orang yang sanggup kawan dengan aku.."

"tapi.. kenapa tak bagi tahu aku awal-awal pasal identiti kau?"

"aku tak nak kau menjauh. mana tahu kau tak nak kawan dengan aku sebab aku seorang puteri.. dan takut kalau ada apa-apa masalah.. kau akan dipersalahkan.. jadi, elak semua tu.. aku tak bagi tahulah"

aku peluk dia

"Met"

"terima kasih.. terima kasih berkawan dengan rakyat rendahan ni"

"hey.. jangan cakap macam tu.. aku tak pernah anggap kau rakyat rendahan.. yang aku anggap, kau ialah kawan sejati aku.. walaupun aku tak selalu jaga perasaan kau"

"terima kasih"

"kasih diterima"

"Oash mana?"

"err.. mana aku tahu.. sejak Oash mandi, aku tak nampak dia.."

"Raja Naga tak bagi tau?"

"pasal apa?"

"pasal dia sebenarnya Oash"

"what?.. biar betul tho?"

"betullah.."

"patutlah kau tak tahu apa-apa pasal Yang Mulia.. Yang Mulia sorokkan identiti"

"kenapa kau panggil dia Yang Mulia?.. dan kenapa bukan Tuanku?"

"adat bangsa naga.. putera mahkota yang jadi Raja memang kena panggil Yang Mulia.. kalau bukan putera mahkota jadi Raja, kena panggil Tuanku Raja atau Tuanku.. tapi Yang Mulia boleh kena panggil Tuanku"

"oohh.. maknanya, selama ni yang Oash cedera sebab berperanglah kan"

"cedera?.. Yang Mulia pernah cedera ke?"

"ya.. masa aku jumpa Oash, dia pengsan dengan luka besar dekat dada dia.."

"ada pergi hospital?"

"nope.. cause dia kata, bangsa naga akan cepat sembuh terhadap luka.. dan tiga hari selepas aku jumpa dia, luka dia dah takde.. tapi ada parut.."

"nasib baik.. dari awal ke kau tau Yang Mulia bukan manusia?"

"ha'ah.. keesokan hari yang aku jumpa dia, dia bagi tahu aku.tapi masa tu aku tak tahu yang dia dah dewasa.."

"sejak bila tahu Oash dah dewasa?"

"malam kelmarin kelmarin.. malam kau mabuk hari tu"

"oh.. baru lagi.."

"Yang Mulia dekat mana?"

"tadi Oash..sekarang Yang Mulia"

"tetap orang yang sama kan"

"hrmm.. Yang Mulia ada dekat ruang tamu.. dengan Ossa.. katanya cari strategi untuk dapatkan balik takhta"

"tapi.. mesti berperangkan.. tak takut mati ke?"

"bangsa naga ada kekuatan tersendiri dan ada penyembuhan..ada potion tersendiri"

"oh.. tahu benar kau pasal bangsa naga kan"

"aku perlu belajar juga walau aku tak nak.."

"tapikan.. keluarga kau tak marah atau halang kau kawan dengan aku ke?"

"taklah.. lagi diorang suka"

"aikk.. kenapa?"

"nanti kau akan tahu juga.. ada sesuatu yang aku tak boleh bagi tahu.. kena tunggu masa tu sampai.. dan perkara tu sangat penting bagi diri kau"

"pasal apa?"

"diri kau.. alah, nanti kau tahu juga.."

"hrmm.. yelah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience