BAB 12

Mystery Completed 16488

Lutfil menolak pintu rumahnya. Setelah selesai segalanya, dia membawa Ayyana tinggal di rumahnya sendiri yang sudah lama ditinggalkan. Dia mahu Ayyana biasa dengan kehidupannya. Bau tom yam menusuk ke hidung sebaik melangkah masuk ke dalam rumah. Lutfil membawa langkah ke dapur.

?Masak??

Ayyana menoleh ke pintu dapur. Diulas senyuman.

?Ha?ah. Mama cakap awak suka tom yam. That?s why, saya masak tom yam hari ni. Awak pergilah mandi dulu, lepas tu turun makan,? Lutfil senyum nipis.

Jadi, inilah kehidupan yang dibangga-banggakan oleh Ian dan Hadi itu. Seronok juga rupanya. Balik sahaja, sudah ada yang menunggu. Meja makan juga penuh dengan makanan yang sedap-sedap.

*****

Setelah selesai makan malam dan mengemaskan dapur, Ayyana melepak di ruang tamu. Dia mula menyibukkan diri dengan kerja-kerjanya yang tertunggak. Setelah bercuti beberapa hari, dia perlu kembali bekerja. Walaupun suaminya adalah bos, tanggungjawab sebagai pekerja haruslah dijalankan.

?Ayyana, minggu depan awak ambil cuti,? Ayyana mendongak. Lutfil duduk di sofa, tangannya mencapai remote control.

?Kenapa nak ambil cuti??

?Kita pergi honeymoon?? Ayyana membulatkan matanya. Lutfil sengih. ?It?s okay if you don?t want that happen,? That? Sekali lagi Ayyana bingung.

?It?s you who have to approve my leave, Luth. You do what you want. Isn?t your word whenever we?re arguing about something? Just make the decision by yourself,? Lutfil pandang Ayyana yang sedang bersila di permaidani dengan jari jemari runcing isterinya itu di keyboard laptop.

?Are you teasing me, Mya Ayyana??

?No. It?s fact, right? Awak kan suami, saya sebagai isteri ikut aje apa yang awak suruh. Lagipun, awak jugak bos saya. Dah tentu-tentunya saya kena minta permission awak,? Lutfil mengangguk faham. Bendul juga dia ni pun.

?Okey. Maksudnya, apa yang saya nak awak akan turutkan?? Ayyana angguk tanpa memandang Lutfil.

Dia lebih berminat untuk menyiapkan kerja-kerjanya itu. Lutfil turun ke permaidani. Dia menarik tangan Ayyana.

Ayyana pandang tangannya yang dipegang Lutfil. Senyuman nipis terukir. Ini sudah kenapa? Pegang-pegang pula. Grrr, seram Ayyana dibuatnya.

?What do you want??

?I want you??

?Besides that??

Lutfil ketawa kecil. Ayyana memang bijak, sangat bijak.

?We need to live our life like others, Ayyana. I know, it hard for us to adapt our situation. Awak sanggup terima saya sebagai suami awak??

?Saya memang terima awak sebagai suami saya. Tapi, sekarang ni? awak bukan nak talk pasal kita kan??

?Ya. Boleh saya minta awak berhenti kerja? Projek yang awak uruskan ni melibatkan Imran. Saya tak mahu dia ambil kesempatan ke atas awak. Saya tahu, awak sangat komited dengan kerja awak. Tapi, ini arahan saya sebagai suami,? tegas Lutfil.

?Okey. Ambil cuti tu semuanya alasan??

?Yupp. Tapi, kalau awak nak kerja jugak, saya boleh aturkan tugas lain untuk awak. Mungkin setiausaha saya?? Ayyana gelak kecil.

?Setiausaha awak? Di pejabat atau di rumah?? Lutfil melepaskan tangan Ayyana, dia kembali naik ke sofa. Pening kepala dia berbicara dengan orang bijak ni. Sakit otak!

Ayyana senyum. Merajuklah tu. Ayyana bingkas bangun dan dilabuhkan punggung disebelah Lutfil. Dicapai tangan suaminya.

?I?m asking you because I want your exactly decision, Luth. Awak berterus terang aje dengan saya apa yang awak nak saya buat. Saya tahu awak cuba consider pasal saya, tapi awak tu suami. Arahan awak, saya kena turutkan walau apapun. We are married, right? Just tell me very peacely,? Lutfil mengeluh perlahan.

Kenyataan mereka sudah berkahwin menyedarkannya. Iya, dia yang perlu membuat keputusan yang tepat dalam perkahwinan mereka.

?I?m too afraid that Imran will hurt you, Ayyana. Just like what had happened to late Emma. He will do anything to get you. Even, my friends always keep their eyes on us, I?m still worried??

?Hmmm, I?m okay. Saya akan hantar notis berhenti kerja dua puluh empat jam. Sempatlah saya siapkan kerja saya yang tertunggak ni sebelum resign. Jadi, rumah ni sentiasa dipantaulah kan??

?Hmmm??

?At least, saya tak perlu takut masa awak tak ada. Dahlah, awak jangan kacau saya. Saya nak siapkan kerja saya,? Ayyana kembali menyambung kerja-kerjanya.

Lutfil senyum lega. Tidak disangka Ayyana seorang yang memahami. Tiba-tiba, dia berasakan hubungan mereka agak serius. Lain sangat jika hendak dibandingkan sebelum kahwin dulu. Seperti ada sesuatu yang membuatkan komunikasi mereka kaku. Atau, ini hanya perasaannya sahaja. Ayyana tidak berkata apa-apa pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience