"Tuanku.. para penyiasat mengetahui keberadaan abang Tuanku..dia berada di dunia manusia dan tinggal bersama seorang perempuan yang tidak dikenali identiti.. dan identiti perempuan tu sukar dikesan sama ada dia bangsa naga atau manusia"
"pasti perempuan itu unik.. teruskan melihat keadaan mereka.. dan cari tahu pasal perempuan tu.. satu hari nanti, Beta akan menjemput abang Beta ke istana"
"b-baik Tuanku.. patik bersurai"
"ya"
"Yang Mulia.. patik mendapati Vimetta Huzz ialah anak kepada Huzzden Huzz.. Jeneral tertinggi yang hilang di dunia naga"
"siapa bonda dia?"
"itu masih disiasat.. kerana orang di sini juga tidak tahu-menahu mengenai isteri Jeneral Huzzden"
"dia memang berketurunan manusia?"
"t-tidak"
Noash memandang tajam pada Ossa
tak kan bangsa naga pulak
"jadi?"
"DNA dia mempunyai kelainan.. bila mana darah dia bercampuran antara darah manusia dan naga"
naik pelik Noash dengan apa yang Ossa cakap..
"Jeneral Huzzden manusia tulen kan?"
"ya.."
"pasti dia bonda bukan manusia..bonda dia berketurunan naga. tapi siapa yang berani berkahwin dengan bangsa lain?..kalau hal ni berterusan, akan ada kelompok baru yang membawa genetik manusia dan naga dalam badan"
"selepas Yang Mulia menaiki takhta semula, Tuanku boleh membuat peraturan mengenai ini.."
"tapi..itu boleh membuatkan kucar-kacir.. jika Beta menaiki takhta semula, peperangan akan terjadi lagi..Beta tidak mempunyai bantuan yang banyak"
"jangan risau mengenai peperangan Yang Mulia.. di dunia naga, mereka sekarang berantakan dan memberontak atas kenaikan takhta Tuanku Noahaer.. mereka tidak menerima cara pentadbiran Tuanku Noah.."
"walau pun Beta menaiki takhta semula.. Beta tidak akan seperti dulu"
"kenapa Yang Mulia?"
"Beta.. huh"
"jika ada masalah,sila beritahu patik,Yang Mulia"
"selama beberapa bulan tinggal bersama Vimetta, Beta rasa sesuatu"
"Yang Mulia menyukai Vimetta?"
"ya"
"jika Yang Mulia ingin bersama Vimetta, sebaiknya bila kita sudah mendapat tahu siapakah bonda dia.. seperti Yang Mulia katakan tadi, bonda dia pasti bangsa naga.. dengan itu, rakyat Tuanku boleh menerima Vimetta dengan senang hati"
"baiklah, Beta terima cadangan kamu.. kamu kumpulkan pegawai bangsawan dan rakyat yang ingin Beta memerintah semula.. setelah selesai, kita akan membincangkan hal selainnya"
"baik Yang Mulia, patik jalankan segera"
suppoting-kan pegawai kanan Noash..
dia sedia untuk terima Vimetta sebagai Permaisuri..
.....
"Met..Met"
"ya Tuan Puteri Caren.. nak apa?"
"mana Yang Mulia?"
"errrrrrrrr"
"tak payalah panjang sangat 'errr'kau tu"
"dia kata jumpa Ossa.. so, dia dengan Ossa lah sekarang ni.. bincang-bincang lah tu"
"siapa pulak Ossa ni?"
"kau kata pernah nampak dia dekat istana.. mesti Ossa pun ada"
"mungkin dia ada, tapi aku tak kenal"
"ooh.. Ossa tu pegawai kanan dia"
"oh ok.. sambunglah kerja kau"
"cis kau.. aku tengah lunch ni"
"eh lupa.. takpe, sambunglah makan tu.. hehe"
ada-ada je tuan puteri ni..
ish. ish..
"Met.."
"ya tuan puteri..eh.. ya Yang Mulia"
"jangan formal"
"awak dah makan?"
"dah.."
"awak rancang nak ambil takhta awak balik ke?"
"hrmm"
kalau orang atau bangsa naga suruh tak payah formal..
aku buat je..
tak payah malu.. dah ada kebenaran kan
"kalau awak naik takhta balik, adik awak macam mana?"
"dia akan tinggal dekat istana yang suram.. kalau dia buat hal lagi, dia akan masuk penjara"
"tapi dia kan adik awak."
"sebagai Raja.. susah untuk membantu ahli keluarga yang bermasalah. sebab akan mempengaruhi kerajaan"
"nak tahu umur awak boleh?.. saya dengar, naga ni boleh hidup beratus tahun.. awak dah beratus tahun ke?"
"aku 29.."
"mudanya.. macam mana boleh jadi Raja?"
"ayahanda terbunuh dalam perang yang sama dengan bapa kau"
"eh.. awak kenal ke bapa saya?"
"kau Vimetta Huzz, anak kepada Jeneral Huzzden Huzz.. kan.. mak kau, kau sendiri tak tahu siapa.. tapi, mak kau sebenarnya bangsa naga"
"hah?!. awak biar betul.. saya ni apa pulak?..manusia-naga, macam tu?"
"boleh jadi"
aku diam sekejap..
aku tak boleh terima kejutan macam ni..
"Vimetta!!!"
yash..
siapa jerit nama aku ni?
tak boleh panggil elok-elok ke?
korang fikir aku pekak..
"mana Vimetta anak tak guna tu?"
aku keluar dari tempat rehat pekerja..
Oash ekori aku..
"kenapa cari saya?"
"hah.. keluar pun kau..mana budak yang kau bawa balik tu hah.. kau bagi aku sekarang"
"aunty nak buat apa dengan dia?.. apa kena mengena dengan aunty?"
"kau tak payah bising nak tahu sebab.. sekarang kau bagi dia sekarang"
"tak nak.. takde sebab untuk saya biarkan aunty ambil dia"
ni aunty aku ya..
tak tahu dari mana..
tiberr nak Oash..
gila ke apa?
"oh.. ni budak tu kan.. ikut aku"
dia tiba-tiba tarik Oash
aku tak kan duduk diam..
aku peluk Oash sambil cuba leraikan pegangan aunty tu..
"perempuan,,baik kau lepaskan budak ni sebelum aku berkasar dengan kau"
"saya tak kan lepaskan dia.. aunty nak apa daripada dia?"
"kau jangan sibuk"
"Puan Irene.. kenapa membuat masalah di sini?"
Caren muncul
"cuma nak ambil budak.."
"jangan berbuat masalah di sini.. sila pulang.. jika tidak, saya akan juga kekerasan"
"tapi.."
"silakan keluar sekarang"
dengan muka masam dia keluar
"Met, Oash ok ke?"
"ya.. ok"
orang berkerumunan di luar dan di dalam restoran dah bersurai..
entah apa jadi kalau Caren tak datang tadi..
aku tanya Caren dengan perlahan
"aunty aku tahu ke identiti kau?"
"tahu.. semua yang keluarga bangsawan macam keluarga Huzz tahu siapa aku.."
"oh.. patutlah diorang tak halang kau terima aku kerja"
"hehe.. diorang mana boleh ganggu aku.. lagi pun..orang yang tak terima kau kerja tu sebab nak duit keluarga Huzz je"
"tsk"
"takpelah.. kau bawa Oash pergi ruang rehat.. lebih baik buat sementara, Oash takde dekat luar"
"ok"
.....
"awak, kalau awak nak keluar.. sebaiknya hanya untuk jumpa Ossa.. saya rasa, adik awak dah tahu yang awak ada dengan saya"
"hrmm.. tadi tu keluarga Huzz juga ke?"
"ya.. adik bapa saya"
"oh.. kau buatlah kerja kau"
"ok.. kalau ada apa-apa yang nak saya bantu, panggil saya"
"ok"
Share this novel