"kak.."
"ya.."
"umur akak berapa?"
"22..adik?"
"5."
"ermm.. patut cute sangat.."
aku cubit manja pipi dia..
kalaulah anak aku macam ni..
memang aku sentiasa dalam keadaan geram..
"adik sesat ke semalam?"
dia mengeleng laju..
jangan terputus pulak kepala tu..
gurau ya..
"sebenarnya saya tinggal dekat rumah anak yatim.. saya lari dari rumah tu, tiba-tiba ada benda tajam kena dekat dada saya ni."
ha'ah lah..
lupa nak bagi tau yang dia ada cedera dekat dada..
tadi aku hati-hati sabunkan badan dia..
"sebab tu ke adik pengsan semalam?"
"ha'ah.. nasib baik akak jumpa saya.. kalau tak, mungkin saya tak hidup dah.."
"jangan risau.. akak tolong adik.. tapi kenapa adik lari dari rumah tu?"
"banyak nak gaduh saya.. lepas tu penjaga dekat sana jahat.."
"adik nak tinggal dengan akak?"
"ermm.. kalau akak tak kisah?"
"akak ok je.. tapi, akak kena kerja.. jadi, adik kena ikut akak pergi kerja.. boleh?"
"ok.. asalkan takde yang nak gaduh.."
"jangan risau,kawan dengan bos akak baik.. takdenya nak gaduh adik yang comel ni.."
alahai..
comelnya dia senyum..
nasib baik aku dah besar..
kalau kecil lagi macam budak ni..
aku rasa aku dah jatuh cinta..
hahaha..
"dah tengah hari ni.. so,jom makan tengah hari.. ok.."
"ok kak.."
rasa seronok pulak ada adik kecil..
walaupun bukan adik kandung aku..
biasalah..
orang terpinggir macam aku kan, tak diperlukan..
macam sampah, dibuang dekat mana-mana je..
dekat sini, siapa tak kenal dengan Vimetta kan..
dibuang daripada keluarga Huzz
anak yang tidak diketahui siapa ibunya..
aku pun tak tahu siapa ibu aku..
tapi aku kenal ayah aku..
banyak orang kata, ayah aku mati masa berperang dengan bangsa naga..
tapi tiada yang siapa tahu kesahihan..
aku tak berharap yang ayah jumpa aku..
tapi kalau dia masih hidup, aku harap dia tetap bahagia..
"akak.."
"hah ye.."
"akak termenung ke?.. tadi kata nak makan tengah hari"
"sorry dik.. akak teringat something.."
"owh"
"takpe.. adik balik dekat sofa, akak panaskan bubur dulu.."
"ok kak.."
.....
"adik adik."
"ye kak"
comotnya dia makan..
comel
aku lap sisa bubur di mulut dia..
"nama adik apa?"
"Oash"
peliknya nama..
orang mana ni..
"akak?"
"Vimetta"
"cantik nama akak.. macam akak.."
"pandai ambil hati akak kan.. akak rasa, akak kena sekolahkan adik.. adik kan baru 5 tahun, jadi kena belajar"
pandai ambil hati..
walaupun muka dia dingin..
"perlu ke?"
"perlu.. adik kena mulai belajar sekarang.. untuk masa depan adik.."
dia mengeluh
biasalah budak-budak kalau kena suruh sekolah..
malas, sebab nak main je..
hehe.
"oklah kak."
"macam tu lah Oash.. esok akak daftarkan adik sekolah berdekatan tempat kerja akak.. lusa atau hari seterusnya,adik dah boleh sekolah.."
"ok kak"
kenapa kau dingin dik?
dah elok muka kau comel kalau tak dingin
"lepas makan bubur ni, adik makan ubat.."
"ok.. akak.."
"hrmm.. kenapa?"
"akak benci bangsa naga?"
berkerut dahi aku
budak kecil pun dah tahu pasal bangsa naga..
awal sangat orang nak kenalkan dia dengan bangsa naga..
"takde sebab akak benci bangsa naga.. akak cuma akan benci diorang bila diorang buat huru-hara dengan akak.."
"ermm.. kalau macam tu, baik saya bagi tau akak"
"apa?"
"sebenarnya kan.. saya bangsa naga"
terundur aku..
biar betul budak kecil ni anak naga..
betul ke?
"akak janganlah takut dengan saya.. saya dengan bangsa naga lagi tak makan oranglah.."
"akak.. cuma terkejut"
adakah ini mimpi?
kalau betul ni realiti..
bermakna, aku dah jumpa bangsa naga buat pertama kalinya..
wah
"akak"
"hah.. ya"
"akak ok ke tak?"
"ok.. akak ok.."
"macam akak tak suka je dengan bangsa naga"
dia menunduk
alamak..
aku terkejut jelah
takde sebab lain pun
"akak kan dah cakap akak cuma terkejut.. adik jangan fikir jauh sangat.."
"saya tak fikir jauh pun"
aku pegang pipi kedua-dua belah pipi dia.
agak gebu pipi dia.. ish..
jatuh iman aku nak cubit-cubit budak ni..
"buat pengetahuan adik.. sebelum ni akak tak pernah jumpa bangsa naga, sebab tu terkejut lain macam"
"ooh.. tak kan akak tak pernah terjumpa?"
"adik ni.. akak tak tahu macam mana nak beza tubuh badan sama ada itu manusia atau naga.."
"ooh.. lepas ni saya tolong akak bezakan.."
"ok.. sekarang adik makan ubat ya.. kalau adik rasa nak tidur, tunggu lepas 20 minit makan.."
"ok.. akak nak buat apa?"
"akak kemaskan apa yang patut.. seingat akak, terakhir kali akak kemas rumah ni 3 hari lalu.. baik akak kemas selama tak kerja ni.."
"ok kak.."
.....
aku pergi dekat Oash..
aku tekapkan tangan di dahi..
dah kebah panas dia..
aku rasa aku dah boleh jadi ibu yang baik..
sebab dah boleh jaga budak ni
pfft.. angan-angan
setakat jaga budak sakit,perempuan lain pun boleh buat.. walaupun tak semua
gatal sangatlah aku ni..
nak sangat kahwin ke..
alahai otak..
sewel juga aku macam ni
akhirnya..
dah siap kemas rumah..
baik aku pergi masak makan malam..
kesian Oash..
takde apa nak buat.. termenung je..
nak bagi dia main, aku mana ada mainan budak
aku dah besar..
~~~~~
"Oash.. Oash.. bangun Oash"
'huaaargh'
alahai..
comelnya dia menguap
semua yang budak kecil buat, memang comel ke?
dia gosok mata..
"adik dah rasa sihat ke?"
dai angguk laju..
"betul ni?.. kalau tak akak boleh minta jiran jaga adik sementara akak kerja"
"betul kak.. saya dah sihat".
"kalau macam tu, akak tolong adik bersiap..lepas tu nanti akak nak tukar baju.. lepas tu kita makan sarapan.."
"ok kak"
kan elok kalau kau tak kekok dengan aku
taklah aku susah hati dengan kau
sama macmam kelmarin..
buka baju, tapi seluqr tak buka..
duduk dalam tub mandi..
dan aku tak sabunkan bahagian sensitif
"dah siap.. adik tunggu akak dekat meja makan..nanti akak sediakan makanan.."
"ok.."
dengan cepat aku pakai baju yang aku pilih semalam..
aku ni jenis yang tak nak kalut masa pilih baju..
sebab aku akan ambil masa lama..
sebab tu kena sediakan awal..
lepas tukar baju..
jap jap..
aku dah mandi dari awal ya..
cuma aku tak pakai baju kerja awal, sebab aku kena uruskan mandian adik Oash tu
aku dah sediakan makanan..
sekarang kitorang akan makan..
ermm..
takde yang kurang dalam sandwic aku..
"adik rasa sedap juga ke sandwic akak buat ni?.. mana tahu akak tak tertambah sesuatu"
"sandwic akak sedap.. saya suka"
wah..
kali pertama orang puji makanan yang aku sediakan
oitt.. bukan manusia, tapi naga..
hehe
walau pun dia cakap dengan dingin..
tapi tetap terasa tulus dari hatinya..
ahaha
selesai makan,aku cuci pinggan yang kitorang guna tadi
nasib baik kelmarin aku ada belikan kasut..
lepas aku ingat yang nanti aku akan bawa dia pergi kerja..
tak kan nak biar adik ni jalan kaki
sian dia nanti
"adik ok kan berjalan.. nak akak gendong?"
"takpe kak.. saya boleh jalan.."
"kalau adik penat, bagi tahu akak"
"ok kak"
ok..
jom mula berjalan..
nanti kang lambat, kena pot pet aku dengan bos
Share this novel